2.03.2012

Berhati-Hati Beli Kereta Baru, Dalam Showroom Pun Boleh Kena Tipu

Friday, February 03, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Beli kereta baru nampak macam mudah, pergi ke showroom kereta, jumpa jurujual kereta,bayar booking atau downpayment, tunggu kereta siap.

Tak mungkin kita akan ditipu oleh jurujual kereta tersebut kerana urusniaga berlaku di dalam showroom tersebut dan resit rasmi syarikat showroom tersebut juga turut diberi. Tapi, sebenarnya penipuan beli kereta baru boleh juga berlaku. Itulah yang terjadi ke atas seorang pekerja kilang yang ditipu ketika membeli kereta Proton Saga.

Apa yang membuatkan aku tak faham, jurujual kereta tersebut pernah menipu 4 pembeli kereta sebelum ini tapi masih dibenarkan menjadi penjual di showroom tersebut. Malah majikan jurujual tersebut tidak mahu bertanggungjawab. ???





SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.

“Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.


“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.

“Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. “Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini,” katanya.

Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.


“Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. “Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran,” katanya.

Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu. - Harian Metro 3 Feb 2012

Kepada semua yang akan menjadi seorang pembeli kereta baru, berhati-hati dengan kes penipuan sebegini. Agak sukar dipercayai penipuan boleh berlaku di showroom kereta di mana sebelum itu kes sedemikian pernah dilakukan oleh jurujual yang sama.



Baca seterusnya...

Apabila Pelakon Bollywood Nyanyi Lagu Melayu

Friday, February 03, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda sudah menonton video promo slot Panggung Sabtu TV3 minggu ini?

Bagi yang pertama kali menonton video promo Panggung Sabtu TV3, tentu tergelak dibuatnya kan. Mana taknya, Shah Rukh Khan menyanyi lagu Keungulan Cinta - BPR. Video tersebut diedit dan disusun dengan baik sekali, kena dengan miming mulut pelakon-pelakon dalam video tersebut menjadikan seolah-olah mereka menyanyikan lagu melayu. Satu kerja editing yang bukan senang bagi aku.









Baca seterusnya...

2.02.2012

(Video) Rakaman CCTV Kereta Rempuh Kedai Superbike Di Bandar Tasik Permaisuri

Tentu ramai sudah mengetahui tentang kejadian di mana seorang wanita panik rempuh bengkel motosikal. Wanita tersebut yang memandu Proton Wira melanggar beberapa kenderaan disekitarnya dan seterusnya merempuh sebuah kedai Supebike berdekatan di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.



Di bawah ini adalah video rakaman CCTV dari kedai Supebike tersebut. Kita dapat lihat bagaimana kereta Proton Wira tersebut bergerak ke depan dan ke belakang. Malah ketika sudah merempuh kedai dan berada di dalam kedai, kereta tersebut masih bergerak ke depan ke belakang menyebabkan orang ramai takut untuk mendekati kereta tersebut.








KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.




Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik kedai Superbike itu, Azka Sidi berkata, beliau difahamkan yang wanita berkenaan mengadu dirinya pitam kepada polis sewaktu cuba untuk mengeluarkan kenderaannya dari petak pakir.

Bagaimanapun, Azka mendakwa tindakan wanita tersebut adalah sebagai cubaan melarikan diri dan panik setelah melanggar kereta Volvo XC60 berkenaan.

“Kalau langgar, orang kata awak langgar je dan tiada apa-apa. Kalau dia cakap dia pitam, tapi sebenarnya dia dah langgar kereta Myvi sebanyak lapan kali.

“Selain itu, dia juga ada melanggar kereta Naza Bestari. Malah, kalau tengok dalam video tu, tangannya masih lagi menggerakkan gear kereta,” kata Azka.

Sementara itu, Azka berkata, pihaknya mengalami kerugiaan hampir RM250,000 dan masih lagi menunggu butiran terperinci tentang jumlah sebenar dari pihak peguamnya.

Azka memberitahu pihaknya terpaksa menanggung kerugian itu sendiri termasuklah mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Azka juga melahirkan rasa kesal di atas sikap wanita dan suami itu kerana tidak tampil untuk menyelesaikan masalah itu, malah langsung tidak meminta maaf di atas apa yang terjadi.

sumber : myNewsHub ( berita 1 dan berita 2 )



Baca seterusnya...

Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo

Thursday, February 02, 2012 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Rumah terbalik di sini bukan bermaksud rumah yang dilanda puting beliung atau ribut taufan atau tsunami dan seterusnya menyebakan rumah tersebut terbalik. Bukan.



Rumah terbalik - The Upside Down House in Borneo ini memang dibina sebegitu rupa. Rumah tersebut memang dibina untuk menjadikannya terbalik.

Jika sebelum ini kita biasa lihat rumah terbalik yang dipamerkan di Szymbark, Poland, kini anda boleh lihat rumah terbalik tersebut di Tamparuli, Sabah.

Difahamkan, Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo ini baru sahaja dibuka untuk pameran kepada umum pada 1 Februari 2012 (1212). Bayaran masuk untuk dewasa RM18, kanak-kanak (3-12 tahun) dan pelajar RM5, manakala kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma.

Susun atur perabut di dalam rumah tersebut juga diletakkan secara terbalik. Jadi jangan terkejut jika sebaik sahaja anda masuk ke dalam rumah tersebut, semua perabut berada di atas kepala.

Satu idea bijak untuk menarik pelancong.

Lagi gambar Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo dengan baca seterusnya.









Maklumat lanjut dan lagi gambar kerja-kerja membina rumah terbalik tersebut, boleh layari laman Fanpage Facebook Rumah Terbalik - The Upside Down House in Borneo


Baca seterusnya...

Maksud Awan Nano, Yang Tersurat & Tersirat

Thursday, February 02, 2012 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Demam AJL26 masih belum berakhir. Blog ini masih dikujungi oleh mereka yang datang dengan keyword "maksud awan nano" , "maksud lirik awan nano", "apa itu awan nano", "nano tu apa?" dan macam-macam nano lagi. Nak tahu maksud nano dalam dialek Terengganu boleh baca di sini.

Manakala maksud Awan Nano menurut penulis lirik tersebut, Buddhi Hekayat ialah awan yang berselerakan. Itu maksud tersurat Awan Nano. Apa pula maksud tersirat lirik Awan Nano. Mari kita sama-sama rungkaikan maksud tersirat Awan Nano.




Kekuatan melodi, patah lagu serta liriknya memang tidak dapat dinafikan. Kali ini GUA cuba mendalami apakah sebenarnya erti dan makna di sebalik lirik nukilan Buddhi Hekayat ini. Berdasarkan pengamatan GUA, inspirasi menulis lirik ini besar pengaruhnya dari Kisah Nabi Muhammad SAW yang mana sewaktu di zaman kanak-kanak Baginda, perjalanannya dilindungi awan.

Tertulis dalam kisah tersebut “Pada suatu hari Pendita Buhaira melihat serombongan kafilah Arab datang menuju Syam yang selalu diikuti oleh awan di atasnya. Kafilah ini didatanginya dan dipersilakannya mendekati ke kediamannya. Kafilah ini adalah kafilah yang dipimpin oleh bapa saudara Nabi yang bernama Abu Talib RA, dimana Muhammad turut serta didalamnya.

Pendita Buhaira memperhatikan gerak-geri anak yang bernama Muhammad itu, akhirnya ia yakin bahawa anak itulah yang akan diutus Allah menjadi Nabi dan Rasul sesudah Isa al-Masih a.s. Lantas dia memberi nasihat kepada Abu Talib RA agar anak ini dijaga baik baik, jangan terlengah dari penjagaan, sebab ia kelak akan menjadi seorang maha penting.

Dengan nasihat dan keyakinan Pendita Buhaira ini, Abu Talib RA semakin cinta terhadap anak saudaranya yang bernama Muhammad ini. Bukan saja cinta, melainkan ditambah dengan perasaan harap dan hormat.”



Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Berkisahkan mengenai pengorbanan insan yang sememangnya dekat di hati kita, dua rangkap pertama lagu Awan Nano membawa kita memahami erti kasih sayang yang sejati. Keadaan panas dan dahaga menjadi simbolik kesukaran dan kesusahan yang kita alami. Awan yang diperihalkan menjadi penyelamat kedua-dua keadaan ini hadir sebagai teman di kala kesulitan yang tidak pernah sedikit pun mengabaikan kita dan sentiasa berusaha membantu apabila memerlukan.

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Walaupun pelbagai ancaman datang melanda kita, kasih dan sayang seseorang itu melangkaui segalanya. Nukilan Buddhi Hekayat membuktikan kasih dan sayang ini hadir tanpa kita sedari. Ikhlas dan kejujuran menjadi tunjang tulusnya kasih dan sayang dalam kehidupan kita seharian. Kadang-kala, bantuan itu hadir tanpa kita sangka dari insan yang selama ini tidak pernah kita sedar akan kewujudan mereka. Tanggungjawab dan amanah pelindung kita akan sering menjadi kekuatan garapan perasaan yang wujud dalam diri manusia harfiahnya.

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Kasih dan sayang itu terlalu abstrak sifatnya, tidak bisa dilihat atau diberikan penilaian secara nyata. Setiap insan menunjukkan kasih sayang dengan cara yang berbeza. Pokok pangkalnya, memahami antara satu sama lain merupakan kunci kebahagiaan yang berpanjangan. Amarah yang kadangkala dilemparkan bukan sebagai tanda kebencian sebaliknya tanda mereka sayang akan kita. Pertimbangan secara waras seharusnya dilakukan demi menyelamatkan hubungan kekeluargaan yang sudah kita bina.

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Ikatan kekeluargaan yang rapat seharusnya menjadi kekuatan paling ampuh untuk diri seseorang manusia. Sudah menjadi fitrah, manusia perlukan belaian dan sokongan demi meneruskan kelangsungan hidup maka awan nano itulah yang bisa menjadi pelindung waktu senang atau susah. Awan Nano setiap insan berbeza. Ada yang menganggap ayah merekalah Awan Nano yang sentiasa berkerja keras demi masa depan keluarga. Ada pula mengatakan ibulah Awan Nano yang sebenar. Dalam konteks yang lebih luas terutamanya pada aspek seluruh umat khususnya, kita memiliki Awan Nano yang lebih utama dan agung. Siapapun Awan Nano di hati anda, jangan pernah lupa akan diri mereka yang sentiasa ada untuk kita.

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Dalam kehidupan, ada ketika kita tidak menghargai apa yang ada di sekeliling. Namun, apabila yang berada bersama kita telah tiada, barulah kita tercari-cari akan bayang mereka. Awan Nano memberi tafsiran yang cukup unik tentang bagaimana kita sebagai manusia yang tidak pernah lepas dari khilaf wajar menghargai apa yang kita ada dan menikmati peluang yang kita perolehi. Ada ketikanya kita harus mensyukuri sesuatu yang tidak mungkin terjangkau oleh fikiran manusiawi kita sendiri. Jangan apabila sudah tiada, baru hendak ditangisi pemergian mereka.

Lirik yang cukup bermakna ini cuba menerapkan unsur-unsur kasih dan sayang dalam diri setiap pendengarnya. Maka tidak hairanlah lagu Awan Nano ini diangkat menjadi naskhah teragung di Anugerah Juara Lagu Ke-26! - gua.com.my


sumber gambar awan : elmariachiblues.blogspot.com (thanks)


Baca seterusnya...

Naik Bot, Tunggang Kuda Percuma di Taman Tasik Titiwangsa

Thursday, February 02, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dah lama aku teringin nak bersia-siar di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur tapi tak pernah berkesempatan. Mungkin kerana tiada tarikan menarik kut. Tapi bermula 1 Februari hingga 7 Februari 2012, pihak DBKL telah menawarkan perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda pony secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa. Wah..ini sudah menarik..



Sekarang baru ada tarikan untuk menjejakkan kaki di sana.



KUALA LUMPUR - Langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan perkhidmatan menaiki bot dan menunggang kuda pony secara percuma di Taman Tasik Titiwangsa di sini kepada orang ramai selama seminggu bermula semalam mendapat sambutan menggalakkan.

Orang ramai mula berpusu-pusu ke kawasan rekreasi itu seawal pukul 8 pagi untuk menyertai aktiviti itu yang diadakan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Seorang pengunjung, Azmi Jaafar, 41, berkata, walaupun sering meluangkan masa bersama keluarga di tasik berkenaan, mereka tidak pernah menaiki bot di situ.

"Langkah DBKL ini baik dan sangat dialu-alukan kerana ramai yang tidak pernah melakukan aktiviti yang ada di sini seperti menaiki bot dan menunggang kuda.

"Jadi, peluang yang ada ini akan membolehkan orang ramai menjalankan aktiviti ini tanpa perlu memikirkan soal bayaran," katanya kepada Kosmo!.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Tema sambutan Hari Wilayah Persekutuan tahun ini adalah Rakyat Bersatu, Wilayah Persekutuan Maju.

Nuramalina Mohsin, 14, pula berkata, dia dan rakan-rakannya yang memang meminati aktiviti air tidak melepaskan peluang tersebut yang disifatkannya seperti 'bagaikan bulan jatuh ke riba'.

Katanya, walaupun tawaran itu akan berakhir pada 7 Februari ini, mereka tetap gembira kerana bukan mudah untuk mendapat peluang seperti itu.

"Kalau boleh biarlah aktiviti ini dilanjutkan kerana ramai lagi pelajar seperti saya yang meminati aktiviti air tetapi tidak mempunyai wang yang banyak untuk menyertainya," katanya. - Kosmo 2 Feb 2012



Baca seterusnya...

2.01.2012

Gambar Perodua Alza SR, Harga Lebih Murah

Wednesday, February 01, 2012 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berita baik untuk mereka yang sedang berkira-kira hendak memiliki kenderaan MPV dalam harga mampu milik. Jika model Perodua Alza pada ketika ini antara MPV yang paling murah, bermula esok Perodua perkenal model Alza SR dengan harga yang lagi murah dari Alza sekarang.

Harga Alza SR ditawarkan pada harga jualan RM53,013.50 bagi model manual manakala RM56,013.50 bagi automatik dengan pengurangan harga kira-kira RM2,000 lebih.

Spesifikasi model Alza SR dengan model varian standard ialah penggunaan satu warna bagi papan pemuka serta hiasan dalaman berbanding dua tona, tidak dilengkapi beg udara keselamatan dan sistem brek anti kunci (ABS) serta tidak dilengkapi sistem kawalan audio di stereng.




Difahamkan, Perodua memperkenalkan model MPV dengan harga murah ini berikutan syarat-syarat ketat pinjaman yang diperkenalkan Bank Negara bermula awal tahun ini.





PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkenalkan varian terbaru kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza SR dengan harga jualan lebih rendah sebagai tambahan kepada varian sedia ada dengan tempahan dibuka mulai esok Khamis.

Model Alza berkuasa 1.5 Liter (L) pertama kali diperkenalkan pada 2009, menerima sambutan memberangsangkan apabila mencatat jualan sebanyak 37,400 unit sepanjang tahun lalu, sekali gus menyumbang kepada rekod jualan sebanyak 180,000 unit kenderaan keluaran syarikat itu.


Antara ciri perbezaan model Alza SR dengan model varian standard ialah penggunaan satu warna bagi papan pemuka serta hiasan dalaman berbanding dua tona, tidak dilengkapi beg udara keselamatan dan sistem brek anti kunci (ABS) serta tidak dilengkapi sistem kawalan audio di stereng.



Ciri lain seperti rim sport, sistem kunci penggera keselamatan, sistem audio pemain cakera padat (CD) dan padanan kerusi fabrik masih ditawarkan kepada pembeli dengan pilihan enjin transmisi manual serta automatik.


Sumber automotif berkata, model Alza SR yang membawa maksud pemanduan bijak (Smart Ride) itu ditawarkan pada harga jualan RM53,013.50 bagi model manual manakala RM56,013.50 bagi automatik dengan pengurangan harga kira-kira RM2,000 lebih.


Berdasarkan harga jualan dalam laman web rasmi Perodua, harga jualan bagi model Alza 1.5 L varian GX (manual) ialah RM55,503.50 manakala model varian 1.5L EZ (automatik) ialah RM58,503.50. Bagi model versi Advance pula ditawarkan pada harga RM64,203.50 (automatik). Sementara itu, Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh dalam ucapannya ketika majlis makan tengah hari bersama media sempena sambutan Tahun Baru Cina semalam berkata, pengguna boleh mengharapkan sesuatu yang ‘menarik’ di semua bilik pameran Perodua pada Khamis ini, namun enggan mendedahkan apa tarikan itu.

Difahamkan, pengenalan model Alza SR pada harga cukup berdaya saing berbanding model standard adalah susulan garis panduan baru Bank Negara Malaysia (BNM) yang memerlukan institusi kewangan tempatan membuat penilaian lebih ketat terhadap kemampuan pembayaran balik individu yang memohon mendapatkan pembiayaan, berkuat kuasa 1 Januari lalu.


Seorang jurujual kereta Perodua ketika dihubungi berkata, pengenalan harga model Alza SR pada harga rendah membolehkan seseorang pembeli mendapat pembiayaan penuh dalam pinjaman kenderaan berbanding kaedah sekarang yang memerlukan seseorang itu menyediakan deposit tinggi. “Model ini lebih kepada model mampu milik dengan beberapa ciri penting tidak dilengkapi, namun tempahan boleh dibuat dan tempoh penyerahan kereta ini bergantung kepada kelulusan bank,” katanya ketika dihubungi Bisnes Metro, semalam. - Harian Metro


Baca seterusnya...

(Video) Giuliano Stroe - Budak 7 Tahun Yang "Push Ups" Atas Botol

Budak lelaki ini namanya Giuliano Stroe. Baru berusia 7 tahun. Berasala dari Romania. Apa yang menarik tentang budak ini ialah walaupun baru berusia 7 tahun tapi kekuatannya menyamai orang dewasa. Malah orang dewasa pun belum tentu sekuat dia.

Terbaru, satu video memaparkan Giuliano Stroe sedang melakukan "push ups" dengan kedua-dua tangan dan kakinya berada di atas botol.

Giler kuat! Aku sendiri pun rasanya belum tentu berani buat sebab takut botol pecah.

Di akhir video tersebut, budak ini buat aksi yang menampakkan "six pack" di perutnya macam aku. hehe.. (belum kahwin lagi boleh lah ada six pack,nanti dah kahwin tinggal one pack jer la..)




Untuk rekod, Giuliano Stroe pernah mencatatkan namanya di dalam Guinness Book of World Records dalam melakukan berjalan dengan tangan paling pantas sejauh 10m sambil membawa bola berat pada tahun 2009.

Kepada adik-adik di rumah, jangan meniru aksi Giuliano Stroe ni sebab apa yang dilakukan oleh Giuliano Stroe ni dipantau oleh ayahnya, Iulian Stroe.

Bapa Iulian Stroe, 36, sebelum ini berkata: 'Dia telah pergi ke gimnasium dengan saya sejak dia dilahirkan. Saya sentiasa membawanya dengan saya apabila saya pergi latihan.'






sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

(Video) Apabila Spiderman Bersilat Pulut Depan Pengantin

Wednesday, February 01, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda biasa menghadiri majlis bersanding pengantin melayu ? Kebiasaannya majlis persandingan pengantin melayu akan diserikan lagi dengan aksi pencak silat di depan pengantin diiringi dengan paluan kompang. Dan biasanya aksi pencak silat itu (orang kata silat pulut) dipersembahkan oleh pesilat-pesilat yang lengkap memakai baju silat.

Itu yang biasa kita lihat lah kan. Di bawah ni ada satu video yang luar biasa dan bukan selalu dapat kita lihat. Percaya atau tidak, pesilat yang mempersembahkan silat pulut depan pengantin memakai kostum spiderman! ya spiderman!

Tak caya, mari kita lihat video di bawah.





sumber : facebook


Baca seterusnya...

Gambar Menyeramkan Di Sebalik Sofa

Wednesday, February 01, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Nota : Bagi mereka yang mengandung, lemah semangat,lemah jantung,lemah tenaga batin, sila jangan tengok gambar di bawah.



Sekali pandang gambar di atas sama seperti gambar sofa di dalam rumah yang biasa kita lihat. Tapi..cuba anda renung betul-betul gambar di atas dan lihat segenap sudut... jangan terkejut dengan apa yang anda lihat!

Tips : Klik gambar tuk besarkan. Kemudian tenung dekat-dekat sudut kiri bawah disebalik bantal. Waaa!



Ini satu lagi gambar seram untuk anda renungkan...jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...


Baca seterusnya...

1.31.2012

Goatee - Si Kambing Yang Pandai Bermain Luncur Air

Tuesday, January 31, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Orang kata binatang bernama kambing ni takut air. Tapi itu tidak berlaku kepada kambing yang diberi nama Goatee.



See! Kambing ini seolah-solah tidak takut air malah suka bermain air. Goatee juga pandai bermain papan luncur air (sufrboard).

Asalnya, pemilik Goatee iaitu Dayna McGregor membeli kambing tersebut untuk makan rumput di belakang rumahnya. Lama-lama Dayna McGregor semakin suka dengan Goatee dan seterunsya menjadikan Goatee seperti haiwan peliharaan (pet).

McGregor bukan sahaja membawa Goatee untuk bermain luncur air malah kemana sahaja dia pergi, goatee tetap dibawanya walaupun keluar membeli belah ataupun keluar malam.

Saksikan video di bawah dengan baca seterusnya. Nampak cool jer seorang lelaki bawa kambing putih bersiar-siar di bandar instead of bawa anjing ataupun kucing.











Baca seterusnya...

(Video) Krishan Bansal , Lelaki Yang Mampu Mengira Wang Dengan Pantas

Tuesday, January 31, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Krishan Bansal secara fizikalnya sama seperti lelaki normal yang lain. Tinggal di Uttar Pradesh, India. Apa yang menarik tentang Krishan Bansal adalah kemampuan luarbiasanya yang mampu mengira segumpal wang kertas dengan pantas. Kepantasannya Krishan Basal mengira wang hampir menyamai mesin pengira wang yang biasa kita lihat di bank-bank dan kaunter pengurup wang. Malah Krishan Basal mampu mengesan wang kertas palsu berbanding mesin pengira wang.

Dalam satu demo yang ditunjukkan dalam video di bawah, Krishan Basal berjaya mengira 100 keping wang Rupee not Rs 100 dalam masa 19 saat! Dengan kepantasan itu, nama Krishan Basal dicatatkan dalam Limca Book of Records.











Baca seterusnya...

Jika Anda Ke Jepun, Jangan Terkejut Jika...

Tuesday, January 31, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika anda ke Jepun atau lebih tepat lagi ke bandar Osaka, jangan terkejut jika tiba-tiba kenderaan yang anda naiki (tak kira naik teksi atau pandu sendiri) seperti hendak melanggar sebuah bangunan 16 tingkat. Jangan terkejut kerana bangunan tersebut mempunyai terowong flyover untuk dilalui semua kenderaan.


Inilah dia bangunan 16 tingkat tersebut. Terowong dibina antara tingkat 5 dan 7. Lift pada bangunan tersebut tidak akan berhenti pada tingkat tersebut. Difahamkan, pengurusan lebuhraya tersebut menyewa 3 tingkat bangunan tersebut untuk dijadikan laluan lebuhraya. Genius!







sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Gambar Lelaki Maut Dilanggar Tren LRT, Hampir Putus Kepala

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Myanmar maut dengan kepalanya hampir putus akibat dilanggar sebuah tren LRT Laluan Ampang di Stesen Chan Sow Lin di sini, hari ini.



Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, dalam kejadian 6.45 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun itu telah menceroboh kawasan stesen itu melalui tempat yang tidak berpagar sebelum dilanggar tren berkenaan dan diseret sejauh 10 meter.

"Mangsa mengalami patah tulang pada keseluruhan anggota badan dan lehernya hampir putus. Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Divisyen Rail RapidKL, Khairani Mohamed berkata, berikutan insiden itu, perkhidmatan tren laluan Ampang diberhentikan selama 31 minit mulai 8.15 pagi bagi membantu siasatan polis.

Perkhidmatan itu disambung semula pada 8.46 pagi, katanya dalam satu kenyataan. – BERNAMA







sumber gambar : ondscene.my (thanks)

Baca seterusnya...

1.30.2012

Aizat Amdan Kena Rompak Malam AJL26 ?

Monday, January 30, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Disebalik kemeriahan Anugerah Juara Lagu (AJL26) semalam, ada cerita sedih yang berlaku ke atas Aizat dan abangnya Anas. Bukan sedih kerana Sungai Lui tidak dinobatkan sebagai juara lagu, tapi kerana dua barangan berharga adik beradik itu telah dicuri.

Dua barangan tersebut adalah Macbook Pro dan Kamera DSLR Canon 60D. Difahamkan, 2 barangan tersebut telah dicuri dari bilik persalinan mereka.


kredit gambar : miraakim.blogspot.com

Aizat dan Anas sanggup menghadiahkan dua buah komputer riba baru kepada sesiapa yang mengembalikan MacBook Pro tersebut memandangkan komputer riba itu mengandungi pelbagai maklumat dan hasil kerja mereka.

“Aduh nak nangis. Bukan sebab kalah tapi sebab laptop kena curi. Tolong la wahai rakyat Malaysia. Bagi balik laptop aku.. Dalam laptop tu ada semua lagu-lagu baru yang aku sayangi. Please la sape yang curi. Aku nak balik..Ya Allah..Tolong la bagi balik..Please return my laptop! My life’s work is inside my Macbook pro 15.

“Special nye laptop aku. Macbook Casing bawah bawah dia warna hitam mmg takleh bukak.. Siapa2 yang nampak.. Tolong la pulangkan balik..kami sanggup bagi 2 laptop baru. What a shitty day,” rayu Anas yang dipetik dari laman sosial Twitternya.

Aizat turut merayu kepada pencuri berkenaan agar memulangkan MacBook Pro milik Anas dan sebuah kamera Canon DSLR 60D milik Alif Amdan.

“Sesiapa yg ambik atau ternampak laptop mcbook pro AnasAmdan dlm stadium putra please pulang balik. Byk kerja hidup kami ada dlm laptop macbook pro dan camera canon tu.

“Tolong sesiapa yang ambik dr dressing room saya, pulangkan. Kalau sesiapa ternampak org yg disyaki masuk dressing room sy sepanjang AJL26 berlansung tolong beritahu,” mohon Aizat pula di Twitter miliknya. - myNewsHub.my




Baca seterusnya...

(Video) Kemalangan Skuad Basikal Negara di Putrajaya

Monday, January 30, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Hasrat skuad berbasikal negara menguji kemampuan pelumbanya terbantut selepas terbabait dalam satu kemalangan.

Sesi latihan dan ujian pemilihan di Purajaya pagi tadi terpaksa dihentikan selepas kira-kira tujuh pelumba dirempuh sebuah kereta.

Seramai 65 pelumba basikal lebuh raya terdiri daripada skuad elit dan pelapis negara menjalani simulasi perlumbaan di
Putrajaya sebagai persediaan kejohanan basikal Asia dan Le Tour De Langkawi.

Namun ketika perlumbaan hendak memasuki pusingan ke-2, saingan dihentikan selepas kelompok hadapan pelumba terlibat dengan kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Kancil di persimpangan lampu isyarat.

4 orang pelumba -- dua wanita dan dua lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Putrajaya .

Mereka ialah Mariana Mohamad, Masziyaton Mohd Radzi serta dua pelumba pelapis lelaki, Abdul Aziz dan Azri Ahmad. - Berita TV3



Video Kemalangan Skuad Basikal Negara di Putrajaya boleh ditonton di laman Berita TV3 di sini dan di sini.






Baca seterusnya...

1.29.2012

Para Pengguna Facebook, Anda Jenis Yang Mana ?

Sunday, January 29, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Para pengguna Facebook sekalian, berdasarkan jenis-jenis yang dikelaskan dibawah, anda rasa-rasa anda jenis yang macamana yer... Drama Queen/King ka ? hehe...




Aku rasa aku jenis The "News" dan kekadang The Liker bila takde idea nak komen. hehe

kredit : ShamHardy.com

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik