12.24.2011

Wow! Mana Nak Cari Set Meja Tulis Se Kreatif Ini ?

Saturday, December 24, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sekali pandang nampak macam rak almari buku atau kasut yang biasa kita lihat. Tetapi percaya atau tidak perabot yang adan lihat dalam gambar di atas terdiri dari satu meja tulis, 2 buah kerusi dan rak almari. Tak percaya? Tengok gambar dan video dengan baca seterunsya.












Baca seterusnya...

12.23.2011

(Video) Penjaga Gol Kung Fu Penyokong, Dilayangkan Kad Merah

Friday, December 23, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Jangan ingat penjaga gol hanya pandai menangkap bola semata-mata, mereka juga pandai berkung fu... ketika dalam perlawanan !


See! Dah macam babak dalam filem Shaolin Soccer dah aku tengok. hehe

Sebenarnya, semuanya bermula apabila salah seorang penyokong Ajax tiba-tiba masuk ke dalam padang dan berlari menuju ke arah penjaga gol AZ Alkmaar, Esteban Alvarado untuk menyerang penjaga gol tersebut.

Namun, belum sempat penyokong mabuk itu menyerang Esteban, dia terlebih dulu di diberi tendangan kung fu dari Esteban. Seperti dirasuk, Esteban membelasah secara bertubi-tubi ke atas penyokong itu yang sudah terlentang di atas padang. Nasib baik ada seseorang datang meleraikannya dan kemudian barulah pemain-pemain yang lain datang menteteramkan keadaan.



Akibat daripada insiden tersebut, pengadil melayangkan kad merah kepada penjaga gol tersebut dan seterusnya menimbulkan lagi kemarahan pemain dan jurulatih AZ Alkmaar.

Permainan terpaksa dihentikan kerana pasukan AZ Alkmaar tidak mahu meneruskan perlawanan kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil melayangkan kad merah.

Saksikan video penjaga gol Esteban Alvarado berkung fu dengan baca seterusnya..


















Baca seterusnya...

12.22.2011

(Video) Ngeri! Wanita Mabuk Terjatuh Atas Landasan, Hampir Dilanggar Tren

Thursday, December 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

Rory McIlroy Main Golf di Atas Hotel Burj Al Arab

Thursday, December 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Rory McIlroy, pemain golf no 3 dunia dan juga juara Terbuka U.S tampil dalam satu iklan Jumeirah yang mana memaparkan Rory McIlroy bermain golf di kawasan helipad di atas Hotel Burj Al-Arab.

Agak-agaknya bola golf tu jatuh ke mana yer. Buatnya masa tu ada kapal lalu ke, habis karam dibuatnya.hehe

Lagi gambar dan video dengan baca seterusnya. Huhu... giler gayat...


















Baca seterusnya...

(Video) Jaringan Gol Paling Cantik Tapi Gol Sendiri Aaa..

Thursday, December 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Baca seterusnya...

(Video) Bosan Makan Roti Bakar ? Idea Nathan Wyburn Mungkin Boleh Ditiru

Thursday, December 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Setiap pagi makan roti bakar memang kekadang mengundang kebosanan kan. Apa kata kita tiru idea mamat di bawah ni.


Ini Nathan Wyburn bersama roti, toaster dan jem Marmite. Banyak betul roti yang nak dibakarkan. Boleh ke dia habiskan kesemuanya tu? Memang boleh habis jika kegunaan roti tersebut bukan untuk di makan tapi...




Ya...untuk dijadikan seni lukisan. Inilah kerja kreatif Nathan Wyburn. Orang lain buat roti bakar, lepas tu makan. Dia pulak buat roti bakar lepas tu hasilkan karya seni. Kreatif! Guna roti bakar dan jem Marmite jer tu...

Lagi hasil seni roti bakar Nathan Wyburn dan tonton video dengan baca seterusnya.






















Baca seterusnya...

Mata Wang Siri Baharu Malaysia

Thursday, December 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bank Negara Malaysia ingin mengumumkan pelancaran mata wang siri baharu Malaysia. Mata wang siri baharu ini dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. Mata wang siri baharu ini terdiri daripada wang kertas dan duit syiling baharu dengan reka bentuk yang baharu. Wang kertas yang dikeluarkan adalah dalam denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 dan akan berada dalam edaran pada separuh kedua 2012. Wang kertas denominasi RM50 dalam siri baharu ini telah pun berada dalam edaran. Bagi siri baharu ini, substrat polimer digunakan untuk wang kertas RM1 dan RM5.

Duit syiling siri baharu adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen dan telah pun dilancarkan pada 25 Julai 2011. Duit syiling siri baharu ini akan berada dalam edaran pada bulan Januari 2012.


Apa yang paling menarik, wang kertas RM20 diperkenalkan semula dan belakangnya ada gambar penyu. Kalau wang kertas RM20 ni kaler biru kan bagus, baru gambar penyu tu jadi biru. penyubiru. hehe..


Denominasi Ikon
RM100 Gunung Kinabalu dan pembentukan batu mercu batu kapur di lembah Gunung Api
RM50 Kelapa Sawit dan Bioteknologi
RM20 Penyu Karah dan Penyu Belimbing
RM10 Rafflesia
RM5 Burung Enggang Badak
RM1 Wau Bulan




Wang kertas siri baharu Malaysia ini mendapat inspirasi daripada ciri-ciri unik negara dan memasukkan elemen kekayaan alam semula jadi, budaya dan khazanah negara. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', siri wang kertas ini memaparkan ekspresi tradisional berilhamkan seni dan kraf tangan, keajaiban alam semula jadi, flora dan fauna, serta ekonomi.

Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.

Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:

  • Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
  • Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
  • Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.


Lagi maklumat lanjut berkenaan wang kertas dan wang syiling baru di laman Bank Negara Malaysia.


Baca seterusnya...

12.21.2011

(Video) Apabila Sesumpah Main Games Ant Smasher Pada Android Tablet

Wednesday, December 21, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bagi pengguna Android dan iOS (Apple), tentu sudah biasa bermain games Ant Smasher. Games di mana memerlukan pemain memenyek semut yang keluar pada skrin smartphone / tablet anda. Lagi banyak semut yang dapat dipenyek, lagi tinggi la skor anda. Permainan games ni amat simple, dan tidak mustahil binatang seperti sesumpah pun boleh main.


Menariknya, instead of pakai jari, sesumpah gunakan lidahnya untuk memenyek semut tersebut. Jika difikir secara logik, sesumpah tersebut tentu menyangka ianya adalah semut yang betul dan cuba memakannya. Sebab tu nampak seperti setiap kali sesumpah tu memenyek semut dengan lidahnya, dan memasukkan lidahnya ke dalam mulut, kelihatan sesumpah itu menelan sesuatu.

Saksikan video sesumpah bermain games Ant Smasher pada Android Tablet dengan baca seterusnya.






Baca seterusnya...

12.20.2011

Only In Malaysia

Tuesday, December 20, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:













Baca seterusnya...

Vince Brasco - Ahli Bomba Terpendek di Dunia ?

Tuesday, December 20, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ahli bomba kerdil di atas bernama Vince Brasco dari Pittsburgh, Pennsylvania. Berusia 19 tahun tapi ketinggiannya cuma 4ft 2in. Dengan ketinggiannya itu, dia mungkin ahli bomba terpendek di dunia.

Walaupun Vince Brasco seorang yang kerdil namun dia berjaya melepasi semua ujian untuk menjadi ahli bomba sukarelawan.







sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik