10.24.2012

Goopad Mini - iPad Mini Clone ?

Wednesday, October 24, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Apple baru sahaja memperkenalkan iPad Mini, tapi laman GizmoChina baru sahaja memuatnaik video klon iPad Mini iaitu Goopad Mini. Berbeza dengan iPad Mini dari Apple yang menggunakan iOS 6, Goopad mini menggunakan Android 4.1 Jelly Bean. Goopad Mini dikeluarkan oleh syarikat yang sama yang mengeluarkan Goophone iaitu klon iPhone 5.


Spesifikasi Goopad Mini - 8” 1024 x 768* display, 1.4GHz dual-core processor, 1GB RAM, 8GB of storage, and 2 MP rear + 0.3 front cameras.

Goopad Mini bakal dipasarkan November ini dengan harga $99, jauh lebih murah dari harga iPad Mini iaitu $329.




Baca seterusnya...

iPad Mini Spesifikasi, Harga di Malaysia

Wednesday, October 24, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Apple akhirnya memperkenalkan iPad Mini secara rasminya pagi tadi (waktu Malaysia). Segala desas desus dan khabar angin tentang iPad Mini akhirnya terjawab dan ianya adalah sama seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

iPad Mini bersaiz 7.9-inci dengan resolusi 1024×768 pixel, didatangkan dalam dua warna putih dan hitam. iPad Mini wifi mula dijual pada 2 November ini di beberapa negara terpilih dengan harga serendah $329 ( Anggaran harga iPad Mini di Malaysia sekitar RM1000 ). 2 minggu kemudian, barulah iPad Mini wifi + 3G mula dipasarkan keseluruh negara.(kalau tak silap)

Spesifikasi iPad Mini

Menggunakan cip pemprosesan dwi-teras Apple A5, facetime HD, kamera 5-megapixel, sokongan LTE (pilihan), iOS 6 dan menggunakan port Lightning (macam iPhone 5). Bateri iPad Mini juga didakwa mampu bertahan sehingga 10 jam penggunaan. iPad Mini direkabentuk dengan lebih 23% nipis dan 53% ringan berbanding iPad sedia ada.

Selain dari iPad Mini, Apple juga turut melancarkan iPad 4 (iPad 3 versi dipertingkatkan)

Dibawah ni carta perbandingan iPad Mini vs iPad 2 vs iPad 4 (source:redmondpie.com)


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik