7.29.2011

Pesta Jom Makan Durian di Restoran Jejantas Sungai Buloh (RM8 all you can eat)

Friday, July 29, 2011 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR 26 Julai - Dengan hanya membayar RM8 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada ”Pesta Jom Makan Durian” di Restoran Jejantas Sungai Buloh (Arah Utara), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), selama tiga hari bermula Khamis ini. (28,29,30 Julai 2011)

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat PLUS Expressways Berhad (PLUS), Khalilah Datuk Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan dari 10 pagi hingga 6 petang sepanjang tiga hari itu (selagi stok masih ada).

Dalam kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sebanyak 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang, Perak, akan dibawa ke pesta berkenaan bagi tujuan mempromosi buah durian kepada pengguna lebuh raya. - Bernama


Baca seterusnya...

Cara Baru Turun Tangga, Guna "Slide"

Friday, July 29, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Di Utrecht, Holland, satu slide dipasang bersebelahan tangga untuk memudahkan orang ramai yang menggunakan tangga tersebut turun dengan cepat. Hanya perlu melalui slide tersebut. Idea ini memang menarik dan patut ditiru dan diimplemenkan di Malaysia ini. Cuma aku takut nanti tempat tu jadi tempat lepak kanak-kanak main sliding lah plak. hehe

Busy commuters have been given a boost on their morning journey to work - thanks to a slide which has been installed to replace train station stairs.

The 'transfer accelerator' means workers in Utrecht, Holland, can now cut the station stairs out of their tedious commute.

Created by design firm HIK Designers, the slide has been described as great for passengers running late or who just want to add a bit of fun to their everyday lives. - Daily Mail



Lagi gambar dan video dengan baca seterusnya.




UTRECHT, Belanda - Bilangan pengguna komuter sering kali meningkat terutama pada waktu pagi.

Kini pengguna menarik nafas lega dan berterima kasih apabila gelongsor telah disediakan di tepi tangga sebuah stesen kereta api di sini.

Gelongsor itu digunakan oleh orang ramai yang bekerja di sekitar kawasan berkenaan bagi menjadikan perjalanan lebih cepat tanpa menggunakan tangga.

Direka oleh firma reka bentuk Designers HIK, gelongsor yang dibina itu sungguh hebat untuk pengguna yang kelewatan atau sekadar ingin menambah keseronokan kehidupan seharian masing-masing. - Agensi (Kosmo)






Baca seterusnya...

Cara Menggunakan Perodua Tweckbot @MYPerodua

Friday, July 29, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Perodua baru sahaja memperkenalkan cara baru untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan percuma untuk pemilik kenderaan Perodua iaitu Tweckbot. Perodua Tweckbot menggunakan platform Twitter untuk pelanggannya mendapatkan khidmat tersebut. Anda cuma perlu tweet di Twitter, dan skuad servis mereka akan datang ke tempat anda.http://carca-marba.blogspot.com/


Berikut adalah cara-cara menggunakan Perodua Tweckbot :- http://carca-marba.blogspot.com/

  1. Ikuti mereka di Twitter @MYPerodua untuk mengetahui di manakah lokasi Tweckbot.
  2. Apabila Tweckbot berada berdekatan anda, Tweet alamat dan nombor telefon anda.
  3. Pasukan Tweckbot akan membalas dan sahkan waktu ketibaan mereka.
  4. Tunggu di alamat yang anda Tweet dan dapatkan pemeriksaan 15 poin dengan percuma.
  5. Servis ini terbuka kepada pemilik kenderaan Perodua sahaja.http://carca-marba.blogspot.com/


Post ur maaf zahir & batin msgs & get it advertised in local newspapers thx 2 Perodua! #LebihIkhlasCekidout!.


Baca seterusnya...

Motosikal Berbentuk Naga Dari Bahan Kitar Semula

Friday, July 29, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


BANGKOK - Sebuah motosikal yang mempunyai reka bentuk seperti seekor naga dicipta oleh seorang artis di Bangkok, Roongrojna Sangwongprisarn dengan menggunakan pelbagai jenis alat ganti dan barang kitar semula.

Roongrojna yang berusia 54 tahun mencipta motosikal unik itu di dalam bengkelnya di sini.

Dia yang mempunyai empat bengkel di Thailand turut mengeksport pelbagai hasil ciptaannya kepada para pelanggannya dari seluruh dunia.- Reuters (Kosmo)

Lagi gambar motorsikal bentuk naga dengan baca seterusnya.






Baca seterusnya...

Perodua lancar khidmat Tweckbot

Friday, July 29, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
SUBANG – Hanya dengan tweet di laman sosial Twitter Perodua iaitu@MYPerodua, skuad Tweckbot akan membantu anda.

Program yang dinamakan Tweckbot itu memberikan kemudahan pemeriksaan awal terhadap 15 komponen utama kepada pemilik kenderaan keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua).

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh (gambar) berkata, ia satu langkah dalam mengesan sebarang kerosakan awal pada kenderaan tersebut sebelum menjalani pemeriksaan lebih lanjut di semua pusat servis kenderaan syarikat ini.

“Setiap kenderaan yang diperiksa tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana matlamat kami bagi memberikan maklumat awal mengenai kerosakan yang dialami oleh kenderaan yang dimiliki mereka.

“Malah setiap kenderaan yang diperiksa melalui program ini juga diberikan potongan 15 peratus terhadap alat ganti yang ditukar semasa melakukan penukaran di pusat servis kami,” katanya selepas majlis pelancaran Tweckbot di Pusat Servis Perodua di sini semalam. - Kosmo

Saksikan video promosi Perodua Tweckbot dengan baca seterusnya.






Post ur maaf zahir & batin msgs & get it advertised in local newspapers thx 2 Perodua! #LebihIkhlasCekidout!.



Baca seterusnya...

7.27.2011

Pemandu Keretapi Kantoi Baca Surat Khabar Ketika Memandu

Wednesday, July 27, 2011 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:



LONDON - Seorang pemandu kereta api digantung kerja kerana didapati membaca akhbar ketika memandu kereta api yang berkelajuan 96.5 kilometer (km) sejam.

Kenderaan itu yang mampu mencapai kelajuan 201km sejam berlepas dari Plymouth pada pukul 5.53 pagi 4 Julai lalu untuk menuju ke Paddington.

Gambar yang menunjukkan pemandu itu membaca sambil memandu kereta api laju tersebut dirakamkan oleh Jim Hales, 64.




Hales terkejut sejurus menyaksikan gelagat pemandu itu di laluan terowong Coryton berdekatan Dawlish, Devon pada pukul 6.37 pagi waktu tempatan.

Kini petugas yang bertanggungjawab membawa ratusan penumpang itu telah digantung kerja sehingga siasatan mengenai kejadian berkenaan selesai dilakukan.

"Ia kelihatan sangat bahaya. Dia mempunyai tanggungjawab besar apabila memandu kereta api yang dipenuhi penumpang," jelas Hale kepada akhbar Daily Mirror. - Agensi (Kosmo)

sumber : Daily Mail



Baca seterusnya...

Gambar, Harga Proton Saga FLX

Wednesday, July 27, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Proton meneruskan lagi kesinambungan model Saga dengan melancarkan generasi terbaru Saga iaitu Proton Saga FLX. Proton Saga FLX dilengkapi teknologi terkini transmisi pemboleh ubah berterusan (CVT – continuously variable transmission), menjadikan pemanduan lebih lancar serta memberikan prestasi keseluruhan lebih cekap.

Didatangkan dalam dua varian Standard dan Executive, Proton Saga FLX dilengkapi enjin bersesaran 1.3 liter CamPro IAFM, 4-silinder DOHC yang menghasilkan kuasa kuda 94hp@5,750rpm dan 120Nm@4,000rpm tork maksimum. Berbanding Saga FL, kuasa kuda enjin kini terhasil pada angka putaran rpm lebih rendah, iaitu 5,750rpm berbanding 6,000rpm. Tahap penggunaan petrol Saga FLX bagi setiap 100 km juga menjadi lebih cekap apabila dicatatkan 5.7 liter (manual 5-kelajuan) berbanding 6.0 liter untuk Saga FL, dan 6.0 liter melalui penggunaan kotak gear CVT (automatik 6-kelajuan) berbanding 6.3 liter untuk Saga FL dengan transmisi auto 4AT sebelum ini.

Menurut hasil ujian yang dijalankan oleh Proton, tahap penjimatan petrol boleh mencapai sehingga 4 peratus untuk perjalanan di dalam bandar dan hampir 10 peratus untuk pemanduan di lebuh raya. Selain pengenalan sistem CVT, Saga FLX Executive juga tampil dengan ciri keselamatan lebih baik seperti Sistem Antikunci Brek (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EDB), selain beg udara keselamatan berkembar untuk pemandu dan penumpang depan. Namun untuk varian asas Saga FLX Standard, model itu tidak dilengkapi ketiga-tiga ciri keselamatan tersebut.

Kelengkapan dan ciri-ciri standard lain tidak jauh berbeza antara Saga FLX dan generasi FL terdahulu, namun FLX didatangkan dengan warna baru Elegant Brown (coklat elegant) yang lebih menyerlah. Warna lain turut ditawarkan seperti Solid White, Tranquility Black, Genetic Silver dan Blue Rock. Harga untuk Proton Saga FLX masih lagi kekal rendah dan kompetetif walaupun ditawarkan bersama sistem CVT dengan tambahan harga antara RM600.00 dan RM1700.00, bermula dari RM41,598.00 (CVT Standard) dan RM44,998.00 (CVT Executive). Varian manual Standard berharga RM38,598.00, manakala varian manual Executive berharga RM42,398.00.

Maklumat lebih lanjut dan video Proton Saga FLX boleh diperolehi di laman epicsaga.

Lagi gambar Proton Saga FLX dengan baca seterusnya.











Sumber : arenakereta.com


Baca seterusnya...

7.26.2011

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Tuesday, July 26, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


BANK Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan siri ketiga syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran mulai awal tahun depan bagi dominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen menggantikan duit syiling sedia ada yang diperkenalkan sejak 20 tahun lalu.

Gabenornya, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berkata, dengan motif dan reka bentuk coraknya memaparkan keindahan flora, fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di negara ini. “Syiling baru ini lebih ringan dan kecil serta dilengkapi ciri keselamatan bagi mengelakkan pemalsuan.

“Bagi syiling 10 sen dan 5 sen ia berwarna perak manakala 20 sen dan 50 sen berwarna emas yang mempunyai sisi berbeza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan jenisnya. “Logam baru yang digunakan untuk membuat syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama iaitu keluli tahan karat serta nikel loyang bersalut kuprum. “Ia akan berada dalam edaran bersama dengan siri sedia ada sebelum dikeluarkan secara beransur-ansur,” katanya pada sidang media di Bank Negara, semalam.

Motif dominasi 5 sen ialah sulur kacang, 10 sen (bunga melur) dan 20 sen (anyaman orang asli) memaparkan 14 titik melambangkan tiga 13 negeri serta satu Wilayah Persekutuan dan motif duit syiling 50 sen (kain tenunan destar sigar) mempunyai lima garis mendatar melambangkan lima prinsip rukun negara.

Bahagian belakangnya memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan Bank Negara Malaysia sebagai pihak berkuasa mengeluarkan duit syiling.

Manakala Siri Keempat wang kertas baru akan dikeluarkan pada September ini. - Harian Metro


Keunikan Malaysia
Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema 'Keunikan Malaysia', reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali.

Ciri-ciri Am

Bahagian hadapan setiap denominasi memaparkan motif berbeza, 14 titik untuk melambangkan 13 negeri dan Wilayah Persekutuan dan (kecuali duit syiling 50 sen) lima garis mendatar bagi menggambarkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahagian belakang duit syiling pula memaparkan motif Bunga Raya atau Rosa-sinensis, iaitu bunga kebangsaan Malaysia, tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA'.

Spesifikasi Teknikal

Nilai Muka

50 sen

20 sen

10 sen

5 sen

Logam

Nikel Loyang Bersalut Kuprum

Nikel Loyang

Keluli Tahan Karat

Keluli Tahan Karat

Garis pusat (mm)

22.65

20.60

18.80

17.78

Berat (gram)

5.66

4.18

2.98

1.72


sumber : Bank Negara Malaysia





Baca seterusnya...

Budak India Satu Tahun Miliki 34 Jari Tangan & Kaki

Tuesday, July 26, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Budak umur satu tahun dari Uttar Pradesh, Utara India ini telah memecah rekod dunia Guinness World Records memiliki jari tangan dan kaki paling banyak di dunia iaitu 34 jari.

Akshat Saxena dilahirkan dengan memiliki 7 jari pada setiap tangan dan 10 jari pada setiap kaki

Rekod sebelum ini dipegang oleh kanak-kanak dari China dengan 31 jari tangan & kaki. Tetapi difahamkan, kanak-kanak itu telah menjalankan pembedahan untuk menjadikan jari tangan & kakinya normal semula.





sumber : Daily Mail

NEW DELHI - Seorang budak lelaki berusia setahun di India memecahkan rekod dunia kerana dilahirkan dengan 34 jari tangan dan kaki, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap Guinness Book of Records berkata, Akshat Saxena memiliki tujuh jari pada setiap tangannya manakala setiap kakinya mempunyai 10 jari kaki.

Kanak-kanak berkenaan berasal dari wilayah Uttar Pradesh, utara India.

Akshat yang dilahirkan tanpa mempunyai ibu jari menyebabkan doktor kini cuba untuk menggunakan jari yang sudah dipotong bagi menggantikan ibu jari tersebut.

"Saya amat gembira melihat anak saya buat pertama kali kerana dia merupakan cahaya mata pertama kami," kata ibunya, Amrita Saxenakata.

"Saya kemudian terkejut melihat jari-jarinya yang banyak," tambah wanita itu.

Didorong oleh seorang rakan mereka, keluarga berkenaan mendaftarkan anak mereka ke dalam Guinness Book of Records menerusi Internet.

Rekod untuk kategori tersebut sebelum ini dipegang oleh seorang budak lelaki di China berusia enam tahun yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki.

Kanak-kanak China itu yang namanya enggan didedahkan keluarganya turut menjalani pembedahan untuk membuang baki jarinya.

Dia kini mempunyai 10 jari tangan dan 10 jari kaki selepas menjalani pembedahan selama enam setengah jam di sebuah hospital di Shenyang, Liaoning pada Mac lalu.

Satu kajian terbaharu menunjukkan lebihan jari tangan dan kaki itu merupakan sindrom yang dikenali sebagai polydactyly yang jarang berlaku ke atas bayi. - Agensi (Kosmo)


Baca seterusnya...

Ubi kentang berbentuk seperti wajah Lord Voldemort (Watak Jahat Harry Potter)

Tuesday, July 26, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Bagi peminat siri filem Harry Potter tentu kenal dan cam siapa Lord Voldemort iaitu seorang ahli sihir yang dilakonkan oleh Ralph Fiennes.

Ronie Todd seorang peminat filem Harry Potter terkejut apabila menemui ubi kentang ganjil yang menyerupai watak jahat, Lord Voldemort selepas membasuh ubi kentang tersebut.


Menurut Todd, kentang itu mempunyai sepasang mata, hidung dan mulut berkerut seperti Voldermort.

"Saya tidak percaya sebaik sahaja menggalinya daripada tanah. Ia sepatutnya sebiji kentang kecil yang sesuai untuk salad dan stik tetapi kentang ini bersaiz gergasi. Ia tidak seperti yang saya lihat sebelum ini," kata Todd.

"Kemudian saya melihat ia jelas mirip Voldermort. Saya pernah menonton filem Harry Potter dan tidak terfikir bahawa wajah penjahat itu akan muncul di kebun saya," tambahnya.




sumber berita : kosmo
sumebr gambar : Daily Mail

Baca seterusnya...

7.25.2011

Video, Lirik Lagu Tiga Kata - KRU

Video Lagu Tiga Kata - KRU



Lirik Lagu Tiga Kata - KRU

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar

Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut

Mungkinkah pernah kita
Dah terlalu selesa
Kepimpinan seolah
Semakin hambar

Dari gerak gaya
Hingga ke tutur kata
Tak menggambarkan cinta

Wo ai ni
I love you
Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna
Tapi jarangnya didengar



Naan unnai kathalikaraen
Saranghaeyo
Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh
Tapi jarangnya disebut





Baca seterusnya...

Himpunan Gambar Binatang Berkepala Dua

Monday, July 25, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Binatang berkepala dua. Walaupun ganjil tetapi banyak juga binatang-binatang yang mengalami kecacatan sebegini. Cuma yang belum pernah dengar lagi, binatang berkepala 3 atau 4.

Lagi gambar binatang berkepala dua dengan baca seterusnya. (Amaran : Kalu geli jangan tengok yer..)











Baca seterusnya...

Gambar Sekitar Perlanggaran 2 Kereta Api Laju China

Monday, July 25, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
WENZHOU, China - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh apabila dua kereta api berkelajuan tinggi berlanggar di timur China kelmarin.

Kemalangan tersebut yang turut mencederakan 210 penumpang merupakan nahas terburuk pernah melanda perkhidmatan kereta api China sejak 2008.

Insiden itu berlaku apabila sebuah kereta api berkelajuan tinggi merempuh sebuah kereta api lain yang terhenti di atas sebuah jambatan dekat sini, sekitar 1,380 kilometer ke selatan ibu kota China, Beijing.

Ketika kejadian, kereta api pertama kehilangan kuasa akibat dipanah petir sebelum ia dirempuh sebuah kereta api peluru yang bergerak di belakang kenderaan itu.

Anggota-anggota pasukan penyelamat memasuki bangkai empat gerabak yang terjatuh ke bawah jambatan dalam usaha mencari mangsa-mangsa yang masih hidup.

Menurut agensi berita Xinhua, pihak berkuasa China menghentikan 21 perjalanan kereta api selepas kemalangan tersebut berlaku yang turut mengorbankan dua warga asing. - Reuters (Kosmo)


Lagi gambar-gambar sekitar kawasan kemalangan dengan baca seterusnya.

















sumber gambar : Daily Mail


p/s : Difahamkan seorang bayi berjaya diselamatkan di mana ketika itu usaha menyelamat baru sahaja dihentikan.

Baca seterusnya...

Video Air Terjun Jatuh ke Atas (Biasanya Jatuh ke Bawah)

Monday, July 25, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kita biasa lihat air terjun. Dah namanya air terjun, sudah tentulah airnya akan jatuh terjunam ke bawah kan. Tetapi berbeza dengan apa yang berlaku air terjun di Sydney. Satu kejadian ganjil telah berlaku di mana air terjun bukan jatuh ke bawah tetapi ke atas.

Ganjil bukan?



Sebenarnya tidak ada apa yang ganjil. Fenomena air terjun jatuh ke atas berlaku kerana air itu telah ditiup dengan angin kencang yang kuat dengan kelajuan angin mencecah 120 kilometer sejam.

Kejadian yang ganjil itu berjaya dirakamkan menerusi kamera dan ia kemudian disiarkan di You Tube.

Saksikan video air terjun jatuh ke atas di Sydney dengan baca seterusnya.





Seorang penyelidik mengenai perubahan cuaca dunia sebuah pertubuhan bukan kerajaan Oxfam, John Magrath berkata, Bumi menyampaikan satu mesej kepada kita.

"Mesej itu ialah cuaca keterlaluan akan menjadi satu kebiasaan," katanya.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik