1.11.2013

(Video) Kereta JPJ dibakar selepas kemalangan 10 kenderaan

Friday, January 11, 2013 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sebuah kenderaan penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diterbalikkan dan dibakar oleh orang ramai yang marah selepas kemalangan teruk yang membabitkan 10 kenderaan di Ayer Tawar, Perak petang ini. 

Timbalan OCPD Manjung, Ahmad Mat Isa memberitahu Malaysiakini bahawa 15 orang mengalami kecederaan ringan dalam kemalangan tersebut, tetapi tidak seorang pun dimasukkan ke hospital. Tiada kematian dilaporkan setakat ini. 

Kemalangan itu berlaku petang ini selepas sesi persekolah di Jalan Beruas-Ayer Tawar, yang melibatkan kenderaan penguatkuasa pacuan empat roda JPJ , dua bas sekolah, dua lori, sebuah motosikal dan empat buah kereta. 

Saksi telah memuat-naik ke Facebook video selama lapan minit yang menunjukkan sekumpulan orang ramai marah dan menjerit serta membaling objek ke arah kenderaan pacuan empat roda itu. 

Mereka kemudiannya menterbalikkan kenderaan itu sebelum dua anggota polis trafik tiba dan cuba untuk menghalang mereka. Bagaimanapun, mereka gagal untuk meredakan kemarahan orang ramai dan mereka bertindak memecahkan tingkap kenderaan, itu diiringi oleh teriakan marah "bakar!"


Selepas satu objek dibaling ke arah kenderaan pacuan empat roda yang terbalik itu, ia terbakar, memaksa orang ramai berundur. Tidak lama kemudian, beberapa anggota bomba datang dan memadamkan api. 

Malaysiakini masih cuba untuk mendapat punca kemalangan tersebut dan kemarahan orang ramai itu. - Malaysiakini.com



Baca seterusnya...

1.10.2013

(Video) Tertidur Masa Tunggang Motor ?

Thursday, January 10, 2013 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video dibawah memaparkan seorang penunggang motor hampir dilanggar lori kontena. Bagaimanapun nasibnya baik kerana hanya bergesel sahaja. Video ini bertajuk tidur semasa bawa motor. Tidak pasti sejauh mana kebenarannya, tapi jika berdasarkan daripada video di bawah, dari belakang nampak seperti penunggang itu tertidur. 


Baca seterusnya...

1.09.2013

Gambar & Harga Suzuki Swift 2013 (3rd Gen)

Wednesday, January 09, 2013 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Suzuki Malaysia bakal melancarkan model terbaru Suzuki Swift 2013 atau Swift generasi ke-3 (3rd generation) tidak lama lagi. Ada khabar angin mengatakan Suzuki Swift 2013 akan dilancarkan khamis ini (10 Jan 2013) di Malaysia. Turut tersebar gambar treler yang membawa model Suzuki Swift 2013 di Alam Megah, Shah Alam, Malaysia (sumber paultan.org), menandakan pelancaran Suzuki Swift 2013 semakin hampir.



Walaupun enjin model Suzuki Swift 2013 terdiri dari 1.2, 1.4 dan 1.6 , namun difahamkan hanya enjin 1.4 L sahaja dipasarkan di Malaysia. Harga Suzuki Swift 2013 di Malaysia adalah RM77,888 (1.4 GLX) dan  RM83,318 (1.4 GLX-S).

Lagi gambar dan video Suzuki Swift 2013 dengan baca seterusnya.











Baca seterusnya...

Macam-Macam Hal

Wednesday, January 09, 2013 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:








Baca seterusnya...

1.07.2013

Cara Mudah Buat Teddy Bear

Monday, January 07, 2013 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Bagi mereka yang masih tak tahu nak bagi hadiah apa buat orang tersayang, mungkin DIY di bawah dapat membantu anda - buat sendiri Teddy Bear!

Tentu ada yang kata buat apa susah-suah, beli jer Teddy Bear di kedai kan, tapi kalau dapat buat sendiri Teddy Bear, tentu ianya lebih bermakna. Tambah bermakna jika stokin di bawah ni adalah stokin yang selalu anda guna dan masih belum basuh! Ahahaha..










sumber : email

Baca seterusnya...

Pesanan Sebelum Beli Telefon Pintar Rebat RM200

Sambutan terhadap permohonan Rebat Telefon Pintar RM200 amat luar biasa hinggakan laman SKMM untuk memohon rebat telefon pintar sukar diakses dan sering kali server SKMM menghadapi masalah.

Bagi permohonan rebat telefon pintar RM200 yang dah diluluskan, hati-hati memilih telefon pintar. Anda juga perlu pintar untuk membeli telefon pintar. :P


Baca seterusnya...

1.06.2013

(Video) Rompakan Di Siang Hari Di Dalam Restoran Yang Ramai Orang

Sunday, January 06, 2013 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Agak mengejutkan apabila menonton video CCTV di bawah. Rakaman menunjukkan mangsa dikejar perompak berparang sehingga masuk ke dalam restoran yang ramai pelanggan (Restoran kuey teow Bukit Mertajam). Malangnya, semua pelanggan terkejut dan melarikan diri meninggalkan mangsa dirompak oleh perompak berparang itu. 

Apa sudah jadi ?
 

Nampaknya, perompak sekarang tidak perlu tunggu waktu malam atau mencari mangsa yang keseorangan. Cukup sekadar bawa parang dan terjah masuk restoran dan pilih mana-mana mangsa, rompak dan lari. Sebab mereka tau, orang ramai tak berani nak tolong. Adakah kita mahu situasi begini ?

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik