2.18.2012

(Video) Angkara Memandu Mabuk, Lelaki Ini Berkepala Separuh

Amaran : Entri ini mungkin mengandungi gambar yang terlampau (ngeri) yang mungkin mengundang ketidakselesaan sesetengah pihak ketika melihatnya. Harap maklum.


Lelaki dalam gambar di sebelah bernama Carlos 'Halfy' Rodriguez atau lebih dikenali Sosa. Tengok dari depan, lelaki ini nampak seperti lelaki normal. Tapi bila tengok dari tepi, anda akan terkejut kerana kepala lelaki ini hanya separuh.

Sosa sebenarnya seorang lelaki yang mempunyai kepala yang normal pada mulanya, bagaimanapun akibat terlibat satu kemalangan angkara memandu dalam pengaruh dadah & alkohol, Sosa menerima padahnya. Kemalangan tersebut menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya. Akibat dari kemalangan tersebut, dia kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya.

Saksikan video temubual Sosa dan pesanan Sosa agar tidak memandu dalam keadaan mabuk dan khayal akibat arak dan dadah.














MIAMI: Seorang remaja nakal yang hanya tinggal separuh kepala berikutan satu kemalangan, semalam menyalahkan arak dan dadah yang menyebabkan wajahnya agak jelik.

Ini kali pertama remaja itu bercakap mengenai kemalangan itu.

Carlos 'Halfy' Rodriguez, yang lebih dikenali sebagai Sosa, kehilangan sebahagian besar otak dan tengkoraknya selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia tercampak keluar menerusi cermin depan kereta sebelum jatuh kepala dulu di atas jalan raya.

Dalam satu video baru, dia menggunakan pengalamannya untuk menasihat orang ramai supaya tidak minum arak dan mengambil dadah.


Doktor terpaksa memotong sebahagian besar daging dan tulang kepala untuk menyelamatkan dia dan sejak itu dia meneruskan kehidupannya di Miami, Florida.

“Saya khayal kerana mengambil dadah. Saya memandu dan melanggar tiang yang menyebabkan saya tercampak keluar menerusi cermin depan,” katanya dalam mesej menerusi You Tube.

Sambil menunjukkan kepalanya ke arah kamera, dia berkata: “Dan inilah akibatnya. Kerana itu, adalah tidak bagus untuk minum arak atau mengambil dadah dan kemudian memandu. Ia tidak bagus,” katanya.

Menurut akhbar Jerman, Bild, Sosa mengalami kemalangan itu ketika berusia 14 tahun.

“Saya bersama seorang sepupu dan seorang rakan, mencuri kereta. Kami memandu terlalu laju dan hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan,” katanya

'Rodriguez menjadi terkenal dua tahun lalu selepas dia ditahan atas dakwaan cuba melanggan pelacur.

Polis Miami berdepan dengan masalah dalam menyediakan laporan. Dokumen itu tidak mempunyai nama, kecuali perkataan ‘Separuh Kepala.’

Gambar yang menunjukkan dia tidak berdahi dan bahagian atas kepala termasuk ke dalam tersebar ke seluruh dunia tetapi ramai yang menyangka ia berita palsu.

Bagaimanapun, video baru itu membuktikan dia dan kecederaan melampaunya itu memang benar.

Tetapi, walaupun dengan mesej yang serius untuk menjauh narkotik, Rodrizuez kelihatan masih jauh daripada mengubah gaya hidupnya apabila dia mengaku masih menghisap dadah.

Dalam kenyataan mengejutkan, dia menuduh Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga berbuat demikian.

“Ini yang saya lakukan setiap hari, menghisap dadah,” katanya.

“Obama ialah Presiden Amerika Syarikat dan dia juga menghisap dadah. Dan kenapa saya tidak boleh menghisapnya.”

‘Halfy’ bukan satu-satunya orang yang terselamat dan menjalani kehidupan dengan separuh kepala.

Di Britain juga ada beberapa orang sepertinya.

Remaja belasan tahun, Ben Maycock bernasib baik kerana terselamat selepas diserang dengan tukul besi yang menyebabkan sebahagian besar tengkoraknya lekuk pada 2010. - DM (Harian Metro 18 Feb 2012)






Baca seterusnya...

(Video) Lelaki Selamatkan Seorang Wanita Dari Peragut Bermotosikal

Saturday, February 18, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Seorang lelaki dipuji atas keberaniannya menyelamatkan seorang wanita dari mangsa ragut bermotosikal. Kejadian ragut tersebut berjaya dirakam kamera CCTV.

Dalam rakaman video CCTV tersebut menunjukkan beg tangan seorang wanita (pejalan kaki) diragut oleh dua orang lelaki yang bermotosikal. Wanita itu tidak melepaskan beg tangannya menyebabkan wanita itu diseret beberapa meter. Bagaimanapun, cubaan ragut itu berjaya dipatahkan apabila sebuah kereta memberhentikan keretanya di depan motor peragut tersebut,menyebabkan motor peragut tersebut terbalik.

Saksikan video rakaman CCTV insiden wanta diragut peragut bermotorsikal dengan baca seterusnya.







Kejadian mencemaskan ini berlaku di daerah Shandong,China.


Baca seterusnya...

2.17.2012

Gara-Gara Rokok Elektronik Meletup, Lelaki Patah Gigi

Friday, February 17, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekarang ni banyak dijual rokok eletronik, iaitu rokok yang menggunakan bateri untuk perokok yang mahu berhenti merokok. Macam-macam jenama rokok elektronik yang dijual, tapi pastikan anda memilih rokok elektronik yang dijamin keselamatannya. Jika tidak, terjadilah kes rokok elektronik meletup yang menyebabkan seorang lelaki patah gigi, lidah terkoyak dan bahagian muka melecur. Walaupun kejadian rokok elektronik meletup bukan berlaku di Malaysia tapi langkah berjaga-jaga perlu diutamakan juga.



FLORIDA - Seorang lelaki yang sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur.

Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar.


“Bateri di dalam rokok elektronik tersebut tiba-tiba meletup dan ‘terbang’ keluar, sekali gus menyebabkan kebakaran kecil di rumah saya,” menurut Holoway.

Sementara itu, Pengasas Bersama Persatuan Rokok Tembakau Wap Elektronik, Thomas Kiklas menafikan produk mereka mengalami masalah kerana ia direka selamat untuk pengguna. - Sinar Harian 17 Feb 2012



Baca seterusnya...

(Video) Haruka Nishimatsu - CEO Paling Hebat di Dunia ?

Friday, February 17, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kenalkah anda dengan lelaki Jepun bernama Haruka Nishimatsu ? Dia merupakan CEO Japan Airlines (JAL). Apa yang menarik tentang Haruka Nishimatsu ni ? Mungkinkah dia merupakan CEO paling hebat di dunia ? Mari kita lihat apa yang telah dilakukan oleh Haruka Nishimatsu untuk JAL. Aku percaya tidak ramai CEO yang melakukan perkara yang sama seperti yang dilakukan Haruka Nishimatsu (sebab kalau ada,tentu dah keluar CNN.hehe..)








Saksikan video penuh Haruka Nishimatsu - CEO JAL









Baca seterusnya...

Hanya Perniagaan Forex Menerusi Platform Elektronik Haram

Friday, February 17, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dua hari lepas heboh pasal pengharaman Forex oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Bagaimanapun, ada sedikit salah faham dalam isu pengharaman Forex tersebut. Sebenarnya pengharaman tersebut hanya dibuat kepada perdagangan mata wang individu secara lani menerusi platform elektronik. Pengharaman Forex tersebut tidak terpakai ke atas perkara-perkara seperti urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi kewangan berlesen.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada Khamis menjelaskan fatwa pengharaman pertukaran wang asing (forex) hanya dibuat kepada perdagangan mata wang individu secara lani menerusi platform elektronik.

Katanya, pertimbangan dan keputusan pengharaman tersebut dibuat berdasarkankeraguan-keraguan yang terdapat dalam urusniaga tersebut yang bercanggah denganhukum syarak serta tidak sah dari aspek undang-undang negara.

"Saya mendapati bahawa kenyataan saya telah disalah lapor oleh sebahagian media yang menggambarkan seolah-olah "semua perniagaan pertukaran mata wang asing (forex) adalah haram," katanya dalam kenyataan di sini.


Menurutnya, keputusan pengharaman forex tersebut tidak terpakai ke atas perkara-perkara seperti urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi kewangan berlesen.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Rabu memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing menerusi platform elektronik.

Pengharaman tersebut dibuat hasil kajian oleh jawatankuasa itu selepas mendapati perniagaan forex melibatkan spekulasi mata wang adalah bercanggah dengan hukum Islam. - BERNAMA




Baca seterusnya...

Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Sekeping Not RM100

Friday, February 17, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”


Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.

sumber : forward emel


Baca seterusnya...

2.16.2012

Lelaki Ini Tidur Depan Mesin ATM Kerana Mesin ATM Rosak

Thursday, February 16, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Apa akan anda lakukan jika mesin ATM atau CDM tiba-tiba rosak ketika anda sedang menggunakannya. Ketika itu anda sedang memasukkan sejumlah wang, tiba-tiba mesin CDM rosak,wang sudah berada di dalam mesin, akaun anda tidak dikemaskini dengan jumlah wang yang dimasukkan itu. Apa agaknya yang anda akan lakukan? Tidur di depan mesin tersebut ?



Inilah yang berlaku ke atas Mr Mao dari Shenzhen China. Dia memasukkan 7,000 yuan (sekitar RM 3,500) wang ke ATM tetapi mesin tersebut mengeluarkan semula kad dan dipaparkan diskrin dengan "Out of Order". Manakala duitnya sudah ditelan mesin tersebut.

Apabila baki akaun disemak, Mao endapati bahawa wang belum dimasukkan ke akaunnya.

Kerana bimbang wangnya diambil oleh orang lain, Mao menghubungi keluarganya dan meminta mereka membawanya tempat tidur mudah alih dan meja di mana dia kemudian bermalam sampai bank dibuka keesokannya.

Keesokan paginya, pekerja bank memeriksa dan mendapati mesin tersebut rosak dan mengembalikan semula wang Mao.

sumber : weirdasianews.com


Baca seterusnya...

Fakta Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu (3)

Thursday, February 16, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Lagi fakta menarik yang mungkin anda tidak tahu. Kalau sudah tahu, baguslah.. :P








Baca seterusnya...

Hati-Hati Tolong Orang, Penjenayah Tetak Tangan

Thursday, February 16, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Terkejut baca laporan berita di Sinar Harian. Seorang ejen insurans kena tetak tangan sampai putus oleh penjenayah. Kesian,niat asalnya nak menolong orang dalam kesusahan,rupa-rupanya orang yang dalam kesusahan itu adalah penjenayah dan ianya merupakan satu perangkap. Jadikan berita di bawah ini satu iktibar tuk kita semua. Ngeri!



SHAH ALAM – Seorang ejen insurans terpaksa mengharungi detik getir apabila memandu kereta ke Hospital Gleneagles tanpa tangan kiri selepas ditetak penjenayah dalam kejadian samun di Jalan Ampang, baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali Poon, 47, sebelum itu memandu kereta bersendirian, kira-kira jam 9.30 malam, 3 Februari lalu.

Poon kemudiannya berhenti setelah melihat Perodua Kancil berwarna hitam tersadai di tepi Jalan Ampang berhampiran Jalan Mengkudu.

Ketika itu, terdapat dua lelaki dan seorang perempuan berdiri berhampiran kereta itu.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa sering membantu orang dalam kesusahan terutamanya berkaitan kereta.

“Ketika mangsa cuba menghulurkan bantuan, seorang suspek lelaki secara tiba-tiba melibas parang mengenai tangan kirinya sehingga putus.

“Mangsa terus berlari ke arah kereta. Dia terpaksa memandu dalam keadaan cedera parah dan berlumuran darah sejauh 2 kilometer ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebelum mangsa melarikan diri, suspek sempat menyamun barangan berharga milik mangsa.

“Wang tunai berjumlah RM2,000 dan sebuah telefon pintar jenama Samsung Galaxy dilarikan suspek,” katanya.

Khairi berkata, ketika mendapatkan rawatan di hospital, pengawal keselamatan memaklumkan kejadian tersebut dan polis mengalami kesukaran untuk mengesan tangan mangsa berikutan maklumat yang diterima kurang jelas.

“Kita hanya mendapat tahu tangan mangsa sudah ditemui semula oleh pegawai perubatan yang memaklumkan lokasi sebenar kejadian,” katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan individu yang terlibat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun sehingga mendatangkan kecederaan. - Sinar Harian 16 Feb 2012


p/s : nasib baik tangan tu berjaya dijumpai semula dan dapat disambung.Gila aa penjenayah skang ni..

Baca seterusnya...

Seorang Warga Emas Bakal Sambut Hari Jadi ke-16 April Ini

Thursday, February 16, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
KANGAR: Beliau mempunyai empat anak berusia antara 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini.

Tidak masuk akal, tetapi itulah hakikat yang dilalui oleh Puan binti Ahmad yang usia sebenarnya sudah mencecah seabad dan dianggap antara warga emas paling tua di Padang Keria, Sanglang, di sini.

"Saya dah tak ingat usia saya. Tapi saya hidup pada zaman penjajah," katanya ketika ditemui di rumah anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, di Padang Keria selepas berpindah dari Kuala Nerang, Kedah sejak setahun lalu.

Pada MyKad warga emas ini tertera tarikh lahir 12 April 1996 dan kesilapan itu juga menyebabkan beliau menghadapi pelbagai masalah termasuk gagal mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Sementara itu, cucunya Siti Noratikah Mat Yusop, 21, berkata kesilapan pada MyKad tersebut disedari ketika beliau menghantar neneknya mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Perlis tahun lepas.

Kes itu kemudian dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), namun sehingga kini belum ada tindakan susulan diambil jabatan tersebut, katanya.

Kami harap JPN dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin bagi mengelakkan masalah lain yang lebih besar pada masa depan, kata Noratikah. - BERNAMA




Baca seterusnya...

2.15.2012

Perniagaan Pertukaran Asing (FOREX) Haram: Kata Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Wednesday, February 15, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KOTA BAHARU, 15 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Rabu memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."


"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini Rabu.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

-- BERNAMA

Hanya Perniagaan Forex Menerusi Platform Elektronik Haram






Baca seterusnya...

(Video) Perempuan Dirompak Ketika Keluarkan Duit di Mesin ATM

Wednesday, February 15, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita dirompak dan dipukul oleh 3 lelaki ketika wanita itu mengeluarkan wangnya di mesin ATM. Wanita itu bagaimanapun tidak mudah menyerah kalah sebaliknya memarahi perompak-perompak tersebut. Akibatnya perempuan tersebut di belasah teruk. Bagaimanapun difahamkan, sindiket perompak mesin ATM tersebut telah berjaya ditahan. Lupa nak bagitau, kejadian ini berlaku di China.

Saksikan video rakaman CCTV rompakan di mesin ATM di Youtube.


Maaf..video tersebut tidak dapat di"embed" , sila tonton di youtube yer.







Baca seterusnya...

(Video) Pergaduhan Penyokong Kelantan & Selangor Stadium Bukit Jalil

Wednesday, February 15, 2012 by Mistaken Identity · Baca seterusnya!
Labels: ,
14 Feb 2012 - Aksi kelapan Liga Super antara perlawanan Selangor dan Kelantan semalam menyaksikan rekod tanpa kalah Kelantan lebur apabila kalah 1-2 kepada Selangor. Selain daripada berita kekalahan skuad Kelantan, ada insiden yang tidak enak didengar. Berlaku pergaduhan antara penyokong Kelantan dan penyokong Selangor sebaik sahaja tamat perlawanan semalam di Stadium Bukit Jalil, Shah Alam.

Jika dilihat pada gambar di bawah, kelihatan seorang penyokong Kelantan cedera parah di kepala.



Saksikan video pergaduhan antara penyokong Kelantan dan Selangor dengan baca seterusnya.









sumber : mediajer.com (thanks)

Baca seterusnya...

2.14.2012

Gambar BlackBerry 10

Tuesday, February 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Laman CrackBerry.Com sudah mula mendedahkan rekabentuk BlackBerry 10. Bila BlackBerry 10 dan berapa harga BlackBerry 10 di Malaysia, persoalan itu sukar dijawab ketika ini.

Sekali tengok dah macam iPhone pun ada.






Apa yang best tentang BlackBerry 10 ini adalah fungsi video chat yang sebelum ini tiada pada model-model BlackBerry terdahulu.

sumber : crackberry.com





Baca seterusnya...

Piala Thomas 2012 : Malaysia Tewaskan Hong Kong 3 - 2

Tuesday, February 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Keputusan Piala Thomas 2012 kumpulan D antara Malaysia melawan Hong Kong, Malaysia menang 3 - 2. Tahniah skuad Piala Thomas Malaysia!



KUALA LUMPUR 14 Feb. - Malaysia menempah tiket ke suku akhir kejohanan Piala Thomas selepas mengalahkan Hong Kong 3-2 dalam kempen kelayakan Kumpulan D Zon Asia di Macau hari ini.

Diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Malaysia akan berdepan pilihan kedua Korea Selatan esok yang semalam membelasah Hong Hong 5-0.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memberi mata pertama Malaysia apabila mudah menewaskan Wong Wing Ki 21-18, 22-20 dalam masa 42 minit sementara pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menjinakkan Lo Lok Kei/Leung Chun Yiu 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Namun juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim gagal memberi mata kepada Malaysia setelah kalah kepada Hu Yun 20-22, 18-21 dalam masa 42 minit.

Beregu kedua negara, Lim Khim Wah/Goh V Shem memberi mata seterusnya kepada negara apabila menewaskan pasangan Wong Wai Hong/Lee Chun Hei 21-14, 21-16 dalam masa 27 minit. - BERNAMA



Baca seterusnya...

Fakta Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu (2)

Tuesday, February 14, 2012 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Lagi fakta menarik yang mungkin kita tidak tahu selama ini ataupun kita tahu tapi kita tak sedari. Sharing is caring. :D




aku tak. so aku termasuk dalam 10% tu kut. :D



err..habis tu drama Vanilla Coklat tu maknanya ... haha..





Baca seterusnya...

(Video) Rakaman CCTV Wanita Bertudung Mencuri

Tuesday, February 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Satu video rakaman CCTV menunjukkan 2 orang wanita bertudung mencuri. Kejadian dipercayai berlaku di sebuah kedai di Senai pada 7 Feb 2012. Barang-barang yang dicuri dimasukkan kedalam pakaiannya. Dan aku rasa sebab itulah pencuri ini bertudung kut, tuk mengaburi tindakan jenayahnya itu.

Pemilik kedai menganggarkan jumlah kerugian dari kecurian itu sekitar RM930.00. Wow! banyak giler barang yang dia curi dan masukan dalam pakaiannya.

Kepada pemilik kedai, berhati-hatilah dengan taktik pencuri zaman sekarang ni.

Saksikan video rakaman CCTV wanita bertudung mencuri dengan baca seterusnya.










Baca seterusnya...

Hati-Hati Beli iPhone 4S Murah Secara Online

Tuesday, February 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
iPhone 4S memang menjadi kegilaan peminat gajet masakini. Ramai yang ingin memiliki iPhone 4S, cuma mungkin keadaan kewangan tidak mengizinkan kerana harga iPhone 4S ketika ini sekitar RM2,400. Jadi, bila ada tawaran menarik yang menawarkan harga iPhone 4S lebih murah dari harga pasaran, tentu ramai terpengaruh.

Jangan mudah tertipu dengan tawaran harga iPhone 4S yang murah kerana anda mungkin tidak mendapat iPhone 4S yang sebenar tapi sebaliknya dapat telefon mainan, berus cat dan buku komik. Percaya atau tak, baca laporan berita di bawah dan berhati-hatilah. Sudah ramai yang terkena.

JOHOR BAHRU: “Saya terkejut selepas membuka kotak dikirim apabila mendapati ia hanya mengandungi berus cat terpakai, komik berbahasa Cina serta telefon mainan dan bukannya iPhone 4s yang menjadi idaman,” kata Faizal Hussin, 41, dari Taman Impian Jaya di sini, semalam.

Faizal yang juga pengurus sebuah syarikat swasta di sekitar bandar raya ini berkata, dia kerugian RM1,750 selepas diperdaya sindiket penjualan telefon bimbit terbabit yang beroperasi menerusi laman web.

Mengimbau kejadian, Faizal berkata, ketika melayari portal pengiklanan sindiket terbabit pada 3 Januari lalu, dia tertarik dengan iPhone 4s yang ditawarkan pada harga RM1,750 seunit oleh Jay One Communication and Services memandangkan harganya lebih murah berbanding harga pasaran iaitu sekitar RM2,400.


“Saya menghubungi nombor tertera untuk membuat pertanyaan berkaitan telefon bimbit berkenaan sebelum diminta memasukkan bayaran ke akaun bank tertera nama Yow Wei Xian.


“Telefon bimbit berkenaan pula dijanjikan dalam tempoh dua hari menerusi Poslaju. Kiriman itu tiba dua hari kemudian iaitu pada 5 Januari lalu, namun saya terkejut mendapati ia hanya berus cat terpakai, komik serta telefon mainan,” katanya.


Faizal mendedahkan perkara itu pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam.

Menyambung keterangannya, Faizal berkata, dia berusaha mengesan alamat syarikat terbabit berdasarkan nombor akaun bank penerima bayaran berkenaan iaitu di Muar.

“Saya ke premis itu dan mendapati ia rumah yang disewa beberapa lelaki Melayu.

“Pada 10 Januari lalu, saya terkejut apabila membaca laporan Harian Metro yang mendedahkan seorang bekas pegawai bank menerima lesung batu selepas membayar RM3,250 untuk membeli tiga unit telefon pintar daripada syarikat sama,” katanya.

Faizal memfailkan tuntutan berkenaan kepada TTPM dengan harapan mendapat pembelaan sewajarnya dan menamakan Jay One Communication and Services dan penama akaun, Yow dalam tuntutannya bagi mendapatkan ganti rugi berikutan penipuan itu.

Presiden TTPM, Maznah Haron kemudian memerintahkan penentang kedua iaitu Yow selaku pemegang akaun yang menerima wang pembelian telefon bimbit terbabit mengembalikan RM1,750 kepada mangsa dalam tempoh 14 hari.

Tuntutan yang difailkan terhadap Jay One Communication and Services pula dibatalkan. Ketika prosiding, Jay One Communication and Services dan Yow tidak hadir untuk mengemukakan hujah bagi mengetepikan tuntutan difailkan terhadap mereka.

Maznah turut menasihatkan Faizal supaya membuat laporan polis berkaitan kes itu selain lebih peka dan tidak mudah terpedaya dengan barangan yang ditawarkan pada harga murah terutama ketika berurusan menerusi Internet. - Harian Metro 14 Feb 2012


Baca seterusnya...

Hamster Punca Penyakit Kencing Tikus ?

Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis jika tidak dikawal boleh membawa maut. Ada kedengaran mengatakan kemungkinan penyakit kencing tikus juga turut datang dari hamster. Ini berikutan ada laporan mengatakan seorang penternak hamster terpaksa dipotong akibat jangkitan virus air kencing. Bagaimanapun, laporan tersebut akan dikaji sejauh mana kebenarannya. Jika benar, nampaknya hamster mungkin tidak lagi dibenarkan menjadi haiwan peliharaan.


KUALA BERANG: Kerajaan perlu mengkaji kemungkinan penyakit berjangkit seperti kencing tikus ada kaitan dengan kegilaan masyarakat terutama kanak-kanak dan belia menjadikan hamster, sejenis tikus sebagai haiwan peliharaan.

Berikutan itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Terengganu, Rozi Mamat, meminta Jabatan Kesihatan dan Veterinar melakukan kajian bagi menentukan sejauh mana haiwan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada manusia dengan penularan penyakit kencing tikus.


Katanya, kerajaan negeri ada menerima laporan kaki dan tangan seorang penduduk yang menternak hamster lebih tujuh tahun lalu terpaksa dipotong akibat jangkitan virus air kencing tikus.

“Jika laporan itu betul, dua agensi kerajaan terbabit perlu menyiasat dan mengeluarkan garis panduan bagi mengharamkan penjualan dan ternakan hamster.

"Kita tidak pasti sejauh mana kaitannya, sebab itu kita minta dua agensi kerajaan terbabit membuat kajian, termasuk menguji air kencing hamster sama ada mengandungi virus yang boleh memudaratkan kesihatan manusia," katanya ditemui selepas merasmikan majlis penyampaian sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini, semalam.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Veterinar negeri, Dr Marzuki Zakaria, berkata walaupun hamster ialah spesies tikus, tetapi pemeriksaan setakat ini mendapati haiwan itu tidak berbahaya. - Berita Harian 14 Feb 2012


Baca seterusnya...

2.13.2012

Lagi Kes Sejadah Sujud Berlaku di Surau Lama

Monday, February 13, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Patutlah aku pelik kena tiba-tiba keyword "Sejadah Berdiri" menjadi hot di blog ini hari ini. Rupanya ada lagi kejadian terbaru sejadah berdiri atau sejadah sujud. Kali ini kejadian sejadah sujud berlaku di surau lama Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Paya Pasir.




PAYA PASIR - “Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat”.

Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam.

Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan.

“Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap.


“Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil wuduk yang terbatal. Selepas mengambil wuduk dan melintasi bilik mengaji ini, saya terkejut apabila melihat sejadah di hadapan pintu berbentuk seakan sedang sujud menghadap kiblat.

Filza berkata, mereka segera ke tingkat bawah dan memaklumkan kepada pengetua maahad mengenai kejadian pelik itu.

Pengetua maahad itu, Azizah Khatib Mat berkata, kejadian yang berlaku di dalam surau berusia 69 tahun itu disifatkan sebagai bukti kekuasaan ALLAH SWT dan pasti mempunyai hikmah di sebaliknya.

Menurutnya, kejadian sebegitu pernah dilaporkan berlaku sebelum ini di tempat lain dan beliau yakin ia bukan perbuatan pelajar nakal.

“Pelajar perempuan yang saya minta menghamparkan sejadah ini bukan pelajar nakal, malah masa diberikan pada mereka untuk menyelesaikan tugas itu terhad kerana mereka perlu berada di dalam surau untuk berzikir sebelum masuk waktu Maghrib.

“Jumlah sejadah juga banyak. Maka saya yakin ini bukti kebesaran ALLAH SWT dan mungkin sebagai satu daripada bentuk hidayah kepada pelajar serta umat Islam,” katanya. - Sinar Harian 13 Feb 2012


Kejadian yang sama sebelum ni pernah berlaku Pasir Mas.


Baca seterusnya...

Lagi Kes Kereta Dipandu Wanita Rempuh Kedai

Monday, February 13, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sebelum ni kecoh dengan video seorang wanita rempuh kereta & kedai motor superbike di Cheras, kini kejadian yang hampir sama berlaku di Pasir Puteh, Kelantan. Seorang pemandu wanita (guru wanita) merempuh sebuah Hilux dan menyebabkan Hilux tersebut merempuh kedai mesra stesen Petronas. Haih..



PASIR PUTEH - Akibat hilang kawalan, kereta seorang guru wanita merempuh sebuah kereta 4x4 jenis Hilux sebaik sahaja selesai mengisi minyak di Stesen Minyak Petronas Pasir Puteh Dua, di sini.

Kejadian yang berlaku jam 6 petang kelmarin itu dipercayai berlaku apabila Azizah Mat Noor, 44, memandu kereta Cherry miliknya merempuh dengan laju Hilux yang diletakkan di hadapan Petronas sehingga memasuki kedai tersebut.

Pemilik Hilux, Sufian Abdullah, 21, berkata, semasa kejadian tersebut berlaku dia baru sahaja memasuki kedai Petronas tersebut tidak sampai tiga minit sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat.

“Semasa kejadian saya sedang berurusan di mesin wang di dalam kedai itu dan apa yang berlaku ini sangat mengejutkan,” katanya kepada Sinar Harian.




Dalam kejadian tersebut, kereta milik Azizah rosak teruk di bahagian hadapan akibat merempuh bahagian belakang kereta milik Sufian.

Azizah tidak mengalami sebarang kecederaan kerana semasa kejadian dia memakai tali pinggang keledar.

Sementara itu, Pengurus stesen minyak tersebut, Mohd Azli Abdullah berkata, sehingga sekarang pihaknya masih tidak dapat memberitahu berapa jumlah kerugian akibat kejadian tersebut.

“Ini kerana kami terpaksa menunggu wakil daripada pihak Petronas terlebih dahulu untuk datang menilai jumlah kerugian,” katanya.

Menurutnya, kejadian tersebut merupakan yang pertama berlaku di stesen minyak tersebut dan dia bersyukur kerana ia tidak melibatkan orang ramai dan pekerja. - Sinar Harian 13 Feb 2012


Baca seterusnya...

Kartun Yang Mungkin Buat Anda Ketawa

Monday, February 13, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jangan kusutkan hari anda dengan segala masalah. Mari kita layan kartun-kartun di bawah. Mungkin ianya mampu buat anda ketawa















Baca seterusnya...

2.12.2012

Fakta Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Sunday, February 12, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik