4.21.2012

Siapa Zara Shafruddin ?

Saturday, April 21, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Selain dari isu Proton Preve kemalangan, isu yang tengah panas sekarang ni di internet adalah Zara Shafruddin. Siapa Zara Shafruddin ni ? Kenapa tiba-tiba namanya menjadi popular di dunia maya ini.

Mengikut hasil carian aku di google, nama Zara Shafruddin menjadi sebutan kerana dia dikatakan perempuan melayu yang berkahwin di gereja dengan Kevin Rudd, anak bekas Perdana Menteri Australia. Isu perkahwinan ni menjadi panas kerana nama "Zara Shafruddin" itu sendiri adalah nama melayu islam dan berkahwin pula di gereja.

Persoalan yang masih menjadi tanda tanya adalah betul ke Zara Shafruddin ni seorang melayu dan beragama islam ? Tak guna membuat andaian dan tohmahan yang bukan-bukan. Kita tunggu je lah pihak yang terlibat membuat perjelasan.



Inilah dia gambar Zara Shafruddin bersama suaminya, Kevin Rudd.

sumber gambar : dailytelegraph.com.au





Baca seterusnya...

(Gambar) Proton Preve Kemalangan

Beberapa keping gambar Proton Preve kemalangan tersebar di internet. Melalui gambar yang disebarkan, pelbagai andaian di buat. Rata-rata ramai yang mempersoalkan tahap kualiti Proton Preve yang dikatakan bertaraf global. Gambar Proton Preve kemalangan juga turut dijadikan bahan gurauan.


Inilah gambar Proton Preve kemalangan tersebut. Sebelum kita membuat spekulasi dan andaian, eloklah kita tahu cerita sebenar di sebalik kejadian tersebut.

Inilah Proton Prevé yang pertama mengalami kemalangan jalan raya sebentar tadi. Kejadian berlaku di lebuhraya DUKE, dari Jalan Sentul menghala ke Gombak pada jam 4.45 petang. Menurut sumber dalaman Proton, kereta ini dipandu oleh SA showroom Sentul dengan kelajuan 120 kmh namun ketika cuba mengelakkan sebuah kereta lain, kereta ini terlanggar pembahagi jalan dan terkena bahagian tayar mengakibatkan kereta tersebut melambung.

Ketika kereta ini mendarat, hentakan yang kuat menyebabkan kerosakan pada lower arm, bumper & fender. Ini bermakna ia tiada kena mengena dengan defect parts dari Proton. Ini adalah kecuaian manusia dan diharapkan berita ini akan memberi gambaran sebenar kejadian tersebut, supaya tiada andaian yang bukan-bukan dibuat. - funtastickodesign.wordpress.com




Ini pula perjelasan dari pihak Proton menerusi laman Facebook Proton Edar

We would like to address concerns regarding pictures of a damaged Proton Prevé circulating on the web.

At around 4.45pm yesterday, one of our sales advisors was involved in an accident while driving from Jalan Sentul towards Jalan Pahang in KL, when the Proton Prevé that he was driving hit a divider and landed awkwardly causing the lower arm to break.

While we're happy to report that our sales advisor is unhurt, our test-drive unit, however, was damaged as a result of the accident. So, remember to buckle up and drive safe because accidents can happen - to anyone and to any car.


Itulah cerita sebenarnya. Tapi dengan perjelasan ini, mampukah pihak Proton mengembalikan imej yang tercalar ini?

Bak kata Warren Buffett - "It takes 20 years to build a reputation and five minutes to ruin it. If you think about that, you’ll do things differently"

sumber gambar : forum lowyat


Baca seterusnya...

4.20.2012

Fenomena Ustaz Don

Friday, April 20, 2012 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Nama Ustaz Don sejak akhir-akhir ini mula menjadi sebutan terutamanya di laman sosial. Banyak video ceramah dan gambar Ustaz Don tersebar di internet. Ia bagaikan satu fenomena.

Nama Ustaz Don atau Don Daniyal Don Biyajid, 28, mula terkenal sejak Ustaz Don mengendalikan program 30 Minit Ustaz Don di TV AlHijrah. Mungkin faktor raut wajahnya yang hensem dan cara penyampaian dakwah, membuatkan ramai yang selesa dengan Ustaz Don terutamanya golongan remaja. Ini satu perkembangan yang menarik.

Mari kita ikuti temubual wartawan Harian Metro dengan Ustaz Don. Ada banyak perkara menarik dan renungan buat kita dalam temubual di bawah. Ustaz Don juga turut berkongsi bagaimana ibubapanya membesarkannya. Dan untuk peminat perempuan, Ustaz Don sudah bertunang.




“Dalam berdakwah, saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk golongan remaja saja kerana ilmu itu tidak mengenal batasan usia. Jika remaja suka mendengar dan menonton program agama dikendalikan saya, Alhamdulillah,” kata pengendali program 30 Minit Ustaz Don yang bersiaran setiap Isnin sehingga Khamis, jam 10 malam di TV AlHijrah.

Kesukaran mendapatkan beliau selama ini ekoran komitmen Ustaz Don. Selain terbabit dengan 30 Minit Ustaz Don pada waktu malam, aktivitinya pada sebelah siang dipenuhi dengan tuntutan kerjaya sebagai pensyarah di Jabatan Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat di Akademi Islam Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Bangi serta tugasnya sebagai penceramah bebas.

Pada masa sama, beliau juga sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam pengajian al-Quran dan Sunnah.

Berbicara mengenai fenomenanya, nyata Ustaz Don sedikit gelisah dengan pertanyaan itu kerana enggan dipuja kerana ikhlas berdakwah untuk Yang Maha Esa.

“Ikut Islam, patuh suruhan Allah s.w.t dan Rasul. Jangan puja saya kerana saya manusia biasa. Mati esok, syurga belum tentu buat kita lagi. Sebagai saudara sesama Islam, apa yang boleh kita lakukan adalah saling ingat mengingati.

“Saya berdakwah untuk berkongsi ilmu selain sebagai persiapan menjadi insan dan hamba-Nya yang lebih baik,” katanya.

‘Respons’ mahupun reaksi yang masyarakat berikan kepada penceramah bebas kelahiran Bukit Mertajam itu membuatkan dia pernah berasa janggal pada awalnya.

Namun, Ustaz Don sering menjadikan kisah seorang ulama juga Tokoh Tafsir Mesir, Allahyarham Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi sebagai contoh dan inspirasi agar sentiasa menunduk ke bumi.

“Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi adalah ulama hebat dan murah hati. Betapa orang mengaguminya sehinggakan pernah sebaik keluar dari masjid, orang mengerumuninya untuk bersalaman dan memeluknya.

“Sampaikan keretanya turut diangkat. Apabila keadaan sudah reda, beliau minta pemandunya menghidupkan enjin lalu singgah di sebuah masjid. Kemudian beliau membuka baju dan mula mencuci tandas sebagai cara untuk beliau berasa rendah diri.
“Saya sering mengingatkan diri kepada peristiwa ini untuk saya sentiasa tunduk ke bumi,” katanya.

Pemilik Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat dari Maahad Qiraat Shoubra, Mesir, itu menambah, semakin kuat iman seseorang itu, semakin galak syaitan cuba memesongkannya.

“Jangan kata orang kuat agama tidak boleh lemas dengan pujian. Puji-pujian boleh menimbulkan rasa bangga diri. Iblis pandai. Dalam hadis ada menyebut Talbis Iblis iaitu peng�kaburan yang dilakukan iblis dan mempunyai pelbagai cara untuk menyesatkan orang.

“Satu contoh, jika ada perempuan seksi depan mata, memang langsunglah ustaz tak pandang. Jadi iblis kaburkan dengan mendatangkan wanita bertutup aurat tapi pandai mengurat.

“Saya paling takut menjadi orang yang munafik dan daripada pemerhatian saya, sifat munafik paling ditakuti golongan ulama,” katanya.

Menyingkap pembabitan awal sebagai penceramah bebas, Ustaz Don yang pernah menjadi guru di sebuah tadika di Pulau Pinang, menyampaikan kuliah agama pertamanya di Selangor iaitu di Surau An Nur, Bangi, tiga tahun lalu.

Detik itu tidak mungkin dilupakan lantaran ia permulaan sebagai pendakwah bebas, tambahan pula beliau bertindak sebagai ‘bidan terjun’ menggantikan dua ulama tersohor - Ustaz Haron Din dan Ustaz Ismail Kamus yang tidak dapat memberi kuliah pada hari berkenaan.

Penghujung 2010, sahabatnya, Kamarul Zaman, bekas kakitangan TV AlHijrah memperkenalkannya kepada seorang produser stesen itu yang kebetulan sedang mencari seorang ustaz untuk mengendalikan program baru.

Selepas uji bakat, beliau terpilih mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 20 episod, yang menyaksikan pelbagai reaksi positif penonton.

Rentetan itu, katanya, lahirlah idea untuk menerbitkan 30 Minit Ustaz Don yang pada awalnya menggunakan judul Tazkirah Ustaz Don. Program berbentuk kuliah interaktif itu sebagai kesinambungan kejayaan Ihya Ramadan.

Menjadi wajah rebutan kebanyakan stesen TV sekarang, Ustaz Don mengakui selesa bersama TV AlHijrah, malah turut berkongsi idea untuk program akan datang.

Beralih kepada topik penampilan beliau yang sering kelihatan berjubah, berserban dan selendang di bahu kanan, tidak bererti beliau menolak pakaian kasual.

“Ulama terkenal, Allahyarham Ustaz Yusof Rawa sangat menjaga penampilannya ketika berada di khalayak sehingga pernah menerima duta keterampilan. Ini bermakna, kebebasan bergaya sememangnya ada asalkan tidak keluar daripada landasan Islam. Saya pun bukanlah ke sana sini mengenakan jubah dan serban, ikut kesesuaian juga.

“Jika bermain boling misalnya, takkan hendak berjubah? Ada masa saya selesa memakai sut dan pakaian formal,” katanya.


Zaman kanak-kanak

DETIK kejayaan hidup seseorang pasti ada kaitan dengan asuhan ketika kecil, cara mereka dibesarkan selain pergaulan sekeliling. Akui Ustaz Don, beliau dilahirkan dalam keluarga yang sederhana iaitu ibunya seorang kerani dan bapanya pula, pembantu makmal.

“Seingat saya, emak dan ayah mahukan anak pertama lelaki tetapi yang sulung perempuan. Jadi apabila lahirnya saya, emak pernah kata dia menyebut ‘Fisabilillah’. Fisabilillah ini pernah disebut datuk Nabi Isa a.s. ketika kelahirannya. Ada kisah menarik di sebalik ungkapan ini.

“Kalau tidak silap saya, ketika berusia tiga hari, bapa membawa saya bertemu gurunya, juga Pengasas Pondok Bagan Lalang, Pulau Pinang, untuk mendapatkan keberkatan.

“Menyingkap cara saya dibesarkan sama seperti kanak-kanak lain. Bagaimanapun, baru-baru ini saya terbaca tulisan Profesor Dr Muhaya Mohamad yang menemu bual emak saya, apakah rahsia emak dalam mendidik saya dan adik-beradik yang lain. Saya pun tak tahu bila temu bual itu dibuat.

“Dalam temu bual itu, emak memaklumkan dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian untuk menyusukan saya sehingga genap dua tahun.

“Jika saya menangis mahukan susu pada waktu malam, ayah saya akan turut sama bangun membancuh susu untuk emak sebelum emak menyusukan saya,” katanya.

Dalam petikan temu bual itu turut menyebut, ayah Ustaz Don tidak membenarkan emaknya menyusu sambil berbaring. Sebaliknya, ayahnya akan me�nyediakan belakang badannya untuk emak bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu.

Akui mengagumi pengorbanan kedua-dua orang tuanya itu, Ustaz Don semasa kecil sering mengikuti bapanya ke masjid untuk menunaikan solat dan mendengar ceramah agama.

Anak kedua daripada empat beradik itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kebun Sireh diikuti Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Sewaktu di sekolah menengah, dia adalah pelajar aliran sains.

“Saya bukanlah pelajar cemerlang cuma setakat sedang-sedang saja. Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM, saya cuma memperoleh 4A saja. Sewaktu mengikuti pengajian peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Pulau Pinang, kemudian Ijazah Sarjana Muda Takhassus Qiraat di Mesir, saya antara pelajar yang selalu dapat tempat kedua atau ketiga terakhir (ketawa).

“Saya mula minat menghafaz al-Quran selepas tamat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Al-Quran sangat istimewa dan hanya akan ‘duduk’ dengan siapa yang ia mahu. Ada orang belajar sedari umur empat tahun untuk menghafal al-Quran, tetapi masih tidak mampu melakukannya.

“Wallahualam... apa yang saya tahu mereka yang mendapat kelebihan adalah orang yang menyayangi al-Quran.

“Seperkara lagi, sejak dulu saya selalu patuh kepada kata-kata guru. Menghormati guru nescaya kita akan mendapat keberkatan dalam pelajaran.

“Saya masih ingat ketika bersekolah rendah, saya ada seorang guru, Ustaz Sheikh Redha Salim Ali yang kini sudah meninggal dunia. Setiap pagi saya berjalan ke rumahnya selama 30 minit dan apabila balik dari sekolah, kalau kawan-kawan mahu temankan ustaz pulang, dia akan kata: “Aku nak balik dengan Don.” Ustaz saya itu buta, jadi saya pimpin tangannya setiap kali pergi dan balik sekolah,” katanya.



TRIVIA Ustaz Don

Surah yang sering atau dibaca... Surah Al-Kahfi.

Pendakwah dikagumi... ramai, salah seorangnya Datuk Dr Haron Din.

Jika menjadi bapa satu hari nanti... mahu mendidik anak seperti Rasulullah s.a.w. walaupun mustahil, tetapi berharap dapat menjadi ayah yang baik seperti ayah saya.

Jenama kacamata pilihan... Rayban.

Kumpulan muzik yang diminati... Linkin Park. Menurut Ustaz Don, sebahagian lirik lagu kumpulan itu yang dibacanya tidak keterlaluan dan ada yang berunsur kehidupan dan kemanusiaan.

Status... tunangan kepada Husna Mohd Zain, pelajar jurusan perubatan di Universiti Kaherah, Mesir.

Penuhi masa lapang... kerja grafik dan fotografi.







Baca seterusnya...

Apa Itu APTB ? Maksud APTB

Friday, April 20, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekiranya anda sampai ke entry ini kerana mencari maksud APTB, anda telah melakukan perkara yang betul dan tepat.

Apa maksud APTB ni ? Ramai sangat orang pakai perkataan APTB ni di laman sosial. Nak tanya tentu segan kan. Jadi, hanya satu jer tempat bertanya yang anda tak perlu rasa segan iaitu bertanya pada pakcik Google.

APTB = Apa Pun Tak Boleh.

Haha... itu jer maksudnya...

Bagi mereka yang layan Maharaja Lawak Mega, tentu tau asal usul APTB ni dipopularkan oleh kumpulan mana. Ia dipopularkan oleh kumpulan Jambu - Muka legend tapi hati kiut.







Baca seterusnya...

Penutupan Jalan - Sekitar Dataran Merdeka, KL hingga Sabtu 21 April 2012

Friday, April 20, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Perhatian kepada semua pengguna jalanraya sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Beberapa jalan sudah mula ditutup secara berperingkat mulai 19 April hingga 21 April 2012. Ini berikutan sambutan sempena persembahan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” di Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR — Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat sejak semalam hingga Sabtu ini sempena persembahan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

Acara yang akan bermula pada pukul 8 malam Sabtu tersebut merupakan kemuncak kepada majlis pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Polis Diraja Malaysia dalam laman Facebook memaklumkan, jalan yang terlibat ialah Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Bulatan Dato’ Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Pasar Besar, Susur Bukit Aman ke Jalan Hishammuddin (Dataran Merdeka), Jalan Gereja dan Jalan Mahkamah Persekutuan (Bangunan Sultan Abdul Samad).



"Bagi tujuan raptai, Jalan Raja di Dataran Merdeka ditutup kepada tiga lorong sejak Sabtu lepas hingga esok pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, kecuali pada 18, 19 dan 20 April, yang mana ia akan ditutup sepenuhnya mulai 8 malam sehingga 12 tengah malam.

"Penutupan penuh akan dilakukan mulai awal pagi Sabtu pukul 12.01 pagi hingga 6 pagi Isnin,” menurut kenyataan polis itu. — BERNAMA


Baca seterusnya...

4.19.2012

(Gambar) Samsung Galaxy S3 ?

Thursday, April 19, 2012 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gambar di bawah ini dipercayai Samsung Galaxy S3. Gambar ini disebarkan di laman Gizmodo.com. Dikatakan ada awal mei ini, Samsung Galaxy S3 bakal dilancarkan. Peminat-peminat siri Samsung Galaxy S tentu tidak sabar menanti kemunculan Samsung Galaxy S3.

Harga Samsung Galaxy S3 di Malaysia? Dilancarkan pun belum, macam mana nak tahu harga kan. Tapi aku rasa dalam RM2K++ kut..






Baca seterusnya...

4.18.2012

Perhatian Kepada Pengguna LRT, Elak Paksa Diri Naik Tren Padat

Wednesday, April 18, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR — Para pengguna pengangkutan transit aliran ringan (LRT) dan monorel hendaklah mengutamakan keselamatan dan tidak memaksa diri mereka memasuki tren yang padat.

Pengarah Kumpulan Bahagian Rel RapidKL Khairani Mohamed berkata para pengguna hendaklah bergerak ke belakang apabila mendengar penggera pintu berbunyi menandakan pintu akan ditutup bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Beliau berkata para pengguna mestilah mengutamakan keselamatan melebihi segala-galanya dan sentiasa bertimbang rasa apabila mahu memasuki tren.

"Kami sering melihat pengguna cuba memaksa diri mereka memasuki tren yang penuh dengan penumpang dan langsung tidak menghiraukan keselamatan... ia sangat bahaya bagi mereka kerana pengguna mestilah berada di belakang garisan kuning dan memasuki tren dengan tertib,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Khairani berkata keselamatan menjadi keutamaan dalam operasi RapidKL dan syarikat berkenaan melakukan pemeriksaan berkala pada tren dan aspek keselamatan lain setiap hari sebelum memulakan operasi harian.

Beliau merujuk insiden yang berlaku kepada seorang penumpang wanita yang cedera di Stesen Monorel Bukit Bintang pada 9 Feb apabila tangannya tersangkut di pintu tren.

Khairani berkata insiden yang membabitkan seorang tele-pemasaran Lim Chui Hong, 24, dirakam oleh kamera keselamatan dan mendapati wanita berkenaan berusaha untuk menaiki tren beberapa kali meskipun penggera pintu sudah berbunyi menandakan pintu akan ditutup.

Katanya tren berkenaan terus bergerak dan mengheret Lim kira-kira dua meter sebelum dia berjaya melepaskan tangannya dan terjatuh di atas lingkungan landasan selepas pekerja stesen memberi amaran kepada pemandu supaya memberhentikan tren.

— BERNAMA




Baca seterusnya...

4.16.2012

Jualan The New iPad di Malaysia 20 April Ini, Harga Dari RM1499

Monday, April 16, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Penantian peminat The New iPad atau iPad baru atau iPad 3 di Malaysia bakal berakhir jumaat 20 April ini apabila Apple bakal menjualnya.

Kenyataan ini disahkan sendiri oleh Apple melalui satu press release yang dikeluarkan di laman mereka.

the new iPad also will be available beginning on Friday, April 20 in Brunei, Croatia, Cyprus, Dominican Republic, El Salvador, Guatemala, Malaysia, Panama, St Maarten, Uruguay and Venezuela. Beginning on Friday, April 27, the new iPad will be available in Colombia, Estonia, India, Israel, Latvia, Lithuania, Montenegro, South Africa and Thailand. - Apple


Harga The New iPad dikatakan bermula dari serendah RM1499. Spesifikasi The New iPad boleh dirujuk di sini.

Saksikan juga video apabila The New iPad dapat kat ahli silap mata. Funny dan amazing! :D




Baca seterusnya...

Kung Fu Katak

Kita biasa lihat Kung Fu Panda, Kung Fu Beruang, bagaimana pula dengan Kung Fu Katak ?



Heeyahhhh!!



Aksi katak di atas dikatakan menyamai aksi kung fu Bruce Lee. :D







Baca seterusnya...

4.15.2012

Mercedes Petronas Juarai F1 GP China, Pertama Kali Sejak 1955

Sunday, April 15, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Keputusan F1 Grand Prix China menyaksikan kemenangan buat pertama kali bagi pelumba F1 Nico Rosberg dalam kerjayanya. Nico Rosberg juga membanggakan pasukan yang diwakilinya iaitu Mercedes Petronas kerana inilah kemenangan pertama Mercedes Petronas sejak 1955.

Michael Schumacher iaitu rakan sepasukan Rosberg terpaksa menamatkan perlumbaan pada lap ke-14 apabila mengalami masalah teknikal pada bahagian tayar.



Tahniah buat team Mercedes Petronas!







Keputusan Penuh F1 Grand Prix China

1. Rosberg Mercedes 1h36:26.929
2. Button McLaren-Mercedes + 20.6
3. Hamilton McLaren-Mercedes + 26.0
4. Webber Red Bull-Renault + 27.9
5. Vettel Red Bull-Renault + 30.4
6. Grosjean Lotus-Renault + 31.4
7. Senna Williams-Renault + 34.5
8. Maldonado Williams-Renault + 35.6
9. Alonso Ferrari + 37.2
10. Kobayashi Sauber-Ferrari + 38.7
11. Perez Sauber-Ferrari + 41.0
12. Di Resta Force India-Mercedes + 42.2
13. Massa Ferrari + 42.7
14. Raikkonen Lotus-Renault + 50.5
15. Hulkenberg Force India-Mercedes + 51.2
16. Vergne Toro Rosso-Ferrari + 51.7
17. Ricciardo Toro Rosso-Ferrari + 1:03.1
18. Petrov Caterham-Renault + 1 lap
19. Glock Marussia-Cosworth + 1 lap
20. Pic Marussia-Cosworth + 1 lap
21. De la Rosa HRT-Cosworth + 1 lap
22. Karthikeyan HRT-Cosworth + 2 laps
23. Kovalainen Caterham-Renault + 3 laps


SHANGHAI 15 April – Pelumba pasukan Mercedes Petronas, Nico Rosberg menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) buat kali pertama selepas menguasai Litar Antarabangsa Shanghai pada Grand Prix China, petang ini.

Pelumba Jerman itu yang bermula di petak depan, menguasai perlumbaan sejak permulaan untuk mengatasi pelumba Britain, Jenson Button dari pasukan McLaren dan Lewis Hamilton jugad dari McLaren di tempat ketiga.

Kemenangan Rosberg itu juga adalah yang pertama buat Mercedes sejak 1955 ketika pelumba Argentina, Juan Manuel Fangio memenangi Grand Prix Itali. – REUTERS



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik