8.30.2012

Harga Samsung Galaxy Note 2 Malaysia, Spesifikasi

Thursday, August 30, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Samsung akhirnya mengumumkan model Galaxy Note 2 (II) di acara IFA 2012. Model yang ditunggu-tunggu oleh peminat Galaxy Note. Difahamkan, Samsung Galaxy Note 2 bakal memasuki pasaran Malaysia atau dijual di Malaysia awal November atau Disember dan harga Samsung Galaxy Note 2 Malaysia dijangak sekitar RM2.1K - RM2.2K . (update 11/10/12 : harga galaxy note II dari IPmart)

Adakah berbaloi memilik Samsung Galaxy Note 2 dengan harga sedemikian ? Mari kita lihat spesifikasi Samsung Galaxy Note 2 dan juga video perbandingan antara Galaxy Note vs Galaxy Note II.



Jika dilihat secara kasar, rekabentuk Galaxy Note 2 sama macam Galaxy S III cuma bezanya skrin Galaxy Note II bersaiz 5.5 inch. Difahamkan terdapat 2 warna - Marble White dan Titanium Gray.

Berikut spesifikasi Galaxy Note 2 :




Processor Quad-core 1.6 GHz Cortex-A9
GPU Mali-400MP
RAM 2 GB RAM
Display Super AMOLED HD
720 x 1280 pixels, 5.5 inches (267 PPI)
Storage 16/32/64 GB internal storage
Support microSD up to 32 GB
Camera 8 MP autofocus, LED flash (back)
1.9 MP front camera
Connectivity Wi-Fi 802.11 a/b/g/n, dual-band, DLNA, Wi-Fi Direct, Wi-Fi hotspot
Bluetooth 4.0
NFC, USB MHL, USB on-the-go
Stylus S-Pen stylus support
Battery 3100 mAH battery
Release Date October 2012 (US)
December 2012 (International)
OS Android 4.1 Jelly Bean




Video perbandingan antara Galaxy Note 2 vs Galaxy Note









Baca seterusnya...

8.29.2012

Naik LRT, Monorel dan Bas RapidKL Tanpa Had Dengan Tambang Hanya RM8 Sebulan

Wednesday, August 29, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dengan hanya RM8, anda mungkin berpeluang menggunakan perkhidmatan LRT, monorel dan bas RapidKL turun-naik tanpa had selama sebulan – itulah peluang yang ditawarkan oleh penyedia perkhidmatan pengangkutan awam itu bersempena dengan sambutan ulangtahun kelapannya.

Ditawarkan kepada 169 orang pemenang, pemilihan itu akan dibuat dalam satu peraduan istimewa yang akan dijalankan di laman web rasmi RapidKL, www.myrapid.com.my daripada 17 hingga 23 September ini.

“Kami memilih 169 pemenang berdasarkan kepada 166 laluan perkhidmatan kami – 166 laluan bas, 2 laluan LRT iaitu Laluan LRT Kelana Jaya dan Laluan LRT Ampang; dan satu Laluan Monorel,” kata Encik Khairani Mohamed, Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Syarikat Prasarana Negara Berhad (PRASARANA), syarikat induk RapidKL.

Bercakap dalam satu sidang media bersama dengan Pengarah Kumpulan Divisyen Bas PRASARANA, Encik Zohari Sulaiman di Stesen LRT Masjid Jamek di Kuala Lumpur hari ini, Khairani berkata pemilihan pemenang adalah berdasarkan kepada pendekatan siapa-dulu-dia-dapat.





Pada majlis itu, Khairani dan Zohari turut melancarkan edisi sulung buletin Rapidria, penerbitan berkala yang akan diedarkan secara percuma kepada para penumpang LRT, monorel dan bas RapidKL bagi memaklumkan sebarang pengumuman, aktiviti dan informasi tentang perkhidmatannya.

“Anda hanya perlu melayari laman web kami dan mula membuat tempahan anda. Laluan-laluan ini akan dibuka secara berperingkat dan tanpa notis sepanjang tempoh peraduan ini,” kata Khairani, yang turut mengumumkan beberapa peraduan lain yang dianjurkan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 8 RapidKL.

Ini termasuk peraduan fotografi, yang akan berlangsung daripada 1 hingga 30 Oktober ini; peraduan melukis poster daripada 1 hingga 30 November ini dan Peraduan Tambah Nilai Kad, yang melayakkan peserta untuk memenangi pelbagai produk Samsung dan baucer tunai Sogo.
Melalui Rapidria, RapidKL turut menganjurkan peraduan Tanda dan Menang, yang melayakkan para peserta untuk memenangi 88 Kad MyRapid dan 88 kemeja T eksklusif kempen kesedaran pencegahan pencemaran alam sekitar ‘Ride for Green’.
“Program-program ini kami anjurkan bagi menyatakan penghargaan kami dan mengucapkan terima kasih kepada para penumpang yang telah menyokong perkhidmatan kami,” kata Khairani.
Dalam ucapannya, Khairani juga menegaskan bahawa bersempena dengan sambutan ulangtahun ke 8 ini, RapidKL memperkuatkan azam untuk terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka termasuk dengan penyediaan projek-projek baru untuk keselesaan para pengguna di samping bagi meningkatkan bilangan pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.
Ini termasuk perlaksanaan program-program baru seperti pembelian tren-tren baru untuk LRT dan monorel khususnya bagi menampung permintaan yang dijangka melonjak tinggi apabila siapnya projek sambungan jajaran LRT Laluan Kelana Jaya dan Ampang pada akhir 2014 ini.
Ketika berucap, Zohari berkata bahawa RapidKL Bas juga telah melaksanakan program-program baru selaras dengan misi syarikat untuk menjadi penyedia perkhidmatan berkelas dunia.
“Sepanjang lapan tahun lepas, kami bukan saja berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memperbanyakkan kuantiti bas; tetapi turut memperkenalkan program-program baru bagi memperhebatkan lagi kedudukannya dalam industri penyedia perkhidmatan pengangkutan bas awam di negara ini.
“Antaranya termasuk program ‘Lady Bus’ untuk keselesaan dan keselamatan penumpang-penumpang wanita; Bas Ekspres Transit atau BET untuk mereka yang menetap di luar Kuala Lumpur dan perlu awal ke pejabat dan kantor perniagaan untuk mencari rezeki.
“Kami juga memperkenalkan RapidPass untuk kemudahan pembayaran tambang bermusim; Rapid Mobiliti untuk membantu mereka yang kelainan upaya; memperbanyakkan bas akses sejagat agar komuniti OKU dapat turut bersama-sama menikmati kesenangan mobiliti dengan bas; dan penyediaan pemandu dan tenaga kerja terlatih melalui Akademi Bas.
“Pada masa sekarang, kami menyediakan perkhidmatan bas awam untuk lebih 1,100 kawasan perumahan di Lembah Klang dan Selangor dalam 166 laluan dengan lebih 800 bas beroperasi daripada sembilan depoh setiap hari,” kata Zohari, sambil menegaskan bahawa misi seterusnya adalah menggabungkan rangkaian 166 laluan bas RapidKL dengan ketiga-tiga laluan rel dengan menggunakan satu sistem tiket bersepadu Automatic Fare Collection (AFC).
“Kerja-kerja persediaan sedang giat dijalankan dan pengintegrasian bas dan rel ini dijangka dilaksanakan tahun depan,” kata Zohari, yang turut mengumumkan projek baru Sistem Pengesanan Lokasi Bas atau ‘Fleet Tracking System’ (FTS), yang kini dalam fasa akhir dalam perlaksanaannya.
“Melalui sistem ini, Pusat Kawalan Bas (BCC) di ibupejabat RapidKL Bas di Jalan Klang Lama boleh memerhatikan pergerakan bas-basnya di semua 166 laluan. Pusat itu juga boleh berkomunikasi dengan semua pemandu bas dan memaklumkan kepada beliau maklumat-maklumat penting untuk membantu meningkatkan lagi perkhidmatan,” tambah Zohari.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengurus Hal Ehwal Media Prasarana Azhar Ghazali di talian 019-3837865 atau Haliza Abd Hamid di 019-2210058.



Baca seterusnya...

8.28.2012

Video, Lirik Lagu OST Adam Hawa - Muara Hati

Video Lagu OST Adam Hawa - Muara Hati - Hafiz AF dan Dato’ Siti Nurhaliza





Lirik Lagu OST Adam Hawa - Muara Hati - Hafiz AF dan Dato’ Siti Nurhaliza

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati

[Chorus]
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu


Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu

Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali

[Ulang chorus]

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta



Baca seterusnya...

8.27.2012

Gambar Sukan Dirakam Pada Masa Yang Tepat

Monday, August 27, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:














Baca seterusnya...

Dividen ASW 2020 Tahun 2012 - 6.6 sen

Monday, August 27, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR – Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.6 sen seunit bagi dana Amanah Saham Wawasan 2020 dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2012.

Ini akan melibatkan pembayaran berjumlah RM981.89 million, peningkatan sembilan peratus daripada jumlah RM900.72 juta pada tahun lalu. Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata dividen itu merupakan peningkatan 0.1 sen seunit daripada 6.5 sen seunit tahun lalu.

Meskipun ASNB mempunyai keupayaan untuk mengagihkan sehingga 8.6 sen bagi tahun kewangan ini, namun ia membawa kehadapan dua sen seunit bagi tahun kewangan akan datang untuk membantu pengagihan pendapatan di masa depan.

“Sejumlah 907,594 pemegang unit, yang melanggan 14.85 bilion unit ASW 2020 akan mendapat manfaat daripada pembayaran ini,” kata Ahmad Sarji pada sidang akhbar selepas mengumumkan pengagihan pendapatan itu di sini, hari ini.


Beliau berkata meskipun pasaran saham dan ekonomi dunia masih lagi mengalami suasana ketidaktentuan akibat krisis hutang Eropah yang berterusan, ASW 2020 masih mampu mencapai objektif pelaburannya sepanjang tahun kewangan susulan prestasi baik ekonomi dan pasaran saham tempatan.

Pada 15 Ogos tahun ini, ASW 2020 mencatatkan pendapatan kasar RM1,205.76 juta. Keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM334.59 juta atau 27.7 peratus, manakala pelaburan dalam instrumen jangka pendek dan pendapatan lain menyumbang RM204.62 juta atau 17 peratus.

Pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat pelaburan menyumbang RM666.55 juta atau 55.3 peratus daripada jumlah pendapatan kasar.

Ahmad Sarji berkata pengagihan pendapatan itu akan dikreditkan secara automatik ke dalam buku pelaburan pemegang unit pada 1 Sept, 2012, dan semua urus niaga bagi ASW 2020 telah digantung mulai 24 Ogos hingga 2 Sept, bagi tujuan pengiraaan pengagihan pendapatan.

ASW ialah dana berharga tetap di mana 51 peratus unit dibuka kepada pelabur Bumiputera dan baki 49 peratus kepada pelabur bukan Bumiputera. – BERNAMA


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik