11.04.2011

Mesin ATM Sepatutnya Keluarkan Duit Tapi...

Friday, November 04, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Semua orang rasanya tahu kegunaan mesin ATM. Masukkan kad ATM, tekan-tekan, lepas tu duit akan keluar melalui mesin ATM tersebut.

Tapi, tidak semua mesin ATM mengeluarkan duit. Apa yang anda akan lakukan sekiranya, bukan duit yang keluar tapi seekor ular yang keluar.

Itulah yang berlaku kepada seorang pekerja ketika beliau mahu mengeluarkan duitnya di mesin ATM di Caja Madrid bank,Llodio, Sepanyol.

Saksikan video ular keluar dari mesin ATM dengan baca seterusnya.







Baca seterusnya...

Jangan Terkejut Jika Anda Terserempak Dengan Kenderaan Ini

Friday, November 04, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Rupa-rupanya ini hanyalah satu teknik iklan servis kenderaan yang kreatif. Ya..memang kreatif.







Baca seterusnya...

11.03.2011

Bayi Nyaris Maut Telan Bebola Jeli Kristal

Thursday, November 03, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUANTAN 2 Nov. - Seorang bayi perempuan berusia 19 bulan terpaksa menjalani pembedahan selama dua jam semalam, gara-gara tertelan dua biji bebola jeli kristal di rumahnya di sini, pada 26 Oktober lalu.

Dalam kejadian semasa cuti Deepavali, mangsa, Ifti Ilya Farhana Mohd. Khairudin tertelan bebola itu dipercayai diberikan oleh seorang kanak-kanak lain yang menyangka ia adalah gula-gula.

Menurut bapa mangsa, Mohd. Khairudin Harun, 29, kejadian disedari oleh isterinya, Siti Aishah Yusof, 27, yang berada di rumah tetapi menyangka anaknya itu mengunyah gula-gula.

"Namun, selepas diteliti barulah perasan bahawa itu bukan gula-gula, tetapi bebola jeli kristal. Isteri saya sempat mengambilnya, namun dua daripada tiga biji bebola itu telah ditelan anak kami," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.





Mohd. Khairudin yang mempunyai dua anak berkata, dia menyangka bebola ditelan itu tidak memberi kesan dan akan keluar bersama-sama dengan najis anaknya.

Namun selepas beberapa hari, katanya, Ifti Ilya Farhana mula demam dan muntah-muntah.

"Dia juga tidak mahu makan dan minum. Saya membawanya ke HTAA, Sabtu lalu untuk dirawat.

"Selepas ujian X-ray, doktor mengesahkan tiada apa-apa di dalam perutnya. Bagaimanapun pada malamnya, anak saya tiba-tiba muntah dan turut mengeluarkan sebiji bebola jeli kristal," ujarnya.

Justeru keesokannya, dia terus membawa anaknya ke hospital lalu doktor mengesahkan bahawa bebola itu berada di dalam usus kecil dan perlu dibedah segera.

Katanya, selepas dibedah selama dua jam, doktor memaklumkan keadaan anaknya itu stabil dan akan sembuh dalam masa seminggu.

"Pembedahan itu berjaya mengeluarkan bebola kristal itu yang telah mengembang sehingga sebesar bola ping pong," katanya.

Pada 25 Ogos lalu, kerajaan mengumumkan larangan penjualan bebola jeli kristal atau dikenali sebagai colour crystal ball yang digunakan secara meluas sebagai perhiasan pasu.

Ia selepas mendapati produk tersebut mampu meragut nyawa kanak-kanak kecil jika tertelan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan pengharaman itu memaklumkan, kajian makmal mendapati produk menyerupai sagu dalam ais kacang itu mampu mengembang sehingga 55 peratus dalam tempoh dua jam dalam perut manusia. - Utusan Malaysia


Baca seterusnya...

11.02.2011

Gambar Proton Inspira R3 ? Harga RM78,999 ?

Wednesday, November 02, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Beberapa keping gambar Proton Inspira R3 mula dimuatnaik di laman mudah.my. Menurut kandungan iklan Proton Inspira R3 tersebut, hanya 100 unit sahaja model Proton Inspira R3 yang dijual di pasaran.

Harga Proton Inspira R3 bermula dari RM78,999.

Setakat ini, Proton belum secara rasminya melancarkan Proton Inspira R3, tetapi difahamkan ianya akan dilancarkan pada 4 November ini.

Lagi gambar Proton Inspira R3 dengan baca seterusnya.











Baca seterusnya...

Prasarana Perkenal Kad MyRapid Untuk Pengguna LRT

Wednesday, November 02, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan memperkenalkan kad MyRapid esok untuk memudahkan lagi penumpang menggunakan perkhidmatan LRT.

Dalam kenyataan pada Selasa, Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana)berkata dengan menggunakan kad itu, pengguna LRT hanya perlu menggunakan satukad untuk laluan Ampang dan Kelana Jaya.

Kad ini akan dijual di semua pejabat jualan tiket di stesen LRT RapidKL mulai esok (2 November) dengan diskaun istimewa 80 peratus bagi kad berharga RM10 (RM2 bagi harga kad dengan nilai kad RM8), selagi stok masih ada.


Kenyataan itu juga berkata para pemegang Tiket Nilai Tersimpan Magnetik (SVT) boleh menukar kad masing-masing dengan kad MyRapid tanpa sebarang bayaran.

RapidKL menasihati pengguna membeli kad MyRapid baru itu untuk memudahkan lagi perjalanan mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi Talian Bantuan Prasarana 03-7885 2587 atau melayari laman sesawang Prasarana myrapidkl.com.my.- BERNAMA




3 langkah cara menggunakan kad MyRapid




Baca seterusnya...

Borang Bantuan Rakyat RM500 Dikeluar Bulan Depan

Wednesday, November 02, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KAJANG – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal mengeluarkan borang permohonan pemberian bantuan kewangan RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah mulai Disember ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Mohd. Shukor berkata, borang tersebut boleh didapati di kesemua cawangan LHDN dan 17 pusat khidmat hasil di semua daerah seluruh negara.

“Kita juga bakal memaparkan borang-borang tersebut secara dalam talian bagi membolehkan pemohon memuat turun dan mungkin juga akan disiarkan dalam akhbar-akhbar tempatan,” katanya.





Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir merasmikan sambutan Hari Inovasi LHDN 2011 di Akademi Percukaian Malaysia di Bandar Baru Bangi di sini semalam.

Perdana Menteri telah mengumumkan insentif tersebut pada pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu.

Insentif tunai berjumlah RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan RM3,000 ke bawah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan membantu menangani kesulitan golongan berpendapatan rendah.

Jelas Mohd. Shukor, pihaknya kini 98 peratus telah bersedia bagi mengendalikan mereka yang layak memohon insentif tersebut.

“Kita sekarang hanya menunggu keputusan akhir daripada Kementerian Kewangan bagi mengemas kini definisi isi rumah yang dijangka siap dalam tempoh dua minggu lagi,” jelasnya.

Ujarnya, pihaknya menjangkakan pembayaran insentif tersebut bakal dilakukan bermula Januari tahun hadapan secara berperingkat-peringkat.

“Bagi kita (LHDN) tempoh selama 14 hari bekerja bagi memproses semua permohonan yang layak,” ujarnya.

Katanya, setiap permohonan yang berjaya bakal dilunaskan oleh Akauntan Negara menerusi bank-bank yang akan dilantik.

Pihaknya turut menjangka seramai tiga juta isi rumah bakal terlibat dengan pemberian insentif tersebut dan maklumat mengenai mereka akan diperoleh menerusi kerjasama sistem pangkalan data e-Kasih dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - Kosmo


Baca seterusnya...

11.01.2011

(Video) Seorang Penyokong Menumbuk Pemain Bola Sehingga Patah Rahang

Tuesday, November 01, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Baca seterusnya...

Ferrari F430 Milik Datuk Lee Chong Wei

Tuesday, November 01, 2011 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Ferrari F430 (White Ferrari F34o) bernombor pendaftaran BLG 1 ini dikatakan milik Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton no 1 dunia.

Aku tak pasti adakah ini model Ferrari F430 Scuderia. Harga Ferrari F430 Scuderia aku rasa melebihi RM1 juta kut.

Betul kah pemilik Ferrari di atas adalah Datuk Lee Chong Wei? Berapa pula harga no plat BLG 1 ?

Jawapannya dengan baca seterusnya.






sumber gambar : lowyat.net & semutmalaysia.blogspot.com

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik