9.22.2012

(Video) Drop Test iPhone 5 vs Galaxy S III

Apa akan jadi jika iPhone 5 atau Samsung Galaxy S III anda terjatuh. Team Android Authority telah memuat naik video drop test yang dilakukan keatas iPhone 5 dan Galaxy S III. Kedua-dua smartphone itu diuji dengan 3 ujian iaitu - jatuhan dari paras poket seluar,jatuhan dari paras dada dan jatuhan dari paras telinga. 

Mari kita saksikan video ujian jatuhan (drop test) tersebut. Yang mana satu berjaya lulus semua ujian jatuhan tersebut atau kedua-duanya gagal ?


Baca seterusnya...

(Video) Kucing Makan Guna Garpu

Saturday, September 22, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
p/s : kalau diperhatikan betul2..hujung garfu tu dipegang oleh tuan kucing.. kredit : merdeka.com
Baca seterusnya...

(Download) Senarai Lokasi Pemasangan Kamera AES

Saturday, September 22, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bermula besok (menurut laman Kosmo hari ini 22 Sep 2012).

Difahamkan, buat masa ini pelaksanaan AES hanya di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya. Anda boleh muatturun (download) lokasi pemasangan kamera AES dari laman JPJ.


Berita penuh dari laman Kosmo.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 14 lokasi panas sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan di ibu negara berkuat kuasa esok. 

Pelaksanaan kamera berteknologi tinggi itu merupakan fasa pertama yang terdiri daripada 10 lokasi bagi merakam kesalahan memandu melebihi had laju dan empat lokasi lagi merakam kesalahan melanggar lampu isyarat.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, pemasangan kamera AES untuk 817 lokasi lagi akan dibuat dalam fasa kedua melibatkan pelaksanaan di seluruh negara.
Beliau berkata, pelaksanaan AES adalah satu langkah serius kerajaan untuk mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan jalan raya.

“Oleh itu, orang ramai harus melihat pelaksanaan AES sebagai cara untuk mendidik pengguna jalan raya, bukan untuk memberi lebih kuasa kepada JPJ untuk keluarkan saman,” katanya di sini semalam.
Menurut Solah, notis saman yang telah diproses dan disahkan akan dihantar kepada pemilik berdaftar kenderaan dalam tempoh lima hari dari tarikh kesalahan dirakam menggunakan sistem AES.
Katanya, jika pemilik berdaftar bukan merupakan individu yang memandu kenderaan pada masa kesalahan dirakam, mereka boleh mengemukakan maklumat pemandu kepada JPJ dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis diterima.

“Dalam notis saman itu, maklumat kenderaan, tarikh kesalahan, jenis kesalahan dan imej kenderaan yang dirakam akan disertakan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Solah memberitahu, pengguna jalan raya boleh mengetahui lokasi pemasangan kamera AES melalui papan tanda yang dipasang sebelum mereka memasuki zon operasi kamera tersebut.

Tambahnya, bagi kamera yang merakam kesalahan memandu melebihi had laju, papan tanda akan diletakkan dalam lingkungan dua hingga tiga kilometer dari lokasi kamera AES dipasang.

“Bagi kesalahan melanggar lampu isyarat pula, papan tanda akan dipasang dalam lingkungan 50 hingga 500 meter dari persimpangan lampu isyarat.

“Selain itu, orang ramai juga boleh merujuk senarai lokasi pemasangan kamera AES di laman web JPJ iaitu www.jpj.gov.my,” ujarnya.

Pemilik kenderaan yang menerima notis saman AES boleh mengajukan pertanyaan dengan menghubungi Pusat Kawalan AES di talian 03-7846 4400 bagi negeri Perak dan 03-7628 8268 untuk negeri Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Baca seterusnya...

9.18.2012

(Video) Cubaan Merompak Dua Buah Motor Ducati

Tuesday, September 18, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video CCTV dibawah ini memaparkan cubaan merompak dua buah motor Ducati di Ducati Croydon, London. Apa yang menariknya adalah cara perompak ini merompak. Selamber jer datang masuk dalam kedai dan sorong motor Ducati bawak keluar. Haha..ko ingat staff kedai tu nak tengok saje. Cubaan merompak ini gagal kerana orang ramai datang membantu walaupun dengan tangan kosong.







Baca seterusnya...

(Video) Iklan Bas Paling Epik !

Tuesday, September 18, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video iklan bas Midttrafik dari Denmark ini patut dijadikan contoh untuk pengusaha bas di negara ini terutamanya RapidKL. Iklan ini membuatkan kita rasa macam tak sabar-sabar nak naik bas. Ahaha.. i am still cool!






Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik