11.11.2011

Anda Berani ? Jom ke Gunung Tianmen, China

Friday, November 11, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah Gunung Tianmen, terletak di Zhangjiajie, China. Anda nampak tak laluan pejalan kaki yang disediakan di lereng gunung tersebut. Laluan pejalan kaki tersebut berada pada ketinggina 4,700 kaki dari paras laut.

Mungkin bagi anda, tak ada apa yang perlu ditakutkan. Tapi laluan pejalan kaki tersebut bukan diperbuat dari lantai kayu atau besi atau simen tapi gelas!

Ya..gelas..


Nampak tak? Kelihatan salah seorang pelancong takut-takut hendak berjalan melalui pejalan kaki tersebut. Mana taknya, lantainya diperbuat dari gelas. Memang membuatkan kita rasa macam tak pijak apa-apa aa.

Amacam? Ada bran? :D






Baca seterusnya...

Nombor Plat NCQ Dibuka Untuk Tempahan

Friday, November 11, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
SEREMBAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan membuka tempahan nombor pendaftaran kenderaan NCQ 1 hingga NCQ 999 kepada orang ramai mulai 8 November hingga 29 November.

Pengarah JPJ negeri, Saiful Azzri Hamzah berkata, orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan nombor NCQ boleh memasuki tender di JPJ Seremban, JPJ Cawangan Jempol dan JPJ Cawangan Kuala Pilah.

Harga minimum bagi nombor bernilai utama ialah RM10,000, nombor menarik RM2,000 dan nombor popular RM300, katanya di sini hari ini.


Beliau berkata, deposit yang dikenakan ialah 50 peratus daripada harga tempahan (bidaan) dan bayaran deposit boleh dibuat atas nama Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Malaysia melalui bank draf atau kiriman wang atau wang pos.

"Borang tempahan nombor pendaftaran secara tawaran boleh didapati di Pejabat JPJ Negeri atau Cawangan atau laman web JPJ www.jpj.gov.my,” katanya. - Bernama


Baca seterusnya...

(Video) Seorang Koreografer Perancis Menari Bersama Mesin Penggali

Friday, November 11, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

Gambar & Video Basikal Sperma

Friday, November 11, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
SEATTLE, Amerika Syarikat (AS) - Orang ramai tersenyum, ketawa malah ada yang merah padam melihat sejenis basikal baharu yang ditunggang oleh seorang lelaki di sini.

Kenderaan dua roda sepanjang hampir 3 meter itu menyerupai sperma gergasi dan direka khas bagi mengangkut sampel sperma.

"Ketika kali pertama melihatnya, saya tidak pasti kenderaan apakah ini. Sebaik sahaja menyedarinya, saya tergelak besar," kata seorang wanita, Kim Garvelle.

Basikal milik Bank Sperma Seattle itu memiliki rekaan unik bagi menggalakkan kaum lelaki supaya mendermakan sperma mereka.

Menurut seorang kakitangan bank berkenaan, Alan Dowden, misi basikal berkenaan adalah untuk mengangkut sampel dari Makmal Sperma Seattle ke pusat reproduktif dan klinik kesuburan di kawasan sekitarnya.


Kargo penting itu diangkut dan disimpan di dalam tangki berbentuk sperma yang berisi nitrogen cecair di hadapan basikal berkenaan.

Pihak Bank Sperma Seattle menyatakan ia membayar AS$60 (RM186.75) untuk setiap sampel sperma yang baik. - Agensi


Lagi gambar dan video Basikal Sperma dengan baca seterusnya...






















Baca seterusnya...

11.09.2011

Hyundai Veloster Dijual di Malaysia Tahun Depan, Harga Belum Diputuskan

Wednesday, November 09, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

KUALA LUMPUR - Model kereta coupe tiga pintu Veloster Hyundai dalam transmisi automatik dan manual bakal berada di pasaran tempatan menjelang suku pertama tahun depan.

Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd. (HSDM), Dennis Ho berkata, pihaknya telah menerima banyak pertanyaan berkenaan Veloster baharu itu daripada para penggemar kereta tempatan dan ia merupakan kereta coupe berevolusi yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menurutnya, kemunculan model coupe ini menunjukkan komitmen Hyundai dalam memperkenalkan kenderaan premium moden yang memiliki ciri-ciri unik pada harga menarik yang ditawarkan kepada para pelanggan.

"HSDM akan memperkenalkan model coupe tiga pintu ini kepada umum buat pertama kalinya pada 12 dan 13 November ini di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade, Jalan Duta di sini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.








Namun, Ho menjelaskan, spesifikasi lengkap kereta itu akan diumumkan pada pelancarannya kelak.

Tambah beliau, Veloster menyediakan ruang baharu dalam segmen kenderaan coupe kompak, dengan paparan gaya dan ciri-ciri pintar seperti pintu ketiga selinap yang menonjol dan menarik perhatian.

"Bahagian unik depan model ini boleh dilihat pada gril heksagon Hyundai, perincian hud, kedudukan unik lampu LED yang menjadi pengenalan jenama itu dan bumbung matahari yang panoramik," katanya.

Ho menambah, Veloster menggabungkan gaya sebuah model coupe dan fungsi yang dimiliki oleh sebuah kenderaan hatchback.

"Profil kereta ini yang rendah dan kontur yang kemas turut mempertingkatkan sifat aerodinamik yang seterusnya menjimatkan penggunaan bahan api.

"Coupe bergaya ini juga dilengkapkan dengan ciri-ciri premium ini didatangkan dengan enjin 1.6L Gamma II yang menghasilkan 132 kuasa kuda dan transmisi enam kelajuan," jelasnya. - Kosmo










Baca seterusnya...

11.08.2011

Peraduan Puss In Boots Dan Menangi iPad2, iPhone4

Tuesday, November 08, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
(klik gambar tuk maklumat lanjut)

Baca seterusnya...

(Video) 3 Jurutera Cipta Helikopter Elektrik, Pandu Guna Joystick

3 jurutera pereka berjaya menghasilkan model helikopter elektrik yang boleh dipandu dengan mudah hanya menggunakan joystick.

Diberi nama E-Volo, helikopter elektrik itu dilengkapi dengan 16-rotor kipas. Dalam ujian yang dibuat, E-Volo berjaya terbang di udara selama 1 minit 30 saat. Mereka percaya E-Volo mampu mengantikan helikopter yang ada sekarang jika berjaya mengatasi masalah-masalah yang ada pada E-Volo. Merela kini sedang berusaha untuk memboleh E-Volo mampu terbang lama di udara.

Lagi gambar dan video E-Volo dengan baca seterusnya.











Baca seterusnya...

"School of Wheels" - Sekolah Dalam Bas di India

Tuesday, November 08, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
HYDERABAD - Sebuah bas menjadi sekolah bergerak di bandar Hyderabad, selatan India untuk kanak-kanak yang tinggal di kawasan setinggan.

Keluarga kanak-kanak itu merupakan buruh di tapak pembinaan, pembantu rumah dan pengutip akhbar, pakaian serta barang lama yang boleh dijual manakala ibu mereka menjadi pembantu rumah.

"Kanak-kanak ini tidak mempunyai masa untuk pergi ke sekolah melainkan sekolah datang kepada mereka," kata Pengasas Yayasan CLAP, T. L. Reddy yang mengendalikan perkhidmatan bas yang menjadi sekolah itu.

Keluarga kanak-kanak itu tidak pernah pergi ke sekolah menyebabkan mereka bekerja keras untuk membayar hutang.

Menurut Reddy yang bertugas sebagai guru sejak 25 tahun lalu, dia mengumpulkan sumbangan dan mendirikan khemah untuk dijadikan kelas sebelum menggunakan bas tiga tahun lalu.

Dinding di dalam bas itu dihiasi dengan huruf, nombor dan gambar buah-buahan serta haiwan. - Reuters (Kosmo)


lagi gambar "School of Wheels" dengan baca seterusnya.











Baca seterusnya...

Menangi iPad 2 Dengan Hanya Membaca Buku!

Tuesday, November 08, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
PTS Publications & Distributors Sdn Bhd (PTS), penerbit buku bahasa melayu pertama di Malaysia menerbitkan banyak buku-buku untuk semua peringkat umur. Sempena musin cuti yang akan datang PTS banyak menerbitkan buku-buku bacaan untuk kanak-kanak dan remaja seperti novel, komik dan sebagainya. Buku PTS yang cool ini pasti ada yang dapat menarik minat minat perhatian Churpers!

PTS menganjurkan Peraduan Bongkar Kod Rahsia! Menangi pelbagai hadiah menarik seperti iPad 2, Samsung Galaxy Ace, iPod Touch, mp3 player, serta merchandise PTS! Para pembaca hanya perlu membeli buku PTS berlogo 'Bongkar Kod Rahsia', daftar di laman web PTS dan main online game untuk menang hadiah-hadiah hebat ini! Jom Bongkar Kod Rahsia dengan pantas!

Maklumat Lanjut



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik