4.28.2012

Bersih 3.0 - Laporan, Gambar & Video

Saturday, April 28, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.

9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.
9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.


9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.




Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am
Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.





Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.


9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.




9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.




Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.
920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT
9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.
9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.
Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.


9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal. 
8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.
8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am
JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.
8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am
JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am
JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.


8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

Baca seterusnya...

4.27.2012

ASTRO Bagi Channel Percuma 27 Apr - 6 Mei 2012

Friday, April 27, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berita baik untuk pengguna ASTRO, bermula hari ini 27 April 2012 hingga 6 Mei 201, anda boleh menonton 130 saluran (channel) secara percuma!

Betul..tak tipu punyer... ASTRO bermurah hati kerana ASTRO baru sahaja memenangi PUTRA Brand Award.

p/s : lepas ni kalau nak tengok ASTRO free lagi, kena bagi astro selalu menang award lah jawabnye...hehe..
Baca seterusnya...

Badang Malaysia

Friday, April 27, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika naik feri di Sarawak, anda jangan terkejut jika melihat seseorang mengangkat motor dengan selambernya di atas bahu. Itu fenomena biasa di jeti feri. Giler kuat diorang ni...

Baca seterusnya...

4.26.2012

Fenomena Kereta "Turtle"








sumber gambar asal : The Star

Baca seterusnya...

25,000 Pengguna Galaxy Tab Dapat Langganan ePaper The Star Percuma

Jika anda pengguna Samsung Galaxy Tab dan suka baca ePaper The Star, ini ada berita baik untuk anda. Samsung akan menaja langganan ePaper The Star selama 6 bulan percuma untuk anda sebagai pengguna Samsung Galaxy Tab. Ianya bermula dari 7 Mei hingga 31 Oktober. Bagaimanapun penajaan hanya terhad kepada 25,000 pengguna terawal yang mendaftar sahaja. Promosi berdasarkan 'siapa cepat dia dapat. So, tunggu apa lagi.. 

Pendaftaran dalam talian boleh dibuat di laman web rasmi Samsung Malaysia tetapi hanya bermula dari 7 Mei. Pengguna baru dan semasa tablet Samsung Galaxy mendaftar secara online dengan memasukkan butir-butir dikehendaki dan nombor Pengenalan Telefon Bimbit Antarabangsa (IMEI) mereka yang terdapat pada peranti.
PETALING JAYA: Setiap bulan, dari Mei hingga Oktober, Samsung akan menaja sebanyak 25,000 pengguna tablet Galaxy Samsung dengan langganan enam bulan ePaper The Star sebagai tawaran tambahan nilai kepada pelanggan.

Ketua Bahagian Telefon Bimbit Samsung Malaysia Electronics (SME) Vincent Chong Weng Kai berkata memberi langganan adalah satu cara untuk Samsung menunjukkan penghargaan kepada pelanggan.

Beliau menambah kerjasama itu membawa maksud satu langkah ke hadapan dalam era digital untuk kedua-dua pihak, Samsung dan The Star.

"Ini hanya permulaan. Saya menjangkakan pada masa akan datang kita bergerak lebih jauh dan meneroka cara yang lebih interaktif untuk menerima dan membaca laporan harian," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran promosi yang diadakan di Menara Star di sini, Rabu.

Promosi berdasarkan 'siapa cepat dia dapat' setiap bulan dan bermula dari 7 Mei hingga 31 Oktober memerlukan pengguna baru dan semasa tablet Samsung Galaxy mendaftar secara online dengan memasukkan butir-butir dikehendaki dan nombor Pengenalan Telefon Bimbit Antarabangsa (IMEI) mereka yang terdapat pada peranti.

Pendaftaran dalam talian boleh dibuat di laman web rasmi Samsung Malaysia tetapi hanya bermula dari 7 Mei.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Media SME, VivaKi Malaysia Ranga Somanathan berkata perkongsian Samsung dan The Star adalah selari dengan landskap media yang sentiasa berubah.

"Sebagai pendahulu dalam teknologi dan elektronik pengguna, Samsung mengiktiraf kepentingan menyampaikan kandungan yang relevan kepada pengguna peranti.

"Dengan ini, ePaper The Star menawarkan kandungan tepat pada masanya kepada pengguna dengan cara yang mudah dan bermakna. Ia melibatkan pembaca yang sedia melanggan pada platformnya.
"Ini adalah langkah ke hadapan dan satu contoh yang kukuh bagi memberi tambah nilai kepada semua," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif Star Publications Datuk Vincent Lee, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Kay Tat, Ketua Editor Kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai, Pengarah Kumpulan Perniagaan Calvin Kan, Pengarah Pemasaran SME Jimmy Tan dan Pengurus Kanan Pemasaran Korporat Elaine Soh.

Pembaca yang mendaftar untuk akhbar The Star dan ePaper juga berpeluang untuk memenangi Samsung GALAXY Tab Plus 7.0.

Butir-butir peraduan yang bermula pada 1 Mei akan diumumkan tidak lama lagi.

Baca seterusnya...

Sebelum Memandu,Jangan Lupa Angkat Kerusi

Thursday, April 26, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
sumber gambar : The Star
Baca seterusnya...

4.25.2012

Seluar Dalam Ustazah

Wednesday, April 25, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Macam ni punya keyword pun ada orang cari ka ? what the fish diorang!!
Baca seterusnya...

Sebelum Memandu, Jangan Lupa Angkat Baju

Wednesday, April 25, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
sumber : the star

Baca seterusnya...

Aplikasi Untuk Elak Terlajak Tidur ?

Wednesday, April 25, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kalau ada aplikasi cam ni tuk smartphone anda, anda mahu beli ke? ahahaha...
Baca seterusnya...

4.24.2012

Duit Syiling Lama Dijual RM3.45 Juta ?

Tuesday, April 24, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Percayakah anda duit syiling lama bernilai 1 sen pada zamannya kini bernilai RM3.45 juta.



Ya. Itulah yang berlaku di Pusat Konvesyen Renaissance Schaumburgdi Chicago, Amerikat Syarikat. Duit syiling 1 sen yang dibuat pada tahun 1792 dan merupakan syiling untuk uji kaji telah berjaya dilelong dengan nilai US$1 juta (RM3 juta) dan bayaran komisen 15 % menjadikan nilai duit syiling lama 1 sen itu bernilai keseluruhan RM3.45 juta. hoho..

Duit syiling itu diperbuat daripada tembaga termasuk sedikit perak. Potret Miss Liberty kelihatan pada muka depan syiling, manakala muka belakang memaparkan "United States of America One Cent".

Syiling satu sen ini hanya ada 14 keping seumpamanya di dunia.



sumber asal : Harian Metro


p/s : Syiling lama keluaran negara kita pun tak kurang juga mahalnya. Ada duit syiling 50 sen yang dijual cecah RM2K !!.


Baca seterusnya...

Carzor - Pisau Cukur Setebal Kad Kredit

Tuesday, April 24, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kad berwarna hitam di atas bukan kad kredit tapi adalah sejenis pisau cukur. Ya..pisau cukur. Carzor nama diberi. Direka oleh Kuo Chia Hung. Carzor merupakan pisau cukur yang saiz dan tebalnya sama dengan kad kredit.

Kenapa.. tak percaya ?







Baca seterusnya...

Yuran KAFA, SRA Dimansuhkan, Wang Akan Dikembalikan

Tuesday, April 24, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini satu berita baik kepada ibubapa yang menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Ini kerana JAWI memutuskan untuk memansuhkan yuran bulanan RM10 kepada muridnya.

Bagaimanapun pemansuhan yuran SRA & KAFA ini hanya dinikmati oleh sekolah-sekolah dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sahaja.

Pemansuhan yuran ini berkuatkuasa 1 Januari 2012, maka ibubapa yang sudah membuat pembayaran yuran bulanan untuk tahun ini, wang mereka akan dikembalikan.




KUALA LUMPUR: Seramai 45,000 pelajar sekolah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang diselia Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini menikmati pendidikan percuma berikutan keputusan JAWI memansuhkan yuran bulanan RM10 kepada muridnya.

Pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam itu sebagai langkah meringankan beban ibu bapa, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelajar mendapatkan pendidikan agama.
Beliau berkata, pendidikan percuma itu membabitkan kos RM5.3 juta hasil kutipan zakat dan ditanggung sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama JAWI.
“Ia sudah dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, cuma pelaksanaannya baru saja diumumkan. Justeru, bagi pelajar yang sudah menjelaskan yuran, wang berkenaan akan dikembalikan.


“Dengan peruntukan besar ini, kita akan lebih berupaya memperbaiki kecemerlangan di kalangan pelajar dan kualiti pendidikan, seterusnya menjayakan misi kerajaan ke arah menjana modal insan yang berkualiti dengan minda kelas pertama,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik JAWI 2012, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ketua Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha dan Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil berkata, pemansuhan yuran membabitkan 66 KAFA dan 84 SRA selaras permintaan tinggi permohonan untuk memasuki sekolah agama termasuk di luar kawasan.
Beliau juga mengumumkan peruntukan RM39 juta bagi membina enam sekolah agama di sekitar Wilayah Persekutuan, antaranya Segambut, Kampung Batu Muda dan Setapak yang dijangka siap pada akhir 2014.

“Enam sekolah ini dibina sebagai persediaan negara menuju status negara maju yang bukan saja mempunyai kemajuan daripada sudut pembangunan semata-mata, malah turut cemerlang dalam aspek agama dan kerohanian.

“Melalui cara inilah kita memulangkan semula wang kutipan zakat setiap tahun kepada golongan asnaf dan fakir miskin,” katanya. - Berita Harian 24 Apr 2012


Baca seterusnya...

4.23.2012

Peraduan iPunya Dari P1, Menangi Volkswagen Golf TSI

Monday, April 23, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
P1 Broadband memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Semakin hari semakin menarik pakej yang ditawarkan oleh P1 Broadband. Apatah lagi dengan melanggan P1 Broadband, anda berpeluang memenangi Volkswagen Golf TSI. Pergh... Volkswagen tu...

Macam mana nak menang Volkswagen Golf TSI tu ? Anda perlu sertai peraduan iPunya dari P1 Broadband. Peraduan ini sangat mudah sebenarnya. Maklumat lanjut boleh klik pada gambar di bawah.





Semoga berjaya! :D




Baca seterusnya...

Seni Arca Dari Kotak Terbuang

Monday, April 23, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekarang ni kebanyakkan syarikat-syarikat besar mula mengamalkan aktiviti 5S. Tentu banyak bahan buangan yang boleh dikitar semula terutamanya kotak. Bagi kita, kotak yang tidak digunakan,elok dibuang untuk dikitar semula. Tapi bagi artis British Chris Gilmour, beliau kitar semula kotak dari sudut lain. Hasilnya...anda boleh saksikan sendiri gambar-gambar di bawah..













amacam? kreatif kan..

sumber : Dailymail


Baca seterusnya...

Tips Balut Remote TV Cara Mudah

Monday, April 23, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Zaman sekarang ni boleh dikatakan peralatan elektrik seperti TV dilengkapi remote control. Malah kipas pun ada yang mempunyai remote control. Salah satu masalah remote control adalah nak menjaganya supaya tidak mudah rosak, calar atau dimasuki air. Salah satu caranya adalah membalut remote tv tersebut. Namun kadangkala membalut remote tv jika tidak kena caranya, boleh memburukkan lagi rupa remote tv tersebut.

Tapi jangan risau, ada cara mudah untuk membalut remote tv dan dalam masa yang sama balutan nampak kemas. Nak tahu caranya ? Lihat gambar di bawah..







Haha...guna kondom... bernas jugak idea ni kan...


Baca seterusnya...

4.22.2012

Van Jenazah Pun Kena Saman

Sunday, April 22, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


sumber gambar : The Star

Baca seterusnya...

(Gambar) Pelajar UPSI Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat

Sunday, April 22, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
IPOH: Seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan universiti itu, petang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, penuntut tahun tiga itu dikatakan berada di bangunan E-Learning kampus itu sebelum mayatnya ditemui seorang penuntut lain yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan ketika dihubungi BHOnline mengesahkan menerima laporan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut. - BHarian 22 April 2012





kredit gambar : pilihan-anda.blogspot.com



Menurut salah satu komen di blog pilihan-anda,

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek


Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik