4.01.2011

Bayar RM9.90 Nikmati Durian Sehingga Puas Di Hentian Bukit Gantang 9/10 April

Friday, April 01, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Ini berita baik untuk pengemar-pengemar durian atau hantu durian di Malaysia ni. Sila baca berita di bawah dengan perlahan-lahan dan tahan air liur anda.kenyit

IPOH, 1 April (Bernama) -- Dengan hanya membayar RM9.90 seorang, orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian pada Pesta Jom Makan Durian anjuran PLUS Expressways Bhd pada 9 dan 10 April ini.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat PLUS, Khalilah Mohd Talha berkata, pesta itu akan diadakan di hentian Bukit Gantang arah utara dari 10 pagi hingga 5 petang.

Kanak-kanak bawah tujuh tahun tidak dikenakan bayaran manakala bagi mereka yang hendaklah membeli durian di situ, mereka diberi diskaun 50 peratus, katanya.

Orang ramai juga boleh menyertai pertandingan makan durian, meneka berat dan ulas durian.

Khalilah berkata 10 tan durian dari kawasan Bukit Gantang akan dibawa ke pesta berkenaan yang dianjurkan sejak 2007 sempena musim buah durian di kawasan sekitar Bukit Gantang.

"Ia bertujuan mempromosi buah-buah tempatan di hentian Bukit Gantang sebagai salah satu destinasi penjualan buah-buah tempatan di Lebuhraya PLUS," katanya.

-- BERNAMA

Aduh! Jauh tu nak pergi ke Bukit Gantang dari KL ni. Apsal diorang tak buat kat Restoran Jejantas Sungai Buloh ke. huhu..

kredit gambar : warisan-marzuki.blogspot.com
Baca seterusnya...

Handerpants - Seluar Untuk Tangan Pun Ada

Friday, April 01, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:







Baca seterusnya...

Video Seks Anwar : KPN sahkan video tulen

Friday, April 01, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR 1 April – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan salah seorang pemimpin parti pembangkang adalah tulen.

Menurutnya, kesahihan mengenai rakaman dalam video itu telah disahkan oleh pakar yang membuat kajian terhadapnya.

Beliau berkata, rakaman video itu akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat manakala siasatan kini di peringkat akhir – Utusan

hmm... fasa mengesahkan ketulenan telah selesai. Sekarang masuk fasa siapakah pelakon dalam video tersebut pula.

Teringat salah satu dialog dalam filem Mr OS. "I tulen banggg..." dengan suara garau. sengihnampakgigi


Baca seterusnya...

Sekolah Hijau atau Green School di Bali

Friday, April 01, 2011 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:











Baca seterusnya...

Pelik! Video Seorang Ibu Ketagih Makan Sofa

Friday, April 01, 2011 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kebiasaannya perempuan suka makan asam atau kerepek, tapi lain pula halnya dengan seorang ibu dari Florida ni. Adele Edwards mempunyai tabiat makan yang pelik. Dia suka makan sofa. Span dalam sofa tu. Yup! span dalam sofa!

Adele makan span sofa tu macam makan kerepek atau maruku. Yark! Dan dia dah makan sejak berumur 10 tahu lagi.

Ms Edwards said: 'I was ten years old when I was first introduced to cushion.

'At first, I thought it was strange but, after sucking it for a while, I came to like the texture.'

The mum said from that point on, she began eating cushions quite regularly and would frequently swallow chunks 'as though it was candy floss'.

'It sounds strange but, to me, foam tasted like sweets.' - source : metro.co.uk




Saksikan video Adele Edwards makan span sofa macam makan kerepek.






BRADENTON, Amerika Syarikat (AS) - Seorang ibu kepada lima orang anak, Adele Edwards didapati mengalami sejenis gangguan pelik yang dikenali sebagai Pica kerana dia gemar memakan kusyen sofa.

Pica merupakan gangguan yang sering dialami oleh kanak-kanak dan ibu mengandung yang kekurangan nutrien tertentu. Ia boleh menyebabkan mereka suka memakan benda-benda seperti kapur tulis, duit syiling, bateri dan tanah.

Dia yang berasal dari Bradenton, Florida Amerika Syarikat (AS) dikatakan telah memakan kusyen selama 21 tahun. Adele dilihat cuba mendapatkan bantuan selepas masalahnya itu sudah tidak dapat dikawal.

"Sejak beberapa tahun lalu, saya sudah makan tujuh sofa. Saya membuka zip alas kusyen dan memakannya. Apabila sudah makan, saya sukar untuk berhenti. Kini, doktor memberitahu jika saya meneruskannya, ketagihan ini akan membunuh saya," katanya.

Adele mengakui tabiat peliknya itu berlaku kerana tertekan sewaktu ibu bapanya mahu bercerai ketika dia baru berusia 10 tahun. Kini, dia memakan kusyen sebanyak 15 kali sehari. Adele terpaksa mendapatkan rawatan terapi dan hipnosis demi menghilangkan ketagihan luar biasa itu. - Agensi (Kosmo)



Baca seterusnya...

Exora VIP Test Drive Session 23 April 2011

Friday, April 01, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Thanks to Proton, they're hosting its first-ever Exora VIP Test Drive Session and you're invited to participate! All you need is to register yourself at www.allaboutexora.com Not only you will learn more about Exora's winning features, you get a chance to gain budget tips, have a spa session and win cash prizes of RM6k! It's happening so share it with your family and friends today! The first Exora VIP Test Drive Session starts from April 23, 2011.


Baca seterusnya...

Video Baby Kembar Bercakap, Kalau Faham Sila Bagitau

Friday, April 01, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Hahaha... aku nak tergelak tengok video di bawah ni. Video yang memaparkan 2 orang bayi kembar lelaki berkomunikasi antara satu sama lain. Kecoh jugak diorang berborak. Yang aku paham baby tu duk sebut "dadadadadada.. " hehehe..




Update...

Ini video translate apa yang baby kembar tu bualkan. (thanks Stardustt Emri)






Baca seterusnya...

3.31.2011

Kitler - Rupa Kucing Macam Hitler

Thursday, March 31, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:

Ini Adolf Hitler. Rasanya semua kenal kan. Trademark nya adalah misainya!


Ini pula kucing Kitler sebab tompok hitam pada bawah hidungnya sebijik macam misai Hitler. hehe..






Baca seterusnya...

Video Kamera GPS Rakam Kereta Langgar Treler

Thursday, March 31, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Kemalangan antara lori & kereta di atas adalah berpunca dari kereta tersebut yang memandu di lorong yang salah. Menariknya, kemalangan itu dapat dirakam oleh kamera GPS yang dipasang pada lori tersebut. Dan lebih menarik lagi, pemandu kereta yang memandu di lorong yang salah itu adalah seorang perempuan! (Kalu Bung Mokhtar tau ni, suka aa dia. hehe sengihnampakgigi)

Saksikan video kemalangan tersebut..





ABERDEEN, Britain - Detik cemas sebuah kereta dipandu melawan arus memasuki susur keluar sebatang jalan raya di Britain sebelum ia berlanggar dengan sebuah treler yang membawa muatan simen berjaya dirakam kamera sistem pengesanan global (GPS) lori kedua, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Selasa lepas, kereta Vauxhall Astra yang dipandu seorang wanita cuba memasuki jalan besar A90, dekat sini, Scotland, melalui susur keluar jalan itu.

Melihat sebuah treler seberat 44 tan di depannya, dia melencongkan keretanya dan berada dalam laluan lori kedua di jalan raya itu.

Tidak mahu dirempuh, kereta itu cuba kembali ke susur keluar itu dan melanggar sisi treler terbabit.

Pelanggaran tersebut menyebabkan treler berkenaan terbalik, manakala bahagian sisi dan hadapan kereta itu remuk.

Tiada yang cedera dalam kemalangan itu. Namun, wanita berusia 20 tahun itu didakwa kerana memandu secara berbahaya. - Agensi (Kosmo)


Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik