9.22.2011

Bridgette Jordan, Wanita Terpendek di Dunia


CHICAGO 21 Sept. - Seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun dan hanya mempunyai ketinggian 69 sentimeter dinamakan sebagai wanita terpendek di dunia.

Bridgette Jordan, 22 dan adik bongsunya, Brad Jordan, 20, yang memiliki ketinggian 98 sentimeter turut dinobatkan sebagai 'pasangan adik-beradik paling pendek di dunia' oleh Guinness World Records.

Pasangan adik-beradik yang belajar di kolej Kaskasia di Illinois ini memang dilahirkan kerdil.

Namun kekurangan itu tetap tidak menghalang Bridgette untuk gemar menari dan mengikuti kumpulan sorak, manakala Brad menyertai gimnastik, bermain bola keranjang dan membuat persembahan silap mata.

Sebelum ini, wanita terendah di dunia ialah Elif Kocaman dari Kadirli, Turki yang mempunyai ketinggian 72 sentimeter.

Bagaimanapun, Bridgette mungkin tidak lama memegang gelaran ini kerana seorang gadis di India Jyoti Amge yang mempunyai ketinggian 70 sentimeter bakal mencapai usia 18 tahun Disember ini, sekali gus melayakkannya bertanding dalam kategori ini, menurut jurucakap Guinness. - REUTERS

Lagi gambar dan video Bridgette Jordan, Wanita Terpendek di Dunia dengan baca seterusnya.
















Baca seterusnya...

Bajet 2012 : Bonus atau Kenaikan Gaji Untuk Kakitangan Awam

Thursday, September 22, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini mungkin perkhabaran yang enak didengar atau seronok dibaca oleh mereka yang bekerja di dalam sektor awam.

Menurut laman The Malaysian insider, Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus satu setengah bulan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan dalam bajet 2012 yang akan diumumkan nanti.

Wow! Kakitangan kerajaan dapat bonus lagi. Sebelum hari raya hari itu, kakitangan kerajaan sudah mendapat bonus setengah bulan. Jika benar Datuk Seri Najib Razak nak bagi bonus satu setengah bulan, maka kakitangan kerajaan tahun ni dapat bonus 2 bulan gaji. Tentu ramai yang tersenyum sampai ke telinga membaca berita terbaru ini.


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Seri Najib Razak sedang mempertimbangkan bonus lumayan atau kenaikan gaji bagi 1.3 juta kakitangan kerajaan — bakal diumumkan menerusi Bajet 2012 untuk menangani kenaikan kos sara hidup dan juga menjamin sokongan tenaga kerja sektor awam pada pilihan raya umum ke-13.

The Malaysian Insider difahamkan perdana menteri telah meminta Kementerian Kewangan agar mengkaji kos kedua-dua opsyen itu.

Langkah itu mirip pendekatan diambil bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2007, setahun sebelum menjelang pilihan raya umum ke-12.

Ketika itu Abdullah mengumumkan kenaikan gaji bagi 1.02 juta kakitangan awam sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.

“Najib sedang mempertimbangkan bonus satu bulan setengah untuk dibayar akhir tahun ini atau menaikkan gaji apabila mengumumkan Bajet 2012. Ia bajet menggunakan segala wang yang ada,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober ini.

Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Ia melibatkan kerajaan kos RM2 bilion.

Kakitangan awam lazimnya dilihat sebagai asas sokongan bagi Barisan Nasional (BN) tetapi perikatan itu berhadapan dengan prestasi buruk pada Mac 2008 meskipun Abdullah mencatatkan penguasaan 91 peratus kerusi di Parlimen.

Najib berusaha untuk keluar daripada situasi 2008 dengan mengumumkan beberapa pembaharuan termasuk mahu memansuhkan beberapa undang-undang termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri sebagaimana diumumkan Khamis lalu.

“Perdana Menteri perlu mengatasi isu-isu asas termasuk ekonomi. Bajet akan mengatasi isu sara hodup selepas pemotongan subsidi baru-baru,” kata satu lagi sumber kepada The Malaysian Insider.

Baru-baru ini Cuepacs, kesatuan sekerja induk sektor awam, menuntut bonus dua bulan. - The Malaysia Insider

p/s : Korang dah sedia nak menang RM1,000 ?? Cekidout yaw!


Baca seterusnya...

Doktor Implan 2 Tanduk Di Kepala Seorang Budak Untuk Buang Tanda Lahir

Thursday, September 22, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini gambar George Ashman semasa masih bayi. Dia dilahirkan dengan tanda lahir (haemangioma birthmark) yang agak besar juga di bahagian dahi. Ibu bapanya risau dengan tanda lahir tersebut kerana bimbang jika George Ashman besar nanti, dia akan dibuli oleh kawan-kawanya kerana kecacatan tersebut.

Ibu bapanya telah berjumpa pakar untuk membuang tanda lahir tersebut.


Apa yang doktor pakar buat untuk membuang tanda lahir itu ialah dengan mengimplankan dua "tanduk" di bahagian dahi George Ashman. Masa itu George Ashman berumur 2 tahun. Tujuan implan dua "tanduk" tersebut adalah untuk mendapatkan lebihan kulit dari kawasan dahi tersebut.



Setelah 4 bulan, implan seperti tanduk itu dibuang dan lebihan kulit yang terjadi di bahagian tersebut ditarik untuk menutup bahagian tanda lahir tersebut. Kini (gambar terbaru di atas) tanda lahir di bahagian dahi George Ashman sudah tiada cuma ada sedikit kesan parut seperti Harry Potter.



Baca seterusnya...

9.21.2011

GuaBlog - Laman Ping Blog Untuk Tingkatkan Trafik ke Blog Anda

Wednesday, September 21, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
GuaBlog.com merupakan satu lagi laman ping blog untuk tingkatkan trafik ke blog anda. Konsepnya cukup mudah, untuk menjadi ahli GuaBlog.com juga cukup mudah, kod widget yang disediakan juga cukup mudah. Blogger yang kurang arif tentang koding pun tiada masalah untuk letakkan kod widget GuaBlog.com.

Bagi mereka yang tidak punyai blog dan suka membaca blog pula, GuaBlog.com merupakan satu laman portal yang menghimpunkan pelbagai cerita-cerita menarik dan panas dari pelbagai kategori.




Aku telah mencuba mendaftarkan laman blog ini di GuaBlog.com. Sekejap sahaja, akaun aku sudah disahkan. Selepas disahkan, kod widget GuaBlog.com perlu diletakkan di blog agar konsep sharing is caring berjaya dilaksanakan. Selepas itu, aku cuba masukkan entri menarik dari blog ini ke laman GuaBlog.com. Apabila entri berjaya di masukkan di GuaBlog.com, dalam masa yang sama fanpage GuaBlog.com akan mempromosikan link entri yang dimasukkan tadi. Ini bermana link entri terbaru tersebut telah dipromosikan di laman GuaBlog.com dan juga laman fanpage GuaBlog.com. Potensi untuk trafik blog anda meningkat amat tinggi.

Belum cuba belum tahu kan. Jom kita ramai-ramai jadi ahli GuaBlog.com. The more the merrier! :D

Jangan lupa like fanpage GuaBlog.com !










Baca seterusnya...

9.20.2011

Budak Perempuan 7 Tahun Selamat Selepas Kepala Tertusuk Paku

Jangan main-main dengan pistol paku (nail gun), akibatnya boleh jadi macam gambar di atas.

Seorang budak perempuan berusia tujuh tahun, Dina yang berasal dari Urumqi, China telah dikejarkan ke hospital dan dibedah untuk mengeluarkan paku sepanjang 5 cm yang tertusuk di kepalanya.

Kejadian itu berlaku selepas seorang pekerja pembinaan di rumah ibu Dina di wilayah Xinjiang tertembak sebatang paku dengan menggunakan pistol paku ke arah kepala budak perempuan tersebut semasa sedang bekerja.

Sebelum itu, dia secara berjenaka mengacukan pistol tersebut ke arah sekumpulan kanak-kanak termasuk Dina sambil berkata: "Pergi jauh-jauh".

Dina bernasib baik kerana masih hidup selepas kejadian tersebut.








Baca seterusnya...

9.19.2011

Video Pemilik Stesen TV Menumbuk Seorang Ahli Perniagan Dalam Rancangan Debat

Monday, September 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berdebat memang menarik. Kita akan dapat lihat dua pihak berdebat mempertahankan pendapat mereka dengan hujah-hujah yang menyakinkan. Bagaimanapun, jika pendebat tidak dapat mengawal emosi, maka boleh bergaduh jadinya.

Itulah yang berlaku dalam satu rakaman perdebatan mengenai krisis ekonomi global di stesen televisyen NTV, Moscow. Seorang ahli panel iaitu Alexander Lebedev, hartawan Rusia yang memiliki dua stesen televisyen di Britain telah menumbuk seorang lagi ahli panle iaitu Sergei Polonsky,seorang ahli perniagaan.


Alexander Lebedev menumbuk Polonsky di depan sejumlah penonton sehingga menyebabkan ahli perniagaan itu melarikan diri dan terjatuh dari pentas.

Lebedev berkata, dia terpaksa bertindak menumbuk ahli perniagaan tersebut kerana bimbang akan ditumbuk terlebih dahulu.

Lebedev yang merupakan bekas ejen agensi perisikan Kesatuan Soviet, KGB, kini memiliki akhbar The Independent dan London Evening Standard.


Menurut tulisan dalam blognya, Lebedev mendakwa Polonsky terlalu agresif dalam perdebatan tersebut.

"Dalam situasi kritikal, tiada pilihan lain lagi. Saya meneutralkannya," kata Lebedev.

Dia menumbuk Polonsky di bahagian kepala menyebabkannya dia terjatuh dari pentas.

Beberapa orang kemudian tampil untuk menenangkan kedua-dua ahli perniagaan tersebut.

Lebedev merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dengan kekayaannya dianggarkan AS$3.1 bilion (RM9.58 bilion).

Dia juga memiliki syarikat penerbangan Aeroflot dan akhbar Rusia, Novaya Gazeta.

Saksikan video aksi Alexander Lebedev menumbuk Polonsky dengan baca seterusnya.






Baca seterusnya...

Video Jedi Kittens - Siri Star Wars Yang Dilakonkan Oleh Kucing!

Monday, September 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Dua buah video berjudul Jedi Kittens dan Jedi Kittens Strike Back berjaya menjadi video sensasi di Youtube. Mana taknya, dalam video tersebut ditampilkan 2 ekor kucing yang masing-masing memegang watak Jedi dan Darth Vader berlawan sesama mereka dengan menggunakan light saber!

Memang comel dan kelakar! Walaupun aksi kucing itu bergaduh dengan ligth saber hanya seketika tapi ia berjaya menarik ramai pengguna youtube.

Saksikan video Jedi Kittens dengan baca seterusnya.









Baca seterusnya...

9.18.2011

Video, Gambar Pesawat Pejuang Terhempas di Pertunjukan Udara Nevada


LOS ANGELES - Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 54 yang lain cedera apabila sebuah pesawat lama terhempas berhampiran penonton yang menyaksikan satu pertunjukan udara di negeri Nevada, Amerika Syarikat (AS) semalam.

Seramai 12 orang mangsa dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas pesawat pejuang P-51 Mustang yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua itu terhempas dalam keadaan menegak berhampiran satu tempat duduk grandstand yang dipenuhi oleh orang ramai. Ia dikendalikan oleh juruterbang veteran berusia 74 tahun, Jimmy Leeward.



"Kami amat berdukacita atas tragedi ini," kata ketua Persatuan Perlumbaan Udara Reno, Mike Houghton. Dia enggan memberi komen tentang berapa ramai yang terkorban.

Video amatur yang dirakam di tempat kejadian menunjukkan orang ramai terkejut dan sangat takut apabila melihat pesawat tersebut menjunam ke tanah.

Mike Draper dari Persatuan Perlumbaan Udara Reno menyatakan bahawa pesawat itu baru memasuki pusingan pertama apabila Leeward membuat panggilan kecemasan.

"Kami tidak tahu kenapa ia terhempas. Dia kemudian keluar daripada perlumbaan sebelum terbunuh apabila pesawat yang dipandunya itu terhempas," kata Draper.

Houghton menolak dakwaan tahap kesihatan Leeward mungkin menjadi punca nahas.

"Semua rekod kesihatannya dikemas kini. Jimmy seorang juruterbang yang mahir dan berpengalaman. Dia menyertai acara ini sejak tahun 1975," tegas Houghton. - AFP

Lagi gambar dan video dengan baca seterusnya
















Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik