12.31.2012

App VV - Alternatif Installous

Monday, December 31, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Bagi pengguna gajet Apple (iPhone, iPad) yang telah di jailbreak, tentu sedia maklum akan masalah yang berlaku apabila menggunakan Installous bermula semalam.

Apabila aplikasi Installous dibuka, akan keluar mesej "Outdated Version - Installous will be terminate". Apabila diselidiki, rupa-rupanya pihak Hackulous (team yang membangunkan aplikasi Installous) telah menamatkan operasi mereka.

Maka tiada lagi Installous selepas ini dan pengguna jailbreak kehilangan satu sumber untuk men"download" aplikasi "cracked".

Bagaimanapun, usah risau.. kini ada aplikasi alternatif lain yang sama seperti Installous iaitu App VV.

Cara install App VV

1- Open Cydia
2- Manage –> Sources –> edit –> ADD
3- ADD this Repo [ Http://repocydia.com ]
4- Search for APP VV and Download it
5- Now Go to installous and you will find APP VV in the Download section.
6- install APP VV and enjoy

Lihat video bagaimana nak install App VV



sumber :absinthejailbreak.com

p/s : Aku jarang guna Installaous, biasanya aku download Apps di apptrackr.cd , lepas tu drag masuk dalam iTunes apabila nak install dalam iPad.
Baca seterusnya...

12.30.2012

Bantuan Sekolah RM100 Diagih Mulai 15 Januari Depan

Sunday, December 30, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Bahagian Pengurusan Maklumat kementerian itu memaklumkan, kaedah penyaluran bayaran dibuat ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau akaun khas Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun bank.

Menurut kenyataan tersebut, mana-mana sekolah yang menerima kurang peruntukan, perlu membuat permohonan tambahan peruntukan beserta penyata bank sekolah dan jumlah yang diperlukan kepada Bahagian Kewangan kementerian secepat mungkin.

Kementerian Pelajaran turut menegaskan bahawa sebarang pemotongan bantuan tersebut sama sekali tidak dibenarkan.

''Tarikh pemulangan lebihan peruntukan juga ditetapkan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2013 kepada mana-mana sekolah yang menerima lebihan peruntukkan bantuan tersebut,'' kata kenyataan itu.

Di bawah Bajet 2013 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak September lalu telah meluluskan peruntukkan RM540 juta bagi pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2013.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Murid atau pelajar yang layak menerima bantuan tersebut mesti berstatus warganegara Malaysia, bersekolah kerajaan dan sekolah bantuan, murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi persekolahan tahun 2013.

Pada masa yang sama, kenyataan tersebut turut meminta setiap Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Daerah memaklumkan kepada sekolah mengenai pelaksanaan bantuan antaranya termasuklah melalui surat siaran, garis panduan dan pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan.

Pihak terlibat perlu melaporkan rumusan agihan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada kementerian selewat-lewatnya pada 28 Februari depan mengikut format yang ditetapkan.

Selain JPN dan daerah, pihak sekolah juga tidak terkecuali berperanan dalam perkara itu antaranya termasuklah memastikan murid yang layak menerima bantuan, menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK, dan mengeluarkan resit rasmi pejabat apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke dalam akaun KWK.

Sekolah juga perlu mengeluarkan wang bantuan daripada bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa atau penjaga murid dalam tempoh 14 hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima.

Pihak sekolah juga perlu memastikan ibu bapa atau penjaga menurunkan tanda tangan ke atas Senarai Akuan Penerimaan atau Penolakan Bantuan dengan disaksikan dua guru sebagai saksi.

Sekolah yang telah membuat agihan bantuan ini kepada murid yang akan berpindah sekolah perlu meletakkan cop 'telah bayar' bantuan khas RM100 pada borang perpindahan sekolah murid bagi mengelakkan berlakunya pertindihan agihan bantuan berkenaan di sekolah baharu nanti.

Bagi memastikan tidak ada murid yang tercicir daripada menerima bantuan tersebut, sekolah diminta mendahulukan peruntukkan sedia ada sekolah seperti wang SUWA atau lain-lain peruntukan sekiranya peruntukkan asal tidak mencukupi.

Pengetua atau guru besar dinasihatkan memohon secara rasmi perkhidmatan polis pengiring daripada Ketua Polis di negeri masing-masing dalam urusan pengeluaran wang melebihi jumlah RM10,000. - Utusan Online

Baca seterusnya...

12.26.2012

KWSP Perkenal Pengeluaran Haji Mulai 1 Januari 2013

Wednesday, December 26, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Rabu memperkenalkan 'Pengeluaran Haji' yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari ini.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP, Datuk Ibrahim Taib berkata, permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).

"Bagaimanapun ahli diingatkan pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur sehidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di LTH," katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, Ibrahim berkata ahli yang layak boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran LTH dan buku akaun simpanan LTH yang telah dikemaskini.

"Ahli juga diingatkan agar mengemukakan permohonan haji selewat-lewatnya tiga hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti ditetapkan LTH bagi memudahkan proses permohonan mereka," katanya.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-8922 6000. - BERNAMA


Baca seterusnya...

Cara Memohon Rebat Telefon Pintar RM200

Wednesday, December 26, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Rebat Telefon Pintar (Smartphone) RM200 antara yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2013 ini. Rebat Telefon Pintar (Smartphone) RM200 adalah antara salah satu intipati Bajet 2013. Ramai masih tertanya-tanya bagaimana untuk memohon Rebat Telefon Pintar (Smartphone) RM200.

Untuk makluman, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2013 di Parlimen September lepas, mengumumkan pemberian rebat RM200 secara one-off bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka.

Syarat-syarat Kelayakan Memohon Rebat Telefon Pintar (Smartphone) RM200 :- 
  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun. 
  2. Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah 
  3. Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500  (Kemaskini 2 Jan 2013 - Tiada had harga)
  4. Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baharu. 
  5. Hanya satu telefon pintar untuk satu belia. 

Cara-cara Memohon Rebat Telefon Pintar (Smartphone) RM200 :-

Bagi memudahkan proses permohonan, borang pra-pendaftaran perlu diisi secara dalam talian di laman sesawang www.skmm.gov.my. Sekiranya tiada akses internet, pemohon boleh hadir ke Pusat Internet 1Malaysia yang berhampiran atau wakil-wakil penyedia perkhidmatan terpilih.

Bila Boleh Memohon ?
Permohonan boleh dibuat dari 1 Januari 2013 hingga 31 Disember 2013, atau sehingga peruntukan sebanyak RM 300 juta telah dipenuhi; yang mana terdahulu.

Untuk maklumat lanjut dan perjelasan terperinci, boleh rujuk laman SKMM di bawah kategori Inisiatif Jalur Lebar Negara - Pakej Komunikasi Belia



Baca seterusnya...

12.25.2012

(Video) Sekeluarga Itik Melintas Lebuhraya, Berjayakah?

Tuesday, December 25, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Video menarik untuk ditonton dan direnungkan. Seekor ibu itik bersama beberapa anak-anaknya (anak itik) cuba untuk melintas lebuhraya yang sibuk dengan kereta-kereta yang dipandu laju. Mampukah ibu itik dan anak-anaknya selamat dalam percubaan ini? Sama-sama kita saksikan video sekeluarga itik melintas lebuhraya.



Baca seterusnya...

(Video) Awasi Anak Anda Ketika Menggunakan Escalator

Tuesday, December 25, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Amaran : Video dibawah ini amat mengejutkan dan ngeri. Mereka yang lemah semangat tidak digalakkan menonton. 

Kepada para ibubapa, awasi anak anda ketika menggunakan escalator atau berada berhampiran escalator. Apa-apa pun boleh jadi seperti dalam video di bawah. Ngeri! 


Baca seterusnya...

(Video) Ini Baru Betul-Betul Basuh Kereta Luar Dalam

Tuesday, December 25, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

12.21.2012

Dividen ASB 2012 , Bonus ASB 2012 - 8.90%

Friday, December 21, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
KUALA LUMPUR – Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012 berbanding 7.65 sen tahun lepas.

Sejumlah 7.82 juta pemegang unit, yang kini memiliki sejumlah 110.2 bilion unit ASB, juga akan menerima bonus sebanyak 1.15 sen seunit.

Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata bahagian agihan pendapatan membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM8.13 bilion manakala bayaran bonus sebanyak RM712.21 juta.

“Malah, ia merupakan pembayaran tertinggi sejak lima tahun lepas iaitu mulai2008 hingga 2012, tujuh sen pada 2008, 7.30 sen pada 2009 dan 7.50 sen pada 2010,” katanya kepada pemberita pada pengumuman agihan pendapatan ASB di sini, Jumaat.

Sehingga Rabu lepas, beliau berkata skim itu mencatat pendapatan kasar sebanyak RM8.54 bilion.
“Pendapatan dividen daripada syarikat pelabur menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada pendapatan kasar dan keuntungan daripada jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus,” katanya.

Beliau berkata baki 12.41 peratus atau RM1.06 bilion dikumpul daripada pendapatan lain.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata tahun ini jumlah baharu pemegang unit seramai 543,000 bagi kesemua skim dan 472,821 pemegang unit ASB.

Mengenai prospek tahun depan beliau berkata memandangkan ekonomi Malaysia stabil, prestasi dana itu dijangkakan lebih baik. – BERNAMA

Untuk makluman, rekod dividen & bonus ASB untuk tahun-tahun sebelum ini,

TahunDividen (%)Bonus (%)Jumlah (%)
20017.003.0010.00
20027.002.009.00
20037.252.009.25
20047.252.009.25
20057.251.759.00
20067.301.258.55
20077.801.008.80
20087.001.758.75
20097.301.258.55
20107.501.258.75
20117.651.158.80
20127.751.158.90


Baca seterusnya...

12.14.2012

(Video) Lelaki seterika muka sangka telefon

Friday, December 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
EBLAG (Poland): Seorang suami yang cuba meyakinkan isterinya dia mampu melakukan kerja rumah ditimpa malang apabila secara tidak sengaja menyeterika mukanya sendiri.
Tomas Paczkowski, 32, menyeterika sambil menonton perlawanan tinju di televisyen.

Kerana terlalu asyik menonton, dia tanpa sengaja tertekan seterika panas ke wajahnya apabila mendengar bunyi telefon.
Paczkowski ditimpa malang sekali lagi kerana ketika berlari ke bilik air untuk menjirus air sejuk ke mukanya, dia terhantuk pintu.

Paczkowski mencederakan diri selepas ingin membuktikan kepada isterinya, Lila dia boleh melakukan kerja rumah sebaik isterinya itu. “Saya memutuskan menyeterika pakaian ketika Lila keluar bekerja untuk membuktikan saya juga boleh melakukan kerja rumah.

“Wanita selalu melakukan pelbagai tugas dalam satu masa, jadi saya menghidupkan seterika, membuka botol bir sambil menonton perlawanan tinju di televisyen,” katanya.
Dia juga memberitahu matanya lebam akibat terhantuk di pintu.


“Rupa-rupanya sukar untuk melakukan kerja rumah. Saya benar-benar menghormati apa yang dilakukan isteri selama ini,” katanya. - TS (HMetro) 

Mungkin video dibawah mengambarkan serba sedikit kejadian di atas.



Baca seterusnya...

Maxis Tawarkan Harga iPhone 5 RM999

Friday, December 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dengan pelancaran iPhone 5 dari semua Telco di Malaysia, masing-masing berlumba-lumba menawarkan pelan data iPhone 5 terbaik kepada pelanggan mereka. Maxis antara Telco yang begitu pantas menawarkan iPhone 5 dengan harga serendah RM999. Bagaimanapun harga iPhone 5 termurah itu hanya untuk ahli Maxis One Club sahaja.



Baca seterusnya...

Perbandingan iPhone 5 Telco Plan

Friday, December 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Akhirnya iPhone 5 yang ditunggu-tunggu oleh peminat iPhone 5 di Malaysia mula dijual bermula tengah malam ini.

Bagi mereka yang masih tercari-cari apakah pelan Telco iPhone 5 yang terbaik, termurah dan berpatutan, boleh la rujuk pelan Telco iPhone 5 di bawah.



sumber : soyacincau.com
Baca seterusnya...

Gambar Spyshots Preve hatchback (P3-22A) ?

Friday, December 14, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Sebelum ini ada ura-ura mengatakan Proton bakal mengeluarkan model Preve Hatchback, tapi tidak tahu sejauh mana kesahihah berita tersebut.

Terbaru, dua keping gambar spyshots dipercayai Proton Preve Hatchback ditemuis sekitar Shah Alam. Mungkin Proton Preve Hatchback tersebut sedang diuji oleh jurutera Proton.



sumber : funtastickodesign.wordpress.com
Baca seterusnya...

12.06.2012

Model G-SHOCK GB6900 Boleh Bluetooth Dengan iPhone

Thursday, December 06, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Berita baik buat mereka yang meminati jam Casio G-Shock dan juga gajet iPhone. Kini Casio telah mengeluarkan model G-Shock GB6900 yang mempunyai Bluetooth 4.0 dan mampu berhubung (link) dengan iPhone.

G-Shock GB6900 menggunakan Bluetooth Low Energy (BLE) untuk mengeluarkan dan menerima isyarat untuk panggilan masuk, e-mel, menetapkan masa secara automatik dan juga mempunyai fungis Find Me di mana jam G-Shock tersebut akan membantu anda mencari lokasi iPhone anda yang tersalah letak (biasa berlaku pada mereka yang sering terlupa kat mana diorang letak iPhone mereka).

Nak tahu lebih lanjut fungsi G-Shock GB6900 bersama iPhone, boleh tonton video di bawah.



sumber : http://world.g-shock.com/us/en/ble/

Baca seterusnya...

Harga iPad Mini iPad 4 Malaysia, Mula Dijual 7 Disember

Thursday, December 06, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Akhirnya iPad 4 dan iPad Mini yang ditunggu-tunggu oleh peminat gajet Apple di Malaysia terjawab sudah. Difahamkan, iPad Mini dan iPad 4 akan dijual mulai esok 7 Disember 2012. Harga iPad Mini bermula dari RM 1099.



Berikut senarai harga iPad Mini dan iPad 4 :

Harga iPad mini di Malaysia : 

Wifi 16gb : Rm 1099 
Wifi 32gb : Rm 1399 
Wifi 64gb : Rm 1699 
4G 16gb : Rm 1499 
4G 32gb : Rm 1799 
4G 64gb : Rm 2099 

Harga iPad 4 di Malaysia : 

Wifi 16gb : Rm 1499 
Wifi 32gb : Rm 1799 
Wifi 64gb : Rm 2099 
4G 16gb : Rm 1899 
4G 32gb : Rm 2199 
4G 64gb : Rm 2499 


sumber : ohgeekz.com 

Baca seterusnya...

12.05.2012

(Gambar) Blackberry Meletup Selepas Di Cas

Wednesday, December 05, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
LONDON: Seorang budak lelaki terpaksa menanggung parut pada kaki seumur hidup apabila telefon Blackberry baru milik abangnya meletup ketika dia tidur.

Kian McCreath, 11, menjerit kesakitan di awal pagi apabila kepingan plastik cair dari telefon itu melekat pada kakinya.

Katil McCreath juga terbakar akibat letupan itu. Budak sekolah dari Coventry itu berkata, dia berlari keluar dari bilik tidur sambil menjerit sekuat hati kerana terkejut serta sakit.

“Nasib baik ibu saya cepat sedar dan segera memadamkan api di katil,” katanya. Ibu McCreath, Sarah, 39, berkata dia terjaga kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin apabila terdengar jeritan anaknya. 

Budak itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Coventry dan dirawat kerana kesan melecur pada kedua-dua kakinya. Blackberry itu kepunyaan abang McCreath, Mason, 13, dan baru saja dicabut dari pengecasnya sejurus sebelum meletup.

Sementara itu, jurucakap pengeluar Blackberry berkata, kes itu diberi perhatian serius.

“Kami menjadikan siasatan insiden itu sebagai keutamaan,” katanya. - TS (HMetro)

Lagi gambar Blackberry meletup dengan baca seterusnya.







Baca seterusnya...

12.04.2012

Cawan Pun Ada Misai

Tuesday, December 04, 2012 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

(Video) Ahli Silap Mata Dibakar Hos TV

Tuesday, December 04, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
CALIFORNIA: Seorang ahli silap mata Amerika semalam menjalani rawatan di Republik Dominica selepas seorang hos televisyen membakar kepalanya.

Berasal dari Chico, California, Wayne Houchin berkata, dia dimasukkan ke hospital akibat terbakar. Bagaimanapun, doktor mengatakan ia tidak akan meninggalkan kesan parut. Kenyataan dalam Facebook miliknya mengatakan Houchin ‘sedang berehat dan semakin pulih menjalani rawatan di negara Caribbean’ itu, di mana dia membuat persembahan dengan sekumpulan ahli silap mata. 

Ketika membuat kemunculan pada 26 November lalu dalam rancangan televisyen Closer To The Star di Republik Dominica itu, hos jemputan, Franklin Barazarte tiba-tiba menyembur kepala ahli silap mata warga Amerika itu dengan ‘'Agua de Florida’, minyak wangi mudah terbakar yang biasa digunakan dalam upacara Santeria. 

Dua hari selepas insiden itu, Houchin menulis di Facebook: “Saya tidak jangka dia akan melakukan demikian kepada saya. Ini bukan adegan lagak ngeri atau sebahagian adegan persembahan ini adalah serangan jenayah.

“Tindakan pantas anggota silap mata lain menyelamatkan nyawa saya.
“Api itu dipadamkan dan saya dikejarkan ke bilik kecemasan hospital. Saya mengalami melecur teruk di kepala, leher, muka dan tangan kanan,” katanya.

Video mengenai insiden itu menunjukan kepala ahli silap mata itu terbakar ketika tangan Barazarte menyentuh rambut Houchin.

Tidak dapat dipastikan mengapa hos TV itu menyembur cecair itu ke kepala Houchin dan apa yang membuatnya terbakar. Rancangan itu tidak mengulas mengenai insiden itu. Video turut menunjukkan Houcgin, Barazarte dan ahli silap mata lain berusaha untuk memadamkan api itu dalam tempoh beberapa saat.
Insiden itu tidak disiarkan di televisyen negara itu, tetapi video mengenainya dimuat naik ke Internet.

Hocuhin berkata: “Republik Dominica adalah negara yang indah dan dipenuhi dengan penduduk yang cantik.
“Sambutan dan sokongan di sini sangat hebat.

“Sokongan, kasih sayang dan dukungan diberikan kepada saya melalui media sosial, blog dan forum daripada rakan dan peminat sangat mengujakan. Terima kasih,” katanya.

Tidak diektahui sama Houchin sudah mengupah peguam di Republik Dominica. - DM (HMetro)

Saksi video insiden hos TV membakar kepalak ahli silap mata dengan baca seterusnya.



Baca seterusnya...

Gambar Kreatif Bayi Tidur. Comel Giler !

Tuesday, December 04, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kalau dah namanya kreatif, gambar bayi tidur pun boleh jadi menarik lucu dan comel! Begitulah yang berlaku kepada bayi Vincent Enersen apabila ibunya Adele, dari Helsinki, Finland menjadikan gambar bayinya tidur itu satu karya seni.

Hanya dengan menggunakan iPhone, Adele berjaya menjadikan gambar bayinya tidur satu karya seni kreatif dan comel dengan hasil sketches nya itu.



Lagi gambar bayi comel tidur dengan baca seterusnya.




sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

12.03.2012

Koleksi Video Iklan Apple di Youtube

Monday, December 03, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Jika anda suka menonton iklan Apple atau anda suka dengan produk Apple atau saje suka-suka nak menonton video iklan Apple, kini terdapat satu channel di Youtube iaitu Every Apple TV Ads (ever made), di mana channel ini menghimpunkan koleksi video-video iklan Apple dari tahun 1977.  

Semua iklan-iklan Apple tersebut termasuk Macintosh, Powerbook, Newtons, Apple Switch, iPod, iPhone, iPads dan apa sahaja produk Apple yang pernah diiklankan. Sekarang ni terdapat lebih kurang 458 video iklan-iklan produk Apple di channel tersebut.




Baca seterusnya...

(Video) Kanak-Kanak Dibaham Ikan Lumba-Lumba

Monday, December 03, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
ORLANDO: Walaupun biasanya ikan lumba-lumba adalah haiwan yang jinak dan tidak berbahaya, dalam keadaan tertentu ia sebenarnya boleh mengancam nyawa.

Seorang budak perempuan berusia lapan tahun, misalnya, mengalami detik mencemaskan ketika dia dibawa melawat Sea World di Orlando, Florida, minggu lalu.

Menurut media semalam, Jillian Thomas sedang memberikan ikan lumba-lumba di taman tema itu makan apabila haiwan berkenaan tiba-tiba menyerangnya. Kanak-kanak dari Georgia itu mengalami kecederaan apabila dia digigit ikan lumba-lumba berkenaan.

Akibatnya, Jillian luka sebesar wang syiling di tiga tempat, selain bengkak tangan kiri.

Bapa Jillian, Jamie Thomas, berkata dia sempat merakamkan insiden itu dengan kamera videonya.

Berdasarkan rakaman itu, kata Thomas, Jillian jelas nyaris ditarik ke dalam air selepas pergelangan tangannya digigit ikan lumba-lumba berkenaan secara mengejut.

“Serangan itu tidak dijangka kerana ia berlaku ketika Jillian memandang ke tempat lain,” katanya. Klip video itu dimuat naik Thomas di Internet sebagai langkah menasihati ibu bapa lain supaya lebih berhati-hati. Kata Thomas, perkara pertama terlintas di fikirannya ketika Jillian diterkam ialah mahu terjun ke kolam berkenaan untuk menyelamatkan nyawa anaknya. “Saya sangkakan ikan itu akan mengheret Jillian,” katanya. 

Walaupun luka Jillian akan sembuh, Thomas dan isterinya tetap kecewa kerana kakitangan pusat rekreasi itu menganggapnya tidak serius. Kata Thomas, dia lega kerana Jillian tidak ditarik ke dalam kolam, tetapi tidak mustahil ada orang lain akan menerima nasib lebih buruk pada masa depan. “Ia bukan serangan pertama ikan lumba-lumba di situ,” katanya. 

Walaupun tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas Sea World, Thomas berkata, dia berharap pusat rekreasi itu wajar menaikkan had usia bagi kanak-kanak yang ingin menyuap makanan kepada haiwan berkenaan.

Pada 2006, dua pengunjung dewasa terpaksa membuka mulut seekor ikan lumba-lumba yang membaham tangan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun. Sementara itu, jurucakap Sea World berkata, tiada sebarang perubahan dijangka dilakukan di situ. - DM (HMetro)

Saksikan video seorang kanak-kanak dibaham ikan lumba-lumba dengan baca seterusnya.





Baca seterusnya...

12.01.2012

Live Streaming Piala Suzuki AFF - Malaysia Vs Indonesia

Saturday, December 01, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Perlawanan Piala Suzuki AFF antara Malaysia vs Indonesia akan berlangsung 8.45 malam ini di Stadium Bukit Jalil. Siaran langsung perlawanan Piala AFF Suzuki Malaysia vs Indonesia boleh ditonton di TV1 (RTM) dan Astro 813.

Bagi yang tidak dapat menonton di saluran di atas, boleh menonton di Live Streaming Piala Suzuki AFF Malaysia vs Indonesia. (klik gambar di bawah)  



Selamat menonton!

Kami selaku rakyat Malaysia mendoakan akan kejayaan Harimau Malaya malam ini.

Hidup Harimau Malaya !!
Baca seterusnya...

11.30.2012

Gambar Kemalangan Konvoi Ferrari Di Karak

Friday, November 30, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Gambar kemalangan Ferrari di bawah dipercayai berlaku di lebuhraya Karak petang semalam. Ferrari tersebut dipercayai milik warga Singapura jika berdasarkan pada no pendaftaran (no plat) kereta Ferrari tersebut. Ferrari tersebut adalah salah satu daripada konvoi Ferrari.

Punca Ferrari tersebut kemalangan tidak dapat dipastikan tetapi dipercayai hilang kawalan akibat jalan licin kerana hujan. Jika dilihat pada gambar di bawah, agak teruk juga kemalangan tersebut hingga tercabut tayar hadapan.

sumber : mycarforum.com
Baca seterusnya...

Kenapa LEGO Antara Syarikat Terbaik Dunia

Friday, November 30, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kenapa LEGO antara syarikat terbaik di dunia ? Jawapannya ada dalam video di bawah...



Wah..lepas ni ramai lah peminat-peminat Lego kirim surat ke Lego. Aku pun nak kirim surat jugalah mengatakan aku miss satu model Shell Lego Ferrari. Mana tau untung2 Lego pos satu model ke..Hehe..

Baca seterusnya...

11.29.2012

Maxis Tawarkan Unlimited Mobile Internet Usage

Thursday, November 29, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berita baik buat pengguna Maxis terutama Maxis Mobile Internet dengan plan 1GB dan ke atas. Jika sebelum ini, apabila kuota penggunaan Maxis Mobile Internet telah habis, anda akan dikenakan caj Pay As You Go pada kadar 30 sen per MB.

Kini, bermula 3 Disember ini, pengguna Maxis Mobile Internet dengan plan 1GB dan ke atas boleh menggunakan internet tanpa had (unlimited) , tapi kelajuan internet akan dikurangkan apabila mencapai had kuota. (sama macam broadband UMobile).


sumber : soyacincau.com
Baca seterusnya...

(Gambar) Proton Satria Neo R3

Thursday, November 29, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Hari ini Proton memperkenalkan Proton Satria Neo R3. Agak pelik juga, sebab Mac tahun lepas Proton dah lancarkan R3 Satria Neo. Cuma kali ni nama R3 diletakkan dibelakang nama Satria Neo pula. Satria Neo R3 kali ini masih berasaskan Satria Neo CPS 1.6 sama seperti R3 Satria Neo tahun lepas cuma facelift mengalami perubahan.

Satria Neo R3 Exterior - tampil dengan aksesori R3 termasuk spoiler belakang , splitter hadapan, logo R3 hadapan dan belakang, pelindung sisi berwarna titanium dan rim aloi R3 16” untuk gaya yang lebih aggresif.

Satria Neo R3 Interior - kerusi semi-bucket R3 kemasan kulit, R3 floor mat, pemain audio 2 DIN multimedia yang diperbaharui dan sistem navigasi GPS.

Satria Neo R3 turut dilengkapi dua beg udara dan ABS dengan EBD. Didatangkan dengan 3 warna -  Tranquility Black, Fire Red and GTi Silver. 

Harga Satria Neo R3 1.6 ialah RM61,250 (manual) dan RM64,250 (auto).











sumber : paultan.org

Baca seterusnya...

(Gambar) Muka Seorang Budak Tertusuk Pemutar Skru

Thursday, November 29, 2012 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Nota : Mengandungi gambar-gambar yang agak mengerikan juga. Harap maklong.

BEIJING: Seorang kanak-kanak perempuan cedera selepas sebatang pemutar skru tertusuk pada mukanya.

Jiali dari Tianshui di wilayah Gansu, jatuh tersembam pada pemutar skru yang dipegangnya ketika melawat neneknya hingga menyebabkan alat itu menembusi hidungnya hingga ke soket mata.
Dia bernasib baik kerana pemutar berkenaan tidak terkena otaknya.

Kanak-kanak itu kemudian dikejarkan ke hospital. Pakar perubatan melakukan beberapa siri imbasan sinar-X bagi memastikan dia tidak mengalami kecederaan berkekalan.

Pemutar berkenaan tertusuk begitu kuat dan berhampiran otaknya hingga menyebabkan doktor pada mulanya tidak pasti sama ada boleh menariknya keluar tanpa menyebabkan kecederaan serius berpanjangan pada Jiali.

Jiali dibawa ke hospital tempatan tetapi dipindahkan dua kali kerana kakitangan merasakan mereka tidak dapat menangani kes itu.

Satu sumber berkata: “Ada kebimbangan pemutar skru itu tidak dapat dicabut dengan selamat. Dua hospital pertama tidak dapat memikirkan tindakan yang perlu dilakukan. Mereka tidak pernah berdepan dengan kes seperti itu sebelum ini.”

Bagaimanapun, ketua pakar bedah di hospital ketiga, Yu Qin mampu melakukannya kerana pernah berdepan dengan kes sama. - TS (HMetro)
Lagi gambar-gambar dengan baca seterusnya









sumber gambar : Daily Mail

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik