10.05.2012

Katalog IKEA versi Arab Saudi

Friday, October 05, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Katalog IKEA 2013 sudah mula diedarkan. Dalam katalog IKEA 2013 seperti biasa menampilkan model lelaki, wanita dan kanak-kanak sebagai satu keluarga yang lengkap. Bagaimanapun, berbeza dengan katalog IKEA 2013 versi Arab Saudi. Di mana katalog IKEA Arab Saudi, semua model perempuan dalam katalog tersebut di "hilang" kan.



sumber : piximus.net

Baca seterusnya...

(Video) Lockitron - Kunci Rumah Guna Smartphone

Friday, October 05, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Zaman semakin canggih, kegunaan smartphone bukan lagi untuk buat panggilan,email, ambil gambar mahupun main games. Kini smartphone boleh juga digunakan sebagai anak kunci untuk rumah anda. Tapi dengan syarat, rumah anda menggunakan kunci Lockitron. Lockitron mempunyai peranti yang disambung ke internet, dan seterusnya proses "lock" dan "unlock" boleh dilakukan menggunakan aplikasi yang dipasang pada smartphone anda. Canggih bukan ?



p/s : agaknya apa akan jadi time anda nak "unlock", line internet problem ? kui..kui..
Baca seterusnya...

Dibenarkan Belok Kiri Walaupun Lampu Merah

Friday, October 05, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR – Lebih 4.5 juta pengguna jalan raya di ibu kota kini dibenarkan membelok ke kiri di persimpangan lampu isyarat bagi melancarkan aliran trafik serta mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Buat permulaan, peraturan itu dilaksanakan di enam persimpangan utama. Enam jalan tersebut ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Parlimen, Jalan Raja Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Tun Razak dan Jalan Raja Muda Musa Abdul Aziz.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, peraturan itu yang berkuatkuasakan mulai semalam akan dilaksanakan di jalan-jalan lain di ibu kota jika ia terbukti dapat mengurangkan kesesakan.

Menurutnya, pengguna jalan raya boleh membelok kiri di persimpangan jalan-jalan tersebut walaupun pada waktu itu lampu isyarat menunjukkan warna merah tanda berhenti dengan syarat tiada kenderaan lain atau pejalan kaki melintas di hadapan mereka.

“DBKL telah meletakkan papan tanda di kawasan itu bagi memaklumkan kepada pengguna jalan raya mengenai peraturan baharu itu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pelaksanaan peraturan itu di sini semalam.

Beliau berkata, peraturan itu dilaksanakan berdasarkan garis panduan dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) dengan mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya terutama pejalan kaki.

Sebelum ini, peraturan yang sama telah diperkenalkan di Putrajaya, Kuching dan Kuantan. - Kosmo

Baca seterusnya...

10.04.2012

iOS 6 Buatkan Bateri iPhone 4 & 4S Cepat Habis ?

Thursday, October 04, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Beberapa pengguna iPhone 4 & 4S yang telah "upgrade" iOS mereka ke iOS 6 mula sedar yang bateri iPhone mereka lebih cepat habis berbanding semasa menggunakan iOS 5.1.1. Mereka meluahkan masalah ini di laman forum Apple Supports Boards.

Antara beberapa komen dari laman forum tersebut , 

Only1jb: “Used my 4S the same as every other work day. Usually come home with about 60 percent. Came home today with 17 percent.”
John Smith 1882: “100 percent at 8am this morning when I took it off the charger. 0 percent within four hours. No calls. No GPS, no Internet use, but battery was dropping one percent every few minutes. I turned off location services, no change.”
LocalBus: “Thinking of switching back to 5.1.1 now!! 9am to 10:30am the battery drain is 100 percent to 52 percent!!!!! Something is very wrong.”

Terdapat pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah ini antaranya turning off location services, maps, passbook dan sebagainya tetapi tidak membantu.

Manakala di forum MacRumors pula,
“Battery life on the 4 is terrible. Since I’ve upgraded my phone drains rapidly when it’s not even in use. My phone dropped from 63 percent to 30 percent in about an hour of just sitting on my desk unused.”
Nampaknya pihak Apple perlu cepat menyelesaikan perkara ini atau ini strategi mereka untuk pengguna iPhone bertukar ke iPhone 5. hehe :P

sumber : AbsintheJailbreak.com

Baca seterusnya...

Agaknya Ada Tak Orang Beli Handbag Camni ?

Thursday, October 04, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

10.03.2012

LRT Kelana Jaya Tamat Awal, Operasi Lambat Bermula 6 Oktober - 9 Disember 2012

Wednesday, October 03, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bermula Sabtu ini, perkhidmatan LRT Kelana Jaya akan bermula lewat dan berakhir lebih cepat susulan kerja-kerja menaik taraf pada perkakasan sistem kawalan automatik tren.

Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) berkata sepanjang tempoh itu hingga 9 Dis ini, perkhidmatan LRT di laluan tersebut akan menamatkan operasi pada 11 malam dan menyambung semula pada 8 pagi keesokannya.

Bagi menampung keperluan penumpang pada Ahad, RapidKL akan menyediakan perkhidmatan bas percuma di lima laluan dari stesen terpilih menuju ke pusat bandar raya selama dua jam dari 6 pagi, kata Prasarana dalam kenyataan pada Selasa.

Laluan bas berkenaan ialah dari Stesen Kelana Jaya ke KLCC melalui KL Sentral, Pasar Seni dan Masjid Jamek; Stesen Asia Jaya ke KLCC melalui KL Sentral, Pasar Seni dan Masjid Jamek; Stesen Gombak ke KLCC melalui Taman Melati, Wangsa Maju dan Setiawangsa; Stesen Wangsa Maju ke KLCC melalui Setiawangsa, Jelatek dan Dato' Keramat; serta dari Stesen Setiawangsa ke KLCC melalui Jelatek dan Dato' Keramat.

Perubahan perkhidmatan LRT ini hanya pada hujung minggu, kata kenyataan itu. BERNAMA

Versi pengumuman penuh dari laman RapidKL,

In line with the effort to provide better service and efficiency, RapidKL, the operator of LRT Lines, wishes to inform that it will be conducting a series of upgrading works to its automatic train control system hardwares beginning this Saturday, 6 October 2012.  

Being a vital equipment with complex functions, the hardwares upgrading work requires longer time for installation and testing. Therefore, for every weekend beginning this Saturday until 9 December 2012, the Kelana Jaya Line LRT service will end at 11pm and resume at 8am on the next day. 
The Kelana Jaya Line LRT users are advised to opt for other mode of transportation during the early closure on Saturdays. However, on Sundays RapidKL, will provide five special bus routes from selected LRT stations to the city centre, from 6am to 8am. The service is provided at no cost to the passengers.   
The special bus routes are:
1.      Route 1 – Kelana Jaya Station to KLCC via KL Sentral, Pasar Seni and Masjid Jamek (Lebuh Ampang)
2.      Route 2 – Asia Jaya Station to KLCC via KL Sentral, Pasar Seni and Masjid  Jamek (Lebuh Ampang)
3.      Route 3 – Gombak Station to KLCC via Taman Melati, Wangsa Maju and Setiawangsa
4.      Route 4 – Wangsa Maju Station to KLCC via Setiawangsa, Jelatek and Dato’ Keramat
5.      Route 5 – Setiawangsa Station to KLCC via Jelatek and Dato’ Keramat
The early closure and late opening of the Kelana Jaya LRT Line stations will only take place during the weekends. The weekday service will run as per normal operation hours.
Any inconvenience as a result of the upgrading work is regretted. 

For more information, please call the Helpline at 03-7885 2585 (7:00am – 8:30pm, Monday to Friday) and (8:30am – 5:30pm, Saturday to Sunday) or log-in to: www.rapidkl.com.my or follow us on Twitter: MyRapidKL.


Baca seterusnya...

10.02.2012

(Video) iPhone 5 Torture Test

Tuesday, October 02, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Selain dari video iPhone 5 torture test, saksikan juga video iPhone 5 drop test vs Galaxy S III
Baca seterusnya...

10.01.2012

Penganggur & Pelajar Layak Dapat BR1M 2.0 ? Borang BR1M Diedar Bulan Ini

Monday, October 01, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250. 

Difahamkan penganggur dan pelajar universiti juga layak mendapat BR1M 2.0 ini. Betul ke ? Sebab berdasarkan kenyataan dari kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan, seorang kata dapat, seorang kata sebaliknya. So mana satu yang betul ?



Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai,

pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0. “Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. - BERNAMA

Manakala menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin

“Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan. - BHarian
hmm.. mana satu yang betul ni ?


KUALA LUMPUR – Borang untuk mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia saringan kedua (BR1M 2.0) dijangka mula diedarkan bulan ini, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Donald Lim Siang Chai.

“Kerajaan akan membuat pengumuman mengenai BR1M 2.0 dalam tempoh antara satu hingga dua minggu lagi. Menjelang Oktober, borang itu sepatutnya sudah tersedia,” katanya kepada media selepas merasmikan Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 di sini, hari ini.

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan program BR1M buat kali kedua, dengan kriteria penerima diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan, yang akan menerima bantuan RM250.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan yang melibatkan peruntukan RM3 bilion dan mula dibayar awal tahun depan itu akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang.

Lim berkata, isi rumah yang sudah membuat tuntutan untuk BR1M 1.0 tidak perlu mendaftarkan diri untuk BR1M 2.0, manakala kepada isi rumah yang merasakan mereka layak, permohonan baru perlu dilakukan dan akan diteliti semula.

Katanya, pemohon di bawah kategori individu bujang yang sedang belajar diperingkat universiti tidak layak untuk mendapatkan BR1M 2.0.

“Mereka tidak berhak mendapat BR1M 2.0 kerana mereka telah menerima baucar buku RM250. Mereka tidak boleh mendapatkan kedua-duanya sekali,” katanya, sambil menyatakan golongan yang sudah tamat pengajian di universiti tetapi masih belum bekerja adalah layak untuk mendapatkan bantuan terbabit. – BERNAMA



Pelajar, penganggur layak

Kota Bharu: Penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan individu bujang yang tidak mempunyai pekerjaan berusia 21 tahun ke atas turut layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia kali kedua (BR1M 2.0) bernilai RM250.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata golongan berkenaan layak kerana tidak mempunyai pendapatan atau berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.
“Di Malaysia, lebih sejuta penerima baru ini berusia lebih 21 tahun dan tidak mendapat bantuan sebelum ini.

“Di universiti, penuntut yang berusia 21 tahun ke atas pun akan dapat, penganggur lagi boleh kerana dalam kategori pendapatan kurang RM2,000 atau tidak mempunyai pendapatan langsung,” katanya sambil menambah BR1M 2.0 akan dibayar mulai Januari depan.

Beliau berkata demikian selepas majlis ramah mesra anjuran Majlis NGO Kelantan di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Kelantan, di Tanjung Chat, semalam.

Hasil kurang RM2,000

Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2013, mengumumkan bantuan BR1M 2.0 untuk individu bujang berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan bawah RM2,000.
Mengulas mekanisme BR1M 2.0 bagi isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, Awang Adek berkata, kae dahnya hampir sama BR1M sebelum ini dan mereka tidak perlu mengisi borang lain.

Namun, katanya, bagi pemohon baru, mereka perlu mengisi borang disediakan sebelum akhir tahun ini bagi membolehkan urusan pembayaran dapat disegerakan.

“Bagi penerima baru yang bujang dan tidak layak sebelum ini, mereka perlu mengisi borang. Saya yakin akan ada pengumuman bila borang boleh didapati dan perlu diisi dalam masa terdekat.

“Kita juga tahu dalam pelaksanaan BR1M tahun lalu, ada golongan tercicir kerana masalah tertentu seperti tanggungan pergi kepada satu pihak terutama bagi pasangan bercerai,” katanya. - BHarian


Baca seterusnya...

(Video) Worst Movie Death Scene Ever ! Hahaha..

Monday, October 01, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dalam banyak-banyal scene mati kena tembak, scene dalam video dibawah ini dikatakan paling worst. Sejauh mana ke "worst" annya itu... anda tengoklah sendiri.


Hahahaha... bila nak mati aaa...asyik jerit Arrrrggggghhhhh jer..
Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik