10.07.2011

Senarai Produk Terbaik Keluaran Apple Dibawah Pengasasnya, Steve Jobs

Friday, October 07, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Pepatah ada menyebut, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Namun berbeza pula dengan mendiang Steve Jobs, mendiang bukan sahaja meninggalkan nama tapi juga meninggalkan beberapa produk yang berjaya menjadi trendsetter dan seterusnya mengubah hala tuju teknologi smartphone yang ada sekarang ini.

Mari kita lihat senarai produk terbaik dan terkenal yang dikeluarkan oleh syarikat maklumat dan komputer gergasi, Apple di bawah pengasasnya, Steve Jobs.






1. Komputer Macintosh - Komputer pertama Macintosh dilancarkan pada tahun 1984. Rangkaian komputer tersebut kemudiannya berkembang kepada beberapa model lain termasuklah komputer meja, iMac dan komputer riba canggih MacBook.


2. iPod - Diperkenalkan pada 2001, gajet tersebut merevolusikan hiburan menerusi pemain muzik digital. Antara model yang popular ialah iPod Touch MP3 yang lengkap dengan skrin sentuh.




3. iTunes Store - Dilancarkan pada tahun 2003, ia merupakan kedai maya Apple yang menjual muzik, filem dan program televisyen untuk komputer, telefon serta peranti keluaran Apple.



4. iPhone - Apple memperkenalkan telefon pintar iPhone pertamanya pada tahun 2007. iPhone menggabungkan ciri-ciri yang ada pada iPod dan sambungan Internet dalam sebuah telefon pintar bersama skrin sentuh yang kemudian pantas menjadi pilihan pengguna di seluruh dunia.



5. App Store - Apple mula membenarkan pembuat aplikasi dari luar menghasilkan aplikasi untuk iPhone dan iPod Touch pada tahun 2008. App Store kini mengandungi lebih 150,000 aplikasi yang menawarkan pelbagai fungsi.



6- iPad - Pada April 2010, Apple merevolusikan era komputer peribadi menerusi komputer tablet yang hanya sebesar lembaran sekeping kertas.

#ThankYouSteveJobs


Baca seterusnya...

Samsung Galaxy Nexus Dilancarkan 12 Oktober Ini ??

Friday, October 07, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah satu-satunya gambar Samsung Galaxy Nexus yang tersebar di internet. Samsung Galaxy Nexus dikatakan bakal dilancarkan pada 12 Oktober ini di San Diego jam 2.30 pagi waktu malaysia.

Mari kita lihat spesifikasi Samsung Galaxy Nexus

  • Android 4.0 Ice Cream Sandwich
  • 9mm thin
  • 4.65-inch 1280 x 720-pixel Super AMOLED HD with curved glass
  • TI OMAP 4460 dual-core Cortex A9 processor clocked at 1.2GHz
  • 1GB RAM
  • 32GB of built-in storage
  • 5MP rear camera with 1080p HD video capture, 1.3-megapixel front camera
  • LTE/HSPA depending on carrier
  • Wi-Fi a/b/g/n
  • NFC
  • 1,750 mAh battery
Wow! Specs yang begitu mengujakan. Hmm.. takpelah...aku tunggu smartphone yang pakai Android Jelly Bean plak...hehe

Update




Bakal dilancarkan 18 oktober ini di Hong Kong ?


p/s : Aku ingatkan diorang nak lancarkan Samsung Galaxy Skin..




Baca seterusnya...

Hukum Menyebut R.I.P Kepada Orang Bukan Islam

Friday, October 07, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Semalam kita dapat menyaksikan ramai kekawan kita di facebook dan twitter (kawan beragama islam) mengucapkan R.I.P (Rest In Peace) kepada Steve Jobs atas kematiannya.

Tapi tahukah kita sebagai seorang umat islam, hukum mengucapkan R.I.P kepada orang bukan islam.

Dalam hal ini kita perlu rujuk pada yang arif dalam hal agama.

Setakat ni aku jumpa satu komen dari ustaz yang makin tersohor dewasa ini di laman sosial iaitu Ustaz Azhar Idrus.




sumber gambar : murkiester.com







Baca seterusnya...

10.06.2011

Cara Potong Bawang Agar Tidak Pedihkan Mata

Thursday, October 06, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

(Video) Pizza Vending Machine. Hanya Tunggu 90 Saat, Dah Boleh Makan Pizza

Thursday, October 06, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kalau kita order pizza dari Pizza Hut atau Domino, kena tunggu lebih 20 minit kan untuk dapatkan pizza tu.

Tapi sekarang, mungkin Pizza Hut & Domino tak senang duduk dibuatnya apabila seorang usahawan New York berjaya menghasilkan cara paling cepat membuat dan menjual pizza iaitu menggunakan Pizza Vending Machine!

Pelanggan hanya perlu menekan butang menu pilihan jenis pizza yang diingini, kemudian perlu menunggu 90 saat sementara mesin tersebut membuat pizza pilihan pelanggan. Pelanggan juga dapat melihat depan mata sendiri bagaimana pizza tersebut dihasilkan.

Wow! kreatif dan inovatif!

Lagi gambar dan video Pizza Vending Machine dengan baca seterusnya..


















Baca seterusnya...

Mungkinkah Logo Apple Akan Ditukar Baru?

Thursday, October 06, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Logo Apple yang direka tribute untuk Steve Jobs. Menarik dan kreatif! Mungkinkah logo Apple di atas akan digantikan dengan yang lama ?

sumber : jonathan mak tumblr




Baca seterusnya...

Pengasas Apple, Steve Jobs Meninggal Dunia

Thursday, October 06, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Hari ini tanggal 5hb Oktober 2011, dunia dikejutkan dengan berita kematian Steve Jobs, pengasas Apple dan orang yang bertanggungjawab dalam mengubah trend teknologi yang ada sekarang ini.

Terima kasih Steve Jobs atas hasil produk inovasi yang kamu sumbangkan pada dunia ketika ini.








NEW YORK: Syarikat gergasi komputer, Apple pada Rabu mengumumkan kematian pengasas bersama syarikat itu, Steve Jobs akibat kanser.

Beliau berusia 56 tahun.

“Kami bersama amat dukacita untuk mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia hari ini (5 Oktober),” kata lembaga pengarah syarikat berkenaan dalam satu kenyataan.

Kematian Jobs berlaku selepas Apple melancarkan telefon terbaru iPhone 4S di ibu pejabat syarikat tersebut di Cupertino, California.

Ketika peringkat akhir beliau bergelut dengan penyakit kanser, Jobs melepaskan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif tetapi kekal sebagai pengerusi lembaga pengarah Apple.

Ketua Pegawai Operasi Apple, Tim Cook telah dilantik mengambil alih jawatan Steve selepas beliau meletakkan jawatannya pada 25 Ogos lalu.

“Kebijaksanaan, kesabaran dan kecintaannya sebagai sumber inovasi yang terkini telah merubah hidup kita. Dunia tidak akan mampu menjadi seperti hari ini tanpa Steve.

“Cintanya hanya untuk isteri, Laurene dan keluarganya. Hati kami tersentuh dengan kelebihan luar biasa yang dimilikinya ,” kata kenyataan tersebut ketika mengumumkan mengenai kematian Steve.

Buku Inside Steve's Brain tentu akan laris selepas ini

Masalah kesihatan Steve telah menjadi topik hangat sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau menderita penyakit kanser sering mendapat perhatian daripada pencinta produk Apple, pelabur serta ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Berakhirnya sebuah era

Kematian Steve bermakna akhirnya sebuah legasi di syarikat gergasi komputer terkenal dunia Apple.

Beliau mula membuka syarikat komputer Apple bersama rakannya, Stve Wozniak pada akhir 1970 an. Syarikat berkenaan kemudiannya diperkenalkan sebagai syarikat komputer, Apple 1.



Namun selepas beberapa tahun, ia ditukar kepada Apple II dan menjadi sebuah syarikat gergasi komputer yang terkenal pada 1980 sekaligus menjadikan Steve sebagai seorang jutawan yang dikenali di Amerika Syarikat.-AFP





Baca seterusnya...

(Video) Kelakar Apabila Kucing Ikut Aksi Tuannya

Thursday, October 06, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:



Agak kelakar menonton video di atas dengan aksi kucing yang pandai meniru gelagat tuannya. Ini barulah betul-betul copycat!

Difahamkan, kaki kucing itu telah disambungkan dengan tali lutsinar membuatkan nampak seperti kucing itu mengerakkan kakinya tetapi aku rasa ada orang lain yang menarik guna tali yang disambunkan pada kakinya.

Baca seterusnya...

10.05.2011

Perbandingan Smartphone Terkini Dengan iPhone 4S

Wednesday, October 05, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


(klik imej tuk tumbesaran yang sihat)


Baca seterusnya...

LiveBlog Pelancaran iPhone 5 , 4 Oktober 2011

Wednesday, October 05, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Seperti yang diwar-warkan, hari ini 4 oktober 2011, Apple dijangka melancarkan atau memperkenalkan iPhone 5 terbaru mereka.

Pada waktu sekarang ini, Tim Cook selaku CEO Apple yang baru sedang berucap di pentas utama. Bagi yang berminat untuk mengikuti perkembangan terkini apa yang berlaku ketika ini, boleh layari liveblog di http://live.arstechnica.com

Kemaskini Terkini

Bukan pelancaran iPhone 5 tetapi iPhone 4S. Demm..








Baca seterusnya...

10.04.2011

Tengahari Begini Dapat Tidur Best Kan...

Tuesday, October 04, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:












Baca seterusnya...

Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Tuesday, October 04, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Apa itu PR1MA

Program Perumahan Rakyat 1Malaysia

Tujuan
Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman.


Latar Belakang

Penyediaan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat kini dilaksanakan oleh Kerajaan dan pihak swasta. Peranan pihak Kerajaan lebih tertumpu kepada penyediaan kemudahan perumahan awam kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah sementara pihak swasta pula menumpukan kepada pembangunan projek perumahan bagi kategori perumahan yang lain.

Pada masa ini terdapat jurang yang ketara dalam penyediaan rumah kategori kos sederhana dalam lingkungan harga RM150,000 hingga RM300,000 terutamanya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Kekurangan penawaran rumah kos sederhana disebabkan oleh kecenderungan pemaju-pemaju swasta membangun projek perumahan kos tinggi yang memberi pulangan yang lebih besar.


Rasional

Sebagai satu inisiatif strategik untuk memenuhi keperluan perumahan segolongan besar rakyat, Kerajaan mengambil langkah melaksanakan PR1MA bagi menyediakan rumah kos sederhana bertujuan khusus untuk mengisi jurang keperluan masyarakat dalam kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan.


Kaedah Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan melalui kaedah Kerjasama Awam Swasta (Public Private Partnership). Melalui kaedah ini, Kerajaan dan pihak swasta termasuk institusi kewangan akan menggembeling tenaga dan sumber ke arah menepati matlamat menyediakan rumah yang bukan sahaja mampu dimiliki malah berkualiti demi kesejahteraan dan keselesaan para penghuninya.


sumber : Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)

Kini sebanyak 560 unit pangsapuri PR1MA sudah dibuka untuk tempahan. Sila baca di sini.




Baca seterusnya...

ADUN Johol, Datuk Roslan Md Yusof Meninggal Dunia. AL-Fatihah

Tuesday, October 04, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anggota Dewan Undangan Negeri, DUN, Johol, Datuk Roslan Md Yusof, meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan kira-kira pukul 4.45 pagi tadi.

Allahyarham, 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur antara 17 dan 28 tahun.

Datuk Roslan, seorang bekas guru mula memenangi kerusi DUN Johol pada pilihan raya umum 2004.

Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.

Pada 2009, Allahyarham Roslan dilaporkan mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika bermain badminton menyebabkan tulang belakangnya cedera.

Berikutan itu, beliau menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.

Anak sulung Allahyarham, Mohd Hafizi, 28, berkata, jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No. 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor. - Berita TV3

Al Fatihah tuk arwah...


p/s : Kita lihat nanti, SPR akan adakan pilihanraya kecil atau tidak. Jika tidak, bermakna PRU 13 sudah semakin dekat.


Baca seterusnya...

Peraduan Menangi Tiket ke UEFA EURO 2012

Tuesday, October 04, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini mungkin berita baik untuk peminat-peminat bolasepak. UEFA EURO 2012 sudah tidak lama lagi. Tentu ada yang berangan-angan mahu menonton perlawanan UEFA EURO 2012 secara live di stadium. Nampaknya, angan-angan anda boleh direalisasikan dengan menyertai peraduan yang dianjurkan oleh Castrol Malaysia.

Dengan hanta menyertai peraduan Experience The Strongest di facebook Castrol Malaysia, anda mungkin berpeluang memenangi satu trip ke UEFA EURO 2012.

Maklumat lanjut.





Baca seterusnya...

Imej Grafik Pada Kotak Rokok di Kanada

Tuesday, October 04, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pihak Kempen Anti Merokok di Kanada telah mengeluarkan imej grafik yang baru untuk dicetak pada kotak rokok yang dijual di negara mereka. Imej grafik berbentuk amaran bahaya merokok tersebut turut menampilkan gambar seorang pesakit yang mati kerana kanser akibat merokok.

Tapi, sejauh manakah keberkesanan kempen sebegini?













Baca seterusnya...

10.03.2011

560 Unit Pangsapuri PR1MA Di Presint 11 Dibuka Untuk Tempahan

Monday, October 03, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
PUTRAJAYA, 3 Okt (Bernama) -- Sebanyak 560 unit pangsapuri di Presint 11 di sini yang akan dibina bawah Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) kini dibuka untuk tempahan.

Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata sebanyak 470 permohonan tempahan telah diterima sejak dibuka pada 30 Sept lalu dan akan berakhir pada 12 Okt ini.

"Proses pemilihan pembeli akan dilakukan secara pengundian dan akan dipantau oleh firma akauntan bertauliah bagi memastikan pemilihan dilakukan secara telus," katanya pada sidang media di pejabat Perdana Menteri di sini Isnin.

Katanya proses cabutan pemohon unit pangsapuri akan dilakukan pada 15 Okt ini.

Abdul Mutalib berkata pemohon yang ingin membuat tempahan haruslah memenuhi syarat kelayakan antaranya warga negara Malaysia berusia 21 tahun ke atas, bermastautin atau bekerja di Putrajaya dan merupakan pengundi berdaftar di kawasan Putrajaya.

Selain itu, pemohon hendaklah mempunyai tidak memiliki lebih daripada satu rumah dan mempunyai pendapatan isi rumah kasar yang tidak melebihi RM6,000 sebulan, katanya.

Menurutnya pemohon juga terbahagi kepada dua kategori iaitu senarai yang dipanggil yang akan melalui proses saringan dan menunggu.

Beliau berkata permohonan tempahan unit pangsapuri itu terbuka kepada semua yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan tidak terhad kepada hanya penjawat awam.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pembelian unit pangsapuri itu boleh melayari laman web www.pmo.gov.my. -- BERNAMA




Tapi sebelum anda semua berpusu-pusu untuk membuat pembelian, sila baca dulu syarat-syarat wajib sebelum memohon dengan baca seterusnya.


SYARAT-SYARAT WAJIB SEBELUM MEMOHON

Warganegara Malaysia.
Malaysian Citizen.

21 Tahun Ke atas.
21 Years old and above.

Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya.
Working OR Living in Putrajaya.

Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000.
Household income (Single / Husband and Wife) does not exceed RM6,000.

Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125)
Registered Voter in Putrajaya Parliament Constituency (P.125)


Sila ambil perhatian, mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali!

Please take note that any application which does not conform to the above conditions WILL NOT BE PROCESSED at once!


sumber : Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA)


Kalau anda seorang yang kreatif, atau pernah berangan untuk menghasilkan satu permainan mengikut peraturan anda sendiri, anda berpeluang untuk mengetengahkan idea tersebut. Mana tau boleh menang RM10K! Check it out yaw!


Baca seterusnya...

How Do They Do It ??

Monday, October 03, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Tori, Si Orang Utan Yang Merokok

Monday, October 03, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Orang Utan dalam gambar di atas (berbulu perang) di beri nama Tori. Tori merupakan warga zoo di Zoo Taro Jurug, Bandar Solo, Pulau Jawa.

Apa yang menarik tentang Tori ialah ia ketagih merokok!

Semuanya berpunca dari sikap pengunjung zoo yang membaling rokok kepada Tori. Sejak itu Tori menjadi perokok tegar dan selalu meminta rokok dari pengunjung.


Lagi gambar dengan baca seterusnya.

p/s : Psstt. pssttt... Create game anda sendiri secara kreatif, dan anda mungkin bleh menang RM10K! Check it out!








Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik