7.04.2012

Harga Petrol RON97 Turun 20 Sen Mulai 5 Julai 2012

Wednesday, July 04, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Harga jualan runcit petrol RON97 diturunkan sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.60 seliter, berkuatkuasa esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (kiri) berkata keputusan menurunkan harga tersebut berikutan purata harga minyak di pasaran bagi Jun 2012 telah menurun.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan bersetuju untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 bagi Julai 2012 bermula esok.

Harga jualan runcit petrol RON97 pada dasarnya ditetapkan secara apungan terkawal di mana harga bulanannya akan diubah mengikut harga pasaran, katanya.

Kerajaan sebelum ini menurunkan harga jualan runcit petrol RON97 sebanyak 10 sen seliter kepada RM2.80 pada 6 Jun lepas.

-Bernama


p/s : RON95 ?? Mungkin dekat-dekat pilihanraya nanti kut..






Baca seterusnya...

Berita Bonus Hari Raya, BERNAMA Nafi Keluarkan

Wednesday, July 04, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: BERNAMA tidak mengeluarkan berita yang melaporkan kononnya kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada semua penjawat awam untuk sambutan Hari Raya Puasa tahun ini, kata Ketua Pengarangnya, Datuk Yong Soo Heong.

Berita palsu itu disiarkan Isnin lalu dalam sebilangan akaun Facebook selepas mereka yang tidak bertanggungjawab itu menampalkannya pada satu halaman portal berita "myMetro", untuk membuatkannya kelihatan sahih. "Ini satu tindakan tidak bertanggungjawab oleh pengguna siber yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai agenda tertentu.
"Sementara BERNAMA sentiasa bersyukur apabila semua berita kami diakui dan diiktiraf, tapi ianya bukan sesuatu yang lucu apabila nama kami disalahguna," katanya.

Yong berkata, satu laporan polis akan dibuat hari ini.


Sementara itu, Pengarang Kumpulan Harian Metro, Datuk Mustapha Omar, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak ada menyiarkan sebarang berita baru-baru ini mengenai kononnya kakitangan perkhidmatan awam akan mendapat bonus.

"Sekiranya ada mana-mana individu atau pihak mengedar laporan tersebut dalam internet seolah-olah datang dari portal berita Harian Metro, ianya adalah berita palsu dan dilakukan oleh orang yang tidak bertanggungjawab," katanya. - BERNAMA


p/s : aku pun ada terbaca kat timeline Facebook pasal berita ni. Memang tau pun berita palsu tapi tak sangka pula ianya menjadi isu besar.

Baca seterusnya...

Kempen Jom Tolong Kami Bantu Mereka

Wednesday, July 04, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bulan Ramadhan semakin tiba, sempena bulan baik dan penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama menjayakan kempen Jom Tolong Kami Bantu Mereka dengan menderma baju baru kepada gerakan kempen ini - Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata. Maklumat lanjut berkenaan kempen Jom Tolong Kami Bantu Mereka ini , silalah klik banner di bawah. Moga usaha kita yang kecil ini memberi impak yang besar.




Baca seterusnya...

ASUS Padfone Dijual Di Malaysia, Harga RM2,399

Wednesday, July 04, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gajet dari ASUS yang ditunggu-tunggu iaitu ASUS Padfone, akhirnya sudah mula dijual di Malaysia. Harga ASUS Padfone yang ditawarkan bernilai RM2,399. Nampak macam mahal giler kan untuk sebuah smartphone tapi harga tersebut sebenarnya adalah untuk 2 gajet iaitu Padfone + Padfone station.

Bagi yang belum kenal ASUS Padfone, ianya adalah sebuah smartphone bersaiz 4.3", kemudian apabila digabungkan dengan Padfone Station, ianya bertukar menjadi tablet bersaiz 10.1" . Kemudian jika digabungkan lagi dengan keyboard dock, ianya bertukar menjadi sebuah netbook. Hebat bukan.



PadFone™ Specification*

Display : 4.3“ Super AMOLED, qHD (960 X 540), Scratch resistant Corning® Gorilla® Glass with HCLR Film

CPU : Qualcomm 8260A Snapdragon S4 Dual-core 1.5Ghz /Adreno 225 GPU

OS : Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)

Memory : 1GB LPDDR2 RAM

Storage : 16GB eMMC Flash 32GB Free ASUS WebStorage for 3 years

Wireless : 802.11b+g+n, Bluetooth 4.03.5mm audio jack, Micro-USB 2.0

GPS : GPS and A-GPS support

Camera : VGA Camera (Front), 8 Mega-Pixel BSI sensor, F2.2 Aperture, 5-element lens, Auto Focus with LED Flash

Battery : 1520mAh Lithium-ion

Talk time : WCDMA: Up to 480 mins GSM: Up to 940 mins

Standby time : WCDMA: Up to 370 hours GSM: Up to 360 hours

Expansion Slot : Micro-SD (supports SDHC/SDXC up to 32GB)

Dimension : 128 x 65.4 x 9.2mm

Weight : 129g

sumber : ASUS Facebook




Video unboxing ASUS Padfone







Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik