6.22.2012

Apabila Akhbar dan TV Buat Silap. Funny!

Friday, June 22, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:















Baca seterusnya...

(Video) Smoking Kid Untuk Mereka Yang Merokok

Friday, June 22, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Rasanya ramai yang tahu merokok tidak baik untuk kesihatan. Pelbagai usaha dilakukan untuk menyedarkan perokok-perokok agar menghidarkan aktiviti tersebut. Namun usaha tersebut seperti menyiram air di daun keladi. Bilangan perokok semakin bertambah.

Menyedari akan hal itu, Thai Health Promotion Foundation tampil dengan iklan anti merokok dengan video berjudul "Smoking Kid".

Video ini memaparkan seorang kanak-kanak menghampiri perokok dan meminta lighter (untuk menyalakan rokoknya). Apa yang menariknya, perokok ini bukan sahaja tidak memberi lighter malah turut menasihati kanak-kanak tersebut agar tidak merokok. Apa yang terjadi seterusnya ? Saksikan sendiri..





Agak-agak perokok yang menonton video ini berhenti merokok tak ?


Baca seterusnya...

Lin Dan Kini Pemain Badminton No. 1 Dunia

Selepas bertahan selama 191 minggu sebagai pemain nombor satu dunia akhirnya Datuk Lee Chong Wei terpaksa melepaskan kedudukan itu kepada seteru utamanya, Lin Dan beberapa minggu sebelum berlangsungnya Sukan Olimpik London.

Dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dikeluarkan hari ini, jaguh China itu melonjak ke tangga teratas selepas mengumpul 93,313 mata, mengatasi Chong Wei 91,898 mata.

Kecederaan yang membelengu pemain berusia 29 tahun sehingga tidak dapat beraksi pada Siri Super Premier Terbuka Indonesia minggu lalu membuka laluan kepada Lin Dan untuk kembali merampas kedudukan.

Dua lagi jaguh China, Chen Long dan Chen Jin kekal di tangga ketiga dan keempat.

Kejatuhan kedudukan itu bagaimanapun tidak menjejaskan kedudukan Chong Wei di Olimpik London kerana undian dan pemberian status pilihan dilakukan berdasarkan ranking pada 3 Mei, 2012. - UTUSAN

Berikut kedudukan terkini BWF World Ranking bagi kategori perseorangan lelaki sehingga 21 Jun 2012.






Baca seterusnya...

(Video) Ini Baru Betul Cara Main Fruit Ninja

Friday, June 22, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Permainan Fruit Ninja boleh dikatakan agak popular dikalangan pengguna smartphone Android dan iOS. Biasanya kita menggunakan jari untuk potong (slide) buah dalam game tersebut. Sebenarnya itu bukan cara yang betul bermain Fruit Ninja. Kalau nak tahu cara yang betul bermain games Fruit Ninja, anda saksikan video di bawah.





Baca seterusnya...

6.21.2012

(Video) Remaja Selamatkan Diri Dari Bawah Keretapi Yang Bergerak

Thursday, June 21, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Video di bawah ni sungguh mendebarkan. Seorang remaja yang buat "kerja gila" meniarap di tengah-tengah landasan keretapi ketika keretapi sedang meluncur laju. Mungkin kerana sudah tidak tahan berada di bawah keretapi tersebut, remaja tersebut berusaha untuk melepaskan diri dari bawah keretapi yang sedang bergerak itu. Berjayakah remaja lelaki tersebut melepaskan diri ? Anda saksikan sendiri. Mendebarkan!





Baca seterusnya...

(Video) Kenapa Burger McDonald Dalam Iklan Tidak Sama Dengan Yang Dijual

Thursday, June 21, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Persoalan yang selalu kita dengar "kenapa burger McDonald dalam iklan tidak sama dengan yang dijual?". Salah seorang pelanggan McDonald telah mengajukan soalan tersebut kepada pihak McDonald. Dan soalan tersebut dijawab oleh Pengarah Pemasaran McDonald dengan pendedahan dalam video di bawah.






Baca seterusnya...

(Gambar) Astaka di Padang Astaka,Jertih Runtuh

Thursday, June 21, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sebuah astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih di sini runtuh jam 1.30 petang tadi menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.

Sehingga jam 3 petang, seramai empat pekerja berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Besut untuk mendapatkan rawatan.

Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa hanya mengalami kecederaan. - Sinar Harian









Baca seterusnya...

6.20.2012

Jadual & Keputusan Terkini Euro 2012 (20 Jun 2012)

Wednesday, June 20, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sedar tak sedar Euro 2012 sudah memasuki peringkat suku akhir dengan berakhirnya saingan peringkat kumpulan semalam. England dan Perancis menjadi pasukan terakhir layak ke peringkat suku akhir Euro 2012. Enam lagi pasukan yang berjaya ke suku akhir adalah Republik Czech, Greece, Jerman, Portugal, Sepanyol dan Itali.

Mari kita lihat keputusan / kedudukan terkini Euro 2012 dan juga jadual perlawanan peringkat suku akhir hingga ke peringkat akhir.



Siapakah layak ke final Euro 2012 ? Jerman vs Sepanyol ? Pasukan manakah juara Euro 2012 ? Sepanyol lagi kah ? Jom kita undi (sidebar kanan atas).

kredit gambar : Harian Metro versi iPad

p/s : Euro 2012 juga ada sisi kelakar..






Baca seterusnya...

Kuman Seberang Laut Nampak

Wednesday, June 20, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
kredit : DoodleDakwah


Baca seterusnya...

Hati-Hati Dengan Kes Langgar Belakang

Wednesday, June 20, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.


"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.
Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.
Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.
"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.
"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.
Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.
Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.
Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012

sumber : forum carigold.com



Baca seterusnya...

6.17.2012

Keputusan Terkini EURO 2012 (17 Jun 2012)

Sunday, June 17, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berikut keputusan terkini Euro 2012 sehingga 17 Jun 2012. Kumpulan A - Czech Repbulic dan Greece berjaya ke peringkat suku akhir.




p/s : Kenapa Greece layak ke suku akhir bukan Russia ? Boleh dibaca di sini penerangannya.


update 20 Jun 2012

Jadual dan keputusan terkini Euro 2012




Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik