4.09.2011

Video, Lirik Lagu Luar Biasa – Shahir

Video Lagu Luar Biasa – Shahir




Lirik Lagu Luar Biasa – Shahir
Seandainya mengalir di sini
Yang sejernih apa yang terkunci
Pastinya di dalam diari
Bagailah kasih
Hati ke hati bersemadi

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Chorus
Luar biasa
Landah senja suria padamu
Lalu menusukku
Luar biasa suara
Siksa membisu
Akhirnya membunuhmu


Hidup ini puas dipenuhi
Yang sesali tiada berganti
Natijah rasa dizahiri
Bagai dimensi dan hipokrasi berselari

Segala senyumanmu mengusikku
Oh mengapa
Tak terhidu
Kucupanmu berlagu merdu

Ulang Chorus

Tanpa kata
Tanpa rela
Biarkannya
Jatuh ke riba

Takkan pudar
Kisah kita
Nyata di rasa nyata di matanya
Lalu menusukku

Luar biasa penjara
Siksa sesalan
Dikucupnya virus

Ulang Chorus

Maafkanlah diriku


Baca seterusnya...

4.08.2011

Video Pencuci Kandang Ular Tedung. Gila Berani

Friday, April 08, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:




Cuba tengok video di atas ni. Lelaki ini merupakan tukang sapu kandang ular tedung. Tanpa kasut khas hanya ber selipar jepun jer, selamber je lelaki ni menyapu di dalam kandang ular tedung ni. Lepas tu siap boleh campak-campak lagi ular tedung yang tengah "angkat kepala" standby nak patuk. Gila berani aa..


Baca seterusnya...

Merpati Pakai "Rantai" Roti

Friday, April 08, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
hehe.. kesian merpati ni. Ntah macamana roti tu boleh melekat kat leher dia. Dah macam "rantai leher" roti plak. Dia nak makan roti tu pun susah sebab tak sampai.





Baca seterusnya...

Video Ujian Kerusi Anjal Jet Pejuang F-35

Friday, April 08, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jet pejuang F-35



SAMLESBURY - Para jurutera di syarikat produk pertahanan BAE Systems di Britain membuat ujian kerusi anjal untuk juruterbang keluar dari jet pejuang F-35 semasa kecemasan, lapor sebuah akhbar semalam.

Ujian itu disiarkan dalam satu klip video yang menunjukkan kerusi ditolak keluar dari sebuah jet pada kelajuan 965 kilometer sejam di sini dekat Preston.

Sistem kerusi anjal itu kini disahkan selamat untuk penerbangan dan ia akan dipasang pada jet yang ditempah oleh tentera Britain dan Amerika Syarikat.

Pengurus Ujian BAE Systems, Rick Whittaker berkata: "Keluar dari sebuah pesawat seperti F-35 mengambil masa tidak lebih daripada tiga saat bermula dari pemegang kerusi anjal ditarik sehingga payung terjun juruterbang dibuka." - Agensi (Kosmo)

Saksikan klip video ujian kerusi anjal dengan baca selanjutnya..






sumber gambar & video : Daily Mail

Baca seterusnya...

4.07.2011

Hati-Hati di Jalanraya

Thursday, April 07, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:




sumber : the star

Baca seterusnya...

Perbezaan Telur Ayam Tiruan/Palsu & Telur Asli

Thursday, April 07, 2011 by Mistaken Identity · 4 comments Baca seterusnya!
Labels:
Hari ini kecoh pasal telur ayam tiruan gara-gara laporan dari suratkhabar kosmo. Menurut laporan tersebut, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah mendedahkan bahawa terdapat kemungkinan telur ayam tiruan telah dijual di pasaran negara kita.

Telur ayam tiruan itu dibuat sepenuhnya daripada ramuan bahan-bahan kimia berbahaya yang terdiri dari natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna lemon. Di mana kesan daripada memakan telur ayam tiruan dipercayai mampu mengganggu kadar metabolisme dalam badan, hati dan otak jika dimakan pada kadar yang kerap.

hmm.. sebenarnya aku dah lama tahu pasal telur ayam tiruan ni sejak beberapa tahun yang lalu apabila ada yang menghantar emel forwarded. Dalam emel tu menyatakan telur ayam tiruan yang dijual di negara China dan turut memaparkan cara-cara membuat telur ayam tiruan tersebut. Tapi tak sangka pula, telur ayam tiruan ini turut berada di pasaran negara kita. hmm..

Orang kata mencegah lebih baik dari mengubati. Since, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dah dedahkan bahawa terdapat telur ayam tiruan di pasaran, so mari kita lihat perbezaan antara telur ayam tiruan dan asli.


Ini telur ayam asli. Salah satu hujung telur ayam apabila kulitnya dipecahkan terdapat ruang kosong / ruang udara.

Telur ayam tiruan tiada ruang kosong pada kedua hujungnya itu.




Bentuk telur ayam asli selepas dikupas kesemua kulitnya. Salah satu hujungnya nampak rata.

Bentuk telur ayam tiruan selepas dikupas kesemua kulitnya. Bujur dengan sempurna, tiada bahagian rata.

Telur ayam asli tiada selaput yang memisahkan antara kuning dan putih. Nampak cantik jer.


Telur ayam tiruan mempunyai satu selaput aneh yang memisahkan putih & kuning telur.

Dah tahu camne nak bezakan antara telur ayam tiruan dan asli, boleh lah ke dapur sekarang untuk sesi penyiasatan. hehe



sumber : kosmo & kaskus.us forum

Baca seterusnya...

Justin Bieber Versi Perempuan

Thursday, April 07, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Sekali tengok macam Justin Bieber kan. Tetapi bila diamati lagi, nampak macam lain lah plak. Sebenarnya perempuan yang bermain gitar di atas, ya perempuan.. bernama Dani Shay, 22.

Raut wajahnya ada iras-iras penyanyi remaja kegilaan ramai dewasa ini iaitu Justin Bieber. Dan atas kesamaan raut wajah itu, Dani memutanaik video dia menyanyi lagu parodi Justin Bieber ke youtube.


Saksikan video selepas ini..






Baca seterusnya...

4.06.2011

KFC - Kelantan Fried Chicken ke Freid Chicklen

Wednesday, April 06, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

hmmm.. agak-agaknya apa yang tak kena yer pada banner di atas..

Baca seterusnya...

Televisyen Marconi 702 Tertua di Britain (1936)

Wednesday, April 06, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Televisyen ini adalah televisyen jenis Marconi 702. Dipasang pada tahun 1936 dan didakwa televisyen paling tua di Britain.

Jika sekarang kita berlumba-lumba untuk membeli TV LCD, LED, plasma 32 inc,42 inc la, tapi skrin TV marconi ni cuma berukuran 30.48 sentimeter.

Dan menakjubkan, TV ini masih berfungsi dengan baik walaupun sudah 75 tahun ia digunakan. Hebat kan barang elektrik dulu-dulu.

TV ini dibeli pada harga bawah £100 (RM488) dan kini ia dilelong pada harga bidaan bermula £5,000, (RM24,415). Wow! Sapa kata TV lama dah tak laku. Lagu mahal dari TV sekarang adalah.

Lagi gambar televisyen Marconi 702






Baca seterusnya...

Jika Anda Rasa Rumah Anda Sempit, Rumah Perempuan Ini Cuma 90 kaki persegi jer

Wednesday, April 06, 2011 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:


Felice Cohen, seorang profesional organizer dari Manhanttan sudah 3 tahun tinggal di apartment yang cuma berkeluasan 90 kaki persegi. Dengan kepakaran yang ada, dia berjaya menyusun atur ruang bilik yang sempit itu menjadi tempat yang sesuai untuk dia tinggal dan membuat kerja .

Katilnya pula berada di atas dan hampir dengan siling. Kalau dia mengigau dan terus bangun dari tidur, memang boleh terhantuk kepala.


'A friend told me that if Michael Jordan stretched his hands out he could touch both the walls,' - Felice Cohen


Lihat gambar sahaja tak cukup, cuba lihat video dibawah untuk mengetahui keadaan sebenar biliknya itu.






sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Video Kayu Melayang Kena Cermin Depan Kereta

Wednesday, April 06, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Mengejutkan! Seorang pemandu hampir merakam kemalangan maut dirinya sendiri apabila tiba-tiba sebatang kayu sepanjang 6 kaki melayang dan memecahkan cermin depan keretanya. Pemandu tersebut, Wendy Cobb ketika itu sedang memandu di sebatang jalan raya sambil merakam pemanduannya menggunakan telefon berkamera.



Bagaimana, tiba di tempat kejadian, sebuah trak di hadapan telah melanggar sebatang kayu yang berada di bahu jalan. Akibat pelanggaran tersebut, kayu itu melayang-layang dan seterusnya menghentam cermin depan kereta Wendy Cobb.





'I most definitely know how lucky I was. Damage was mostly the hood and windshield, again, very lucky.'


Fuhh.. memang ngeri giler! Saksikan video rakaman tersebut...


Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Selamat Tinggal – Zizan Raja Lawak & Dina



Video Lagu Selamat Tinggal – Zizan Raja Lawak & Dina






Lirik Lagu Selamat Tinggal – Zizan Raja Lawak & Dina

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Ok dah memang
Bukan mudah untuk ku menerima hakikat
Dalam hidup ini sentiasa ku tersekat
Apa yang ku harapkan
Kasih sayang yang suci murni
Tetapi semuanya hilang setelah kau pergi
Dulu hari-hari ku berwarna warni
Kini kian mendung
Ia tinggal satu memori
Jangan jangan lepaskan genggamanku ini
Hidupku hanya bermakna jika kau di sini


Mana janji mana erti
Kenapa gembiraku kini menjadi sepi
Musnah segala apa yang ku impikan
Tetapi ku tetap tabah
Kerana Tuhan yang menentukan

Kau tetap pergi apakan daya
Walaupun ku telah mencuba sedaya upaya
Ku harapkan ini sesuatu yang kekal
Namun ku terpaksa melepaskanmu baby
Selamat tinggal

Selamat tinggal kawanku
Tak mudah aku pergi
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini

Tiada ertinya kau tinggalkan aku
Sedangkan teramat ku mengasihi dirimu
Cuba ingat semua yang kita pernah lalui
Sayang bukalah fikiranmu kembali
Ku tak mahu hidup tanpamu di sisi
Hanya kau seorang yang pernah aku kasihi

Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini
Jika aku yang engkau cintai
Kenapa semua ini
Kenapa semua ini
Mengapa semua ini
Jika aku yang kau cinta
Mengapa semua ini

Kenapa semua jadi begini
Kenapa mengapa
Jangan pergi jangan pergi
Jangan tinggalkan aku begini

Selamat tinggal kawanku (usah pergi)
Tak mudah aku pergi (jangan biarkan ku menderita)
Bila wajahmu
Sentiasa di hati ini (aku sentiasa di dalam dada kamu sayang)

Walau ku pergi sayangku ( usah pergi)
Dalam jiwaku ini
Kaulah cintaku yang kekal
Selamat tinggal



Baca seterusnya...

Video Budak Jepun Main Bola Macam Lionel Messi

Wednesday, April 06, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,




Budak lelaki Jepun yang berusia 9 tahun di dalam video di atas dikatakan mempunyai bakat seperti Lionel Messi (bintang bolasepak Barcelona). Mampu mengawal bola dan mengelecek beberapa pemain lawan dan seterusnya menjaringkan gol.

Tapi setelah melihat keseluruhan video tersebut yang terdiri daripada himpunan beberapa klip video tu, aku rasa kekawan dia dalam team yang sama tentu tak suka dengan dia. Kenapa aku cakap camtu? Sebab budak tu macam main sorang-sorang dia. Tak passing bola pun kat kekawan team dia. huhu..




Baca seterusnya...

Belakang Serangga Menyerupai Muka Elvis Presley Ditemui

Wednesday, April 06, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


Cuba lihat betul-betul rupa bentuk corak belakang serangga ini. Ada macam iras-iras muka Elvis Presley tak (gambar kecil) ?

hmm.. ada la kut terutamanya tang ekor nampak cam rambut tu. hehe

Serangga ini (jangan tanya aku apa nama serangga ni) dijumpai oleh Winston Jansen seorang jurukamera amatur di hutan di Singapura.

kredit : metro.co.uk



Baca seterusnya...

4.05.2011

Telur Yang Lebih Prihatin?

Tuesday, April 05, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Spot lori telur ni kat highway PLUS. Entah kenapa rasa lucu plak dengan statement dalam bahasa melayu kat belakang lori tu - "Telur Yang Lebih Prihatin". sengihnampakgigi


Baca seterusnya...

Semua Gambar Kemalangan Berikut Dipercayai Dipandu Oleh Wanita

Tuesday, April 05, 2011 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Entah betul entah tidak, semua gambar kemalangan ini dipercayai di pandu oleh wanita. Aku percaya penyebaran gambar ini ada hubungkait dengan kenyataan Bung Mohktar di Parlimen baru-baru ini. Tapi, semua kejadian ini bukan berlaku di Malaysia. hehe..peace









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik