1.20.2012

Gambar Rawak Hari Ini

Friday, January 20, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

1.19.2012

Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak

Thursday, January 19, 2012 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.






Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah.


Nota : Cerita ini aku dapat daripada emel. Tidak pasti sejauh mana kesahihan cerita ini, tapi yang pasti cerita ini memberikan pengajaran yang berguna buat kita.

Nota : Gambar yang dipaparkan sekadar hiasan.



Baca seterusnya...

1.18.2012

Pemerintah Indonesia Gantung Bebola Konkrit di Laluan Keretapi

Wednesday, January 18, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia sebelum ini mencuba pelbagai kaedah unik termasuk menyembur dengan cat merah dan menggunakan anjing garang untuk menghalang penumpang daripada berada di atas bumbung kereata api.

Terbaru, pemerintah Indonesia menggantungkan bebola-bebola konkrit sebesar buah limau gedang pada palang-palang besi yang didirikan di sepanjang laluan kereta api.

Jarak bebola besi tersebut daripada bumbung kereta api cuma beberapa sentimeter.

Pihak berkuasa berharap bebola berkenaan yang boleh mendatangkan kecederaan serius jika terkena kepala manusia, akan dapat mencegah orang ramai daripada menaiki bumbung kereta api.

"Kami mencuba apa sahaja cara sebelum ini termasuk meletakkan kawat berduri di atas bumbung kereta api tetapi tiada apa yang berkesan," kata jurucakap syarikat kereta api api milik pemerintah, Mateta Rizahulhaq.

Menurut Mateta, palang bebola konkrit pertama dipasang hanya beberapa meter daripada stesen kereta api di pinggir bandar raya ini dan jika berjaya, projek tersebut akan diperluas ke seluruh Indonesia. - Agensi (Kosmo)


Lagi gambar dengan baca seterusnya.








Baca seterusnya...

Hari Kiamat 2012 ?

Wednesday, January 18, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pernah dapat emel macam di bawah ni ?

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012... 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini......bla bla bla bla...



atau emel macam di bawah ni juga ?

Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: " Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus ", kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa". (Al Hadis)



Jabatan Mufti Negeri Perlis ada menerima pertanyaan tentang kesahihan maklumat tersebut. Dan ini jawapan dari Jabatan Mufti Perlis,





Hadith ini tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hujjah bahkan ia adalah hadis yang terlalu lemah atau Palsu. Diriwayatkan dari berbagai riwayat, antaranya: al-Hakim di dalam al-Mustadrak dan al-Syafie di dalam Musnadnya. Hadis ini diriwayatkan dari beberapa periwayat yang lemah seperti Ibn Lahi’ah, ‘Abdul Wahhab, Muhammad bin Thabit, dan yang lainnya. Bahkan terdapat juga di dalam Sanad hadis ini periwayat yang dituduh sebagai Pendusta Hadis seperti al-Haris al-A’war al-Hamdani seperti yang dinyatakan oleh al-Sya’bi, Abu Hatim dan Ibn al-Madini.

sumber : Jabatan Mufti Perlis




Baca seterusnya...

Kek Untuk Peminat Star Wars

Wednesday, January 18, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekali pandang nampak seperti replika stormtrooper iaitu salah satu watak dalam filem Star Wars. Memang replika stormtrooper pun tapi ini bukan sebarang replika. Replika ini boleh di makan!

Ya boleh dimakan, ini kerana replika ini adalah sejenis kek! Tinggi kek ini adalah 6 kaki 4 inc. Ia dihasilkan oleh pasangan suami isteri Tiler dan Amanda Oakleaf. Bersama sekumpulan 10 orang, mereka menghasilkan kek ini dalam masa 2 minggu.

Difahamkan, kek ini boleh dimakan oleh lebih 600 orang!











‘It took two weeks to make the cake with the whole team involved, but we wanted to make sure that there were people to eat it in the end because we didn't want to waste food.

‘On Friday we took it to a sci-fi convention and it ended up feeding 600 people and there were still others lining up for a slice even when we had finished. - Daily Mail










Baca seterusnya...

Imej Hantu di Menara Condong Teluk Intan ?

Wednesday, January 18, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seorang peniaga mendakwa merakam imej "hantu" secara tak sengaja di Menara Condong Teluk Intan.


Nampak tak ada imej wanita menyeramkan ? Tak nampak ? Maih aku besarkan lagi..


Ok. Sekarang dah nampak ?

Difahamkan, peniaga tersebut mengambil gambar menggunakan telefom bimbitnya ketika dia mengemas gerainya di Menara Condong Teluk Intan. Selepas gambar itu diteliti, peniaga itu perasan ada imej wanita yang menyeramkan muncul dalam gambarnya itu.

Adakah benar dakwaan peniaga itu atau ianya imej yang muncul hasil dari menggunakan aplikasi tertentu dalam telefon bimbit ?

sumber : ondscene.my (thanks)



Baca seterusnya...

1.16.2012

Katak Terkecil di Dunia ditemui di Papua New Guinea

Monday, January 16, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jika anda geli dengan katak, entri ini memang untuk anda. Ahaha..


Inilah dia katak yang dipercayai terkecil di dunia (setakat ini). Hanya sebesar 7.7mm (lebih kecil dari duit syiling), katak ini ditemui oleh seorang saintis bernama Professor Chris Austin dari Louisiana State University di kepulauan sekitar Papua New Guinea.

Penemuan katak ini menjadikan ianya haiwan vertebrata (bertulang belakang) paling kecil di dunia mengalahkan rekod yang dipegang oleh seekor ikan yang kecil yang ditemui di Indonesia dengan ukuran 7.9mm.





sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Orang Minyak di Gombak Berjaya di Tangkap ?

Monday, January 16, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Rasanya semua sudah sedia maklum akan hal Orang Minyak menyerang penduduk di kawasan Gombak. Setiap malam penduduk bergilir-gilir berjaga malam dan macam-macam cara dilakukan untuk menangkap Orang Minyak tersebut tetapi tidak berjaya.

Kini penduduk Gombak boleh tidur dengan lena nampaknya, apabila Orang Minyak yang selalu membuat onar itu dipercayai sudah berjaya di tangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Sukar tuk mempercayainya, tapi itulah berita yang dilaporkan dalam Sinar Harian.



GOMBAK – Tiga pakar ilmu Islam bergabung. Pengalaman dan ilmu digunakan sepenuhnya. Biarpun terpaksa berhempas pulas lebih dua jam, misi memerangkap orang minyak berakhir dengan jaya.

Melegakan penduduk kampung, bukan hanya orang minyak yang masuk perangkap, gangguan sampingan oleh jin-jin lain turut tumpas. Kesudahan misi, 25 botol digunakan untuk memerangkap jin-jin terbabit, termasuklah jelmaan jin orang minyak yang menjadi ibu gangguan misteri di kampung tersebut.

Pengamal Perubatan Darul Muhsinin, Ustaz Othman Mohd Salleh ketika ditemui Sinar Harian berkata, dia yakin makhluk dikaitkan dengan kehadiran orang minyak di kampung itu dapat diperangkap.

Menurutnya, lima jin utama yang berada sekitar kawasan kampung itu telah diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.


“Orang minyak itu adalah jel­maan jin, jika pengamalnya menggunakan minyak maka jin atau khadamnya akan muncul dalam bentuk itu dan dengan kuasa ALLAH, saya yakin salah satu daripadanya jelmaaan makhluk yang dikatakan orang minyak itu dapat diperangkap ,” katanya.



Upacara pembersihan dengan doa dan ayat suci al-Quran dilakukan jam 11.30 malam semalam, di sebuah rumah dibantu seorang wanita yang menjadi pengantara.

Program bermula dengan soal jawab dilakukan Ustaz Othman melalui jin yang memasuki tubuh wanita sebelum satu persatu jin diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol.

Perjalanan upacara terganggu seketika selepas jin-jin yang hadir terlalu banyak di dalam rumah itu menyebabkan dua lagi ustaz daripada Perubatan Syifa’ Al-Ikhlas dipanggil.

Kehadiran dua ustaz nyata membantu, apabila satu persatu jin yang dikatakan mula memenuhi segenap pelosok rumah berkenaan berjaya diperangkap.

Tepat jam 1.45 pagi upacara tersebut selesai dan terdapat 25 jin berjaya diperangkap dan dimasukkan ke dalam botol. - Sinar Harian


Baca seterusnya...

(Video) Aksi Lagak Ngeri Paling Bangang Kut..

Monday, January 16, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Cuba anda fikirkan, apa yang lelaki dalam gambar di atas cuba lakukan? Ok. Tak payah fikirlah, biar aku ceritakan. Hehehe..

Nampak tak kat atas siling dekat kipas yang sedang berputar tu, ada tergantung satu benda bulat. Benda bulat tu adalah tomato yang diikat dengan tali dan digantungkan di siling.

Apa yang cuba lelaki tu cuba buat ialah, gigit buat tomato tu dengan giginya ketika kipas siling tersebut sedang berputar. Idea nak buat aksti lagak ngeri ni pun dah nampak bangang tetapi lelaki ini cuba buktikannya jugak.

Nak tahu apa yang akan terjadi, saksikan video tersebut dengan baca seterusnya.







Baca seterusnya...

(Video) Rakaman CCTV Kemalangan Kereta Langgar 3 Buah Motorsikal di Simpang IPK Melaka

Monday, January 16, 2012 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu rakaman CCTV yang menunjukkan saat-saat berlakunya kemalangan dimana sebuah kereta melanggar 3 buah motorsikal. Kemalangan tersebut dipercayai berlaku di simpang lampu isyarat IPK Melaka.

Difahamkan, seorang mangsa patah kaki dan 2 lagi hanya cedera ringan.

Tidak pasti siapa yang salah. Tapi jika diamati video di bawah ini dan berdasarkan logik, kereta tersebut yang salah kerana melanggar lampu merah (Kebiasaanya kita akan lajukan kenderaan apabila lampu isyarat bertukar kuning)

Saksikan video ngeri rakaman CCTV tersebut dengan baca seterusnya.






nampak macam ada cebisan daging tercampak kan?


Baca seterusnya...

1.15.2012

Video, Lirik Lagu Terukir Di Bintang - Yuna

Video Lagu Terukir Di Bintang - Yuna



Lirik Lagu Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia


Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Baca seterusnya...

(Video) Iklan Digi Paling Menyeramkan. Hahaha...

Sunday, January 15, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Perhatian. Video ini amat amat menyeramkan. Jika anda mengandung, bawah 18,ada masalah jantung atau tak suka hantu, jangan tengok video ini ! Haha..

p/s : Video ini video interaktif, diakhir video anda kena buat 2 pilihan. Pilihlah yang mana anda suka.






Baca seterusnya...

(Video) Ais Krim Terbang Di Dubai ?

Sunday, January 15, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda tahu macamana cara aiskrim dijual di Dubai ? Tak tahu ? Jika di Malaysia kita dapat tengok aksi roti canai terbang, tapi di Dubai, kita dapat tengok aksi ais krim terbang. Cuba tonton video di bawah ini. Menakjubkan!







Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik