3.18.2011

Bila Orang Seni Dapat Salotep. Kreatif!

Friday, March 18, 2011 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:


Inilah hasilnya bila orang seni dapat salotep (pita pelekat). Macam-macam dapat dihasilkan. Kreatif!












Baca seterusnya...

Video, Gambar Profesor Splash Terjun Dalam Kolam Kecil

Ini Darren Taylor atau lebih dikenali Profesor Splash kerana sering tampil di khalayak ramai dengan aksi lagak ngeri terjun ke dalam kolam dan menghasilkan "splash".



Ini gambar dari kedudukan Profesor Splash pada ketinggian 10.9 meter. Dan kolam kecil dalam gambar di atas adalah kolam inflatable untuk kanak-kanak dan hanya mengandungi air berkedalaman 12 inchi atau 30.6 sentimeter.

Ya. Profesor Splash akan terjun pada ketinggian 10.9 meter ke dalam kolam kecil tersebut. Memang gila dan ngeri dan tak masuk akal.

Tapi Profesor Splash tahu bagaimana teknik untuk mengurangkan impak terjunan tersebut. Dah namapun Profesor kan. Dan ini bukan kali pertama dia lakukan aksi ngeri dan gila ini, tapi aksi kali ini adalah untuk memecah rekodnya sendiri.

"Saya juga suka jika air yang digunakan itu sejuk sehingga hampir ke tahap beku kerana ia akan membantu mengurangkan impak terjunan," katanya yang sudah menyelam selama 25 tahun.

Lagi gambar dan video aksi Profesor Splah terjun..










sumber : Daily Mail


Adakah anda lelaki yang kami cari?



Baca seterusnya...

Gambar Pelangi Awan Luar Biasa di Gunung Everest

Friday, March 18, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KATHMANDU - Seorang ahli astronomi, Oleg Bartunov, 51, berjaya merakamkan imej pelangi luar biasa di Gunung Everest ketika dia menyertai ekspedisi ke Himalaya di Nepal di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej tersebut dirakamkan oleh Burtunov yang merupakan anggota Institut Astronomi Sternberg di Moscow, Rusia dengan menggunakan sebuah kamera biasa.

Fenomena yang pelik tersebut berlaku disebabkan oleh pantulan cahaya kristal ais yang kecil di dalam awan.

Orang tempatan juga dilaporkan jarang menemui pelangi luar biasa itu.

"Saya hanya merakamkan beberapa gambar disebabkan ingin melihat dengan mata saya sendiri terhadap kejadian pelangi awan yang luar biasa itu," kata Bartunov yang turut menyaksikan keajaiban itu bersama beberapa wanita Britain lain. - Agensi (Kosmo)

Lagi gambar pelangi awan luar biasa..





Baca seterusnya...

Kucing Mempunyai Tompok Berbentuk "Love"

Friday, March 18, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:





Adakah anda lelaki yang kami cari?




Baca seterusnya...

3.15.2011

Kecilnya Buku Ni.. Sebesar Ibu Jari

Tuesday, March 15, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

3.14.2011

HTC Desire HD Percuma !

Monday, March 14, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Teringin tuk memiliki HTC Desire HD yang mantap itu? Cubalah try masuk cabutan bertuah di laman DealMates. Dan yang bestnyer... ianya PERCUMA.

Daftar guna facebook anda dan beli HTC Desire HD tersebut dengan harga RM0 sahaja. Kemudian satu no sijil akan diberi melalui emel. Apabila tiba masa cabutan bertuah nanti, kita tengoklah siapa yang kena. Semua orang mempunyai peluang yang sama. Nama pun cabutan bertuah kan.

Dapatkan HTC Desire HD percuma sekarang sementara deal masih berjalan.



Baca seterusnya...

Botol Susu Polikarbonat Bisphenol A Diharamkan Mulai 1 Mac 2012

Monday, March 14, 2011 by Mistaken Identity · 4 comments Baca seterusnya!
Labels:
PUTRAJAYA 14 Mac – Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi “Bisphenol A” (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan “bisphenol A” ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar,” katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini hari ini.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai”.

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Tiong Lai berkata, pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah.

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya. - Bernama

Macamana nak kenal botol Susu Polikarbonat Bisphenol A?? Senang saje, cari botol susu yang dilabel "BPA Free", kalu yang takde label "BPA Free" tu maknanya ada Bisphenol A la tu.



Baca seterusnya...

Lily, Kucing Penyelamat Nyawa

Monday, March 14, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Ini Lily si kucing betina. Comel kan. Lily ni sekali pandang macam kucing biasa yang selalu kita lihat. Tapi Lily ni mempunyai deria keenam (six sense) yang kuat, di mana Lily boleh mengesan kedatangan penyakit epilepsi tuannya,Nathan Cooper.




Nathan Cooper merupakan seorang pesakit epilepsi atau sawan secara tiba-tiba. Penyakit sawan ni tau je la, datang tanpa disangka dan secara tiba-tiba. Dan itulah kelebihan Lily, sebelum sawan tu datang menyerang tuannya, Lily dah tau awal-awal dah. Kebiasaanya apabila Lily tau tuannya bakal diserang sawan, Lily akan bertenang dan kemudian apabila Nathan diserang sawan, Lily akan mengiau dengan kuat dan mula berlari naik turun tangga.

Lily juga pernah menyelamatkan nyawa tuannya itu ketika Nathan diserang sawan dan berhenti bernafas. Lily menjilat mulut tuannya dan tidak lama kemudian Nathan kembali bernafas.


sumber : Daily Mail




Baca seterusnya...

Ilustrasi Karikatur Berita Harian Yang Mencetuskan Kontroversi

Monday, March 14, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Inilah illustrasi atau karikatur dari Zoy yang dipaparkan di berita harian yang menimbulkan kontroversi. Karikatur tersebut menunjukkan Ultraman yang sinonim dengan negara Jepun melarikan diri dari tsunami. Orang ramai menganggap dengan penyebaran karikatur tersebut, Berita Harian tidak sensitif dengan kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat Jepun.

Karikatur tersebut turut tersebar di CNN iReport.


Bagaimanapun, menyedari akan hal tersebut, Berita Harian telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka.


Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.

Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG



Baca seterusnya...

Senarai Juara All-England (2001-2011)

Monday, March 14, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Berikut adalah senarai juara All-England dari tahun 2001 hingga 2011. Datuk Lee Chong Wei berjaya mengekalkan kejuaraan All-England 2 tahun berturut-turut. Tahniah!




sumber : wikipedia



Baca seterusnya...

Chong Wei Juara Badminton All-England 2011

Monday, March 14, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,


BIRMINGHAM, 14 Mac (Bernama) -- Perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki Kejohanan All-England setelah menundukkan pemain China Lin Dan 21-17, 21-17.

-- BERNAMA

Tahniah Datuk Lee Chong Wei !! tepuktangan


Baca seterusnya...

3.13.2011

Misteri Beribu-ribu Ikan Di Pantai Acapulco, Mexico Ada Kaitan Dengan Tsunami di Jepun ?

Sunday, March 13, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Beribu-ribu kawanan ikan menyerbu pantai Acapulco, Mexico menimbulkan misteri. Tidak dapat dipastikan apakah fenomena ini mempunyai hubungkait dengan kejadian gempa bumi & tsunami di Jepun.

Kelihatn 20-30 nelayan mengambil kesempatan atas fenomena tersebut dengan menangkap ikan-ikan tersebut menggunakan jala & fish net.





Subhanallah...

sumber : Daily Mail



Baca seterusnya...

Pasangan Suami Isteri Sudah Mengembara 11 Tahun

Sunday, March 13, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Percaya atau tidak, pasangan suami isteri di atas sudah mengembara ke serata dunia selama 11 tahun dan masih belum terfikir untuk berhenti. 4 orang anaknya lahir ketika mereka mengembara dan semuanya mempunyai kerakyatan yang berbeza mengikut tempat mereka lahir.



Herman and Candelaria Zapp atau keluarga Zapp mula mengembara sejak tahun 2000 bermula dari Argentina. Dan sekarang 2011 sedang berada di Filipina. Tempat tinggal, petrol dan makanan semuanya belas ihsan dari penduduk yang baik hati yang mereka jumpa ketika mengembara.

Anak-anak mereka pula belajar dengan mereka dan bahan pembelajaran di ambil dari sekolah atas talian.

Lagi gambar..











sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Frederick Dari Perancis, Orang Pertama Beli iPad 2

Sunday, March 13, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Frederick dengan bangga menunjukkan iPad 2 yang berjaya di belinya dan dia merupakan orang pertama yang membeli iPad 2 sebaik sahaja Apple Store dibuka.

Sanggup ambik flight dari Perancis semata-mata untuk dapatkan iPad 2, lepas tu menunggu 17 jam di luar kedai sebelum kedai dibuka dan kemudian dah dapat iPad 2, terus balik semula ke Perancis. Gila aaaa..

'I waited 17 hours outside the store,' he said. 'Now I'm off to catch an 8pm flight back to France.


Perempuan ni pulak namanya Amanda Foote, seorang pelajar kolej. Dia ni lagi bijak, dia jual lokasi kedudukan tempat dia beratur dengan harga $900. Gila aaa... semata-mata nak beli iPad 2, ada orang sanggup bayar untuk potong barisan dan dapat tempat di hadapan.


Mak aiii.. tengoklah panjangnya barisan semata-mata iPad 2. Dalam kekalutan camtu, boleh plak orang buat duit dengan jual lokasi tempat beratur. Bijak..bijak...

sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

TasekMerah - 66666

Sunday, March 13, 2011 by Mistaken Identity · 3 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tuan blog tasikmerah.blogspot.com iaitu Tasek Merah cakap, kalau masuk blog dia dan nampak counter blog tu tunjuk 66666, print screen dan bagitau dia.

Hmmm... so Tasek Merah, ni aku dah print screen dah.





Err...dengar citer, kalau dapat captured no 66666 ni, you nak bagi hadiah paling cikai pun iPad 66666GB. Err..aku dengar citer aa..tak tau betul ke tak. hehe.. sengihnampakgigi



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik