4.03.2010

Gambar Hujan Lebat Di Mekah

Saturday, April 03, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

4.02.2010

Tanda-Tanda Awal Kematian Anak Adam

Friday, April 02, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Apabila tajuk ini dihuraikan maka ramai dikalangan kita sukar untuk membaca disebabkan ketakutkan penghuraian ini akhirnya MATI.

Firman Allah SWT; Bermaksud; "Bagaimana kamu kufur (ingkar) dengan Allah dan adalah kamu itu mati maka kamu dihidupkan, kemudian kamu dimatikan kemudian kamu dihidupkan kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan"
(Surah Al-Baqarah : Ayat 28)

Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :




Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.





Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak 5 Kali

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dgn selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yg gelap, maka terangilah aku dgn selalu sembahyang malam.

3. Aku rumah penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yg menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan "Laa illallah, Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


sumber : tranungkite.net




Baca seterusnya...

4.01.2010

Download/Muat turun Lagu Doktor Pakar Cinta - Yusry KRU


KRU keluar dengan album kompilasi terbaru berjudul KRU Ultimatum. Dalam album tersebut dimuatkan lagu terbaru Doktor Pakar Cinta nyanyian Yusry KRU.

Klik untuk muat turun/ download lagu Doktor Pakar Cinta nyanyian Yusry KRU.

Lirik lagu Doktor Pakar Cinta - Yusry bakal menyusul nanti. Tungguuu... kenyit

sumber : CARI Forum





Baca seterusnya...

Rumah Bawah Tanah

Thursday, April 01, 2010 by Mr PenyuBiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Penjual Tin Kosong Rupanya Jutawan

Thursday, April 01, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

SKELLEFTEA, Sweden - Seorang lelaki berumur 60 tahun di sini memiliki kekayaan rahsia lebih AS$1.6 juta (RM5.21 juta) menerusi pelaburan di pasaran saham dengan cuma bermodalkan wang yang diperoleh daripada mengutip dan menjual tin kosong, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu, Curt Degerman yang digelar Kurt Tin Kosong, meninggal dunia 18 bulan lalu manakala saudara-maranya bertengkar berhubung siapa sepatutnya mewarisi kekayaannya.

Sejak 40 tahun lalu, Degerman dipandang rendah oleh masyarakat kerana menyara hidupnya dengan menyelongkar tong-tong sampah untuk mencari tin kosong dan menjualnya di sebuah loji kitar semula.

Bagaimanapun, setelah dia meninggal dunia semasa berusia 60 tahun akibat serangan jantung, saudara-maranya mendapati dia memiliki wang AS$1.1 juta (RM3.58 juta) dalam satu akaun bank Switzerland.

Mendiang turut menyimpan jongkong emas bernilai kira-kira AS$378,000 (RM1.2 juta) selain wang AS$1,358 (RM4,428) di rumahnya.

Di sebalik penampilannya yang selekeh, Degerman sebenarnya seorang pelabur aktif dalam pasaran saham antarabangsa.

Selain memakan sisa makanan daripada tong sampah dan memakai sehelai kot kotor, dia akan meluangkan masa di perpustakaan awam pada setiap hari untuk mengkaji berita kewangan di akhbar.

"Dia pergi ke perpustakaan setiap hari kerana tidak membeli akhbar. Di perpustakaan itu, dia membaca akhbar kewangan Dagens Industri," kata seorang sepupunya.

"Dia amat arif tentang pasaran saham," tambahnya.

Jutawan itu disifatkan saudara-maranya sebagai seorang kanak-kanak genius yang berhenti sekolah kerana krisis peribadi.

Kekayaan lelaki itu akhirnya dikongsi oleh dua sepupunya dalam satu penyelesaian di luar mahkamah. - Agensi

sumber : kosmo




Baca seterusnya...

Dahsyatnya Sakaratul Maut, bersediakah kita untuk menghadapinya ?

Thursday, April 01, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:



"Kalau sekiranya kamu dapat melihat malaikat-malaikat mencabut nyawa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka serta berkata, "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar." (niscaya kamu akan merasa sangat ngeri) (QS. Al-Anfal {8} : 50).

"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata), "Keluarkanlah nyawamu !" Pada hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan kerena kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". (Qs. Al- An'am : 93).

"Sakitnya sakaratul maut itu, kira-kira tiga ratus kali sakitnya dipukul pedang". (H.R. Ibnu Abu Dunya).

Cara Malaikat Izrail mencabut nyawa tergantung dari amal perbuatan orang yang bersangkutan, bila orang yang akan meninggal dunia itu durhaka kepada Allah, maka Malaikat Izrail mencabut nyawa secara kasar. Sebaliknya, bila terhadap orang yang soleh, cara mencabutnya dengan lemah lembut dan dengan hati-hati. Namun demikian peristiwa terpisahnya nyawa dengan raga tetap teramat menyakitkan.

Di dalam kisah Nabi Idris a.s, beliau adalah seorang ahli ibadah, kuat mengerjakan sholat sampai puluhan raka'at dalam sehari semalam dan selalu berzikir di dalam kesibukannya sehari-hari. Catatan amal Nabi Idris a.s yang sedemikian banyak, setiap malam naik ke langit. Hal itulah yang sangat menarik perhatian Malaikat Maut, Izrail. Maka bermohonlah ia kepada Allah Swt agar di perkenankan mengunjungi Nabi Idris a.s. di dunia. Allah Swt, mengabulkan permohonan Malaikat Izrail, maka turunlah ia ke dunia dengan menjelma sebagai seorang lelaki tampan, dan bertamu kerumah Nabi Idris.

"Assalamu'alaikum, yaa Nabi Alloh". Salam Malaikat Izrail,

"Wa'alaikum salam wa rahmatulloh". Jawab Nabi Idris a.s.

Beliau sama sekali tidak mengetahui, bahwa lelaki yang bertamu ke rumahnya itu adalah Malaikat Izrail.

Seperti tamu yang lain, Nabi Idris a.s. melayani Malaikat Izrail, dan ketika tiba saat berbuka puasa, Nabi Idris a.s. mengajaknya makan bersama, namun di tolak oleh Malaikat Izrail. Selesai berbuka puasa, seperti biasanya, Nabi Idris a.s mengkhususkan waktunya "menghadap". Alloh sampai keesokan harinya. Semua itu tidak lepas dari perhatian Malaikat Izrail. Juga ketika Nabi Idris terus-menerus berzikir dalam melakukan kesibukan sehari-harinya, dan hanya berbicara yang baik-baik saja. Pada suatu hari yang cerah, Nabi Idris a.s mengajak jalan-jalan "tamunya" itu ke sebuah perkebunan di mana pohon-pohonnya sedang berbuah, ranum dan menggiurkan.
"Izinkanlah saya memetik buah-buahan ini untuk kita". pinta Malaikat Izrail (menguji Nabi Idris a.s).

"Subhanalloh, (Maha Suci Alloh)" kata Nabi Idris a.s.

"Kenapa ?" Malaikat Izrail pura-pura terkejut.

"Buah-buahan ini bukan milik kita". Ungkap Nabi Idris a.s. Kemudian Beliau berkata: "Semalam anda menolak makanan yang halal, kini anda menginginkan makanan yang haram".

Malaikat Izrail tidak menjawab. Nabi Idris a.s perhatikan wajah tamunya yang tidak merasa bersalah. Diam-diam beliau penasaran tentang tamu yang belum dikenalnya itu. Siapakah gerangan ? pikir Nabi Idris a.s.

"Siapakah engkau sebenarnya ?" tanya Nabi Idris a.s.

Aku Malaikat Izrail". Jawab Malaikat Izrail.

Nabi Idris a.s terkejut, hampir tak percaya, seketika tubuhnya bergetar tak berdaya.

"Apakah kedatanganmu untuk mencabut nyawaku ?" selidik Nabi Idris a.s serius.

"Tidak" Senyum Malaikat Izrail penuh hormat.
"Atas izin Allah, aku sekedar berziarah kepadamu". Jawab Malaikat Izrail.

"Aku punya keinginan kepadamu". Tutur Nabi Idris a.s

"Apa itu ? katakanlah !". Jawab Malaikat Izrail.

"Kumohon engkau bersedia mencabut nyawaku sekarang. Lalu mintalah kepada Allah SWT untuk menghidupkanku kembali, agar bertambah rasa takutku kepada-Nya dan meningkatkan amal ibadahku". Pinta Nabi Idris a.s.
Tanpa seizin Allah, aku tak dapat melakukannya", tolak Malaikat Izrail.

Pada saat itu pula Allah SWT memerintahkan Malaikat Izrail agar mengabulkan permintaan Nabi Idris a.s. Dengan izin Allah, Malaikat Izrail segera mencabut nyawa Nabi Idris a.s. sesudah itu beliau wafat.

Malaikat Izrail menangis, memohonlah ia kepada Allah SWT agar menghidupkan Nabi Idris a.s. kembali. Allah mengabulkan permohonannya. Setelah dikabulkan Allah Nabi Idris a.s. hidup kembali.
"Bagaimanakah rasa mati itu, sahabatku ?" Tanya Malaikat Izrail.

"Seribu kali lebih sakit dari binatang hidup dikuliti". Jawab Nabi Idris a.s.

"Caraku yang lemah lembut itu, baru kulakukan terhadapmu". Kata Malaikat Izrail.

MasyaAlloh, lemah-lembutnya Malaikat Maut (Izrail) itu terhadap Nabi Idris a.s. Bagaimanakah jika sakaratul maut itu, datang kepada kita ?

Bersediakah kita untuk menghadapinya ?


sumber : bintangbiru165




Baca seterusnya...

3.30.2010

Penyakit Virus Kencing Tikus atau Virus Rats Pee

Apa itu penyakit Penyakit Kencing Tikus atau Rats Pee (leptospirosis) ?

Penyakit ini disebabkan bakteri leptospira berbentuk spiral yang menyerang hewan dan manusia. Bakteri ini mempunyai ratusan serotipe. Nama-nama serotipe ini sebagian diambil dari nama penderita atau tempat di Indonesia, seperti, serotipe harjo, mankarso, naam, sarmin, djasiman, sentot, rachmati, paijan, bangkinang, dan binjei.

Bagaimana penularannya pada manusia?

Penularan penyakit ini bisa melalui tikus, babi, sapi, kambing, kuda, anjing, serangga, burung, landak, kelelawar dan tupai. Namun khusus yang terjadi di daerah banjir seperti Jakarta, penularannya melalui air kencing tikus.
Air kencing tikus terbawa banjir kemudian masuk ke dalam tubuh manusia melalui: permukaan kulit yang terluka, selaput lendir mata dan hidung (misalnya saat mencuci muka). Bisa juga melalui makanan atau minuman yang terkontaminasi setitik urine tikus yang terinfeksi leptospira, kemudian dimakan dan diminum manusia.

Urine tikus yang mengandung bibit penyakit leptospirosis dapat mencemari air di kamar mandi atau makanan yang tidak disimpan pada tempat yang aman.

Sejauh ini tikus merupakan reservoir (sumber) dan sekaligus penyebar utama penyebab leptospirosis. Beberapa jenis hewan lain (sapi, kambing, domba, kuda, babi, anjing) dapat terserang leptospirosis, tetapi potensi hewan-hewan ini menularkan leptospirosis ke manusia tidak sehebat tikus. Leptospirosis tidak menular langsung dari pasien ke pasien.



Gejala-gejala penyakit

Penyakit ini ditandai demam menggigil, pegal linu, nyeri kepala, nyeri tenggorokan, batuk kering, mual, muntah, sampai mencret-mencret.

Orang sering mengira itu gejala masuk angin, flu, atau typhus, sehingga pengobatannya pun tradisional, biasa, seperti dikerok menggunakan uang logam, kemudian dibalur obat gosok dan minum obat sakit kepala.

Bila semakin parah, gejala yang disebut di atas tidak mereda, justru muncul nyeri luar biasa pada sejumlah bagian badan, sehingga membuat penderita tidak sanggup duduk atau berdiri. Jika pada tahapan ini tidak diobati gejala bertambah parah dan tampak lebih khas.

Oleh karena penyakit ini menyerang hati, pada stadium lanjut muncul gejala penyakit kuning. Kulit dan putih mata menjadi kekuningan, selain tampak pula mata merah layaknya sedang sakit mata. Demam, kuning dan mata merah, dianggap khas pada leptosprirosis . Adakalanya terjadi perdarahan. Bunyi para-paru abnormal, dan kemungkinan kulit meruam merah.

Gejala leptospirosis menjadi lebih berat jika tidak diobati atau obatnya salah alamat. Selain komplikasi ke hati menimbulkan gejala penyakit kuning, komplikasi ke selaput otak menimbulkan gejala nyeri kepala, kejang-kejang, leher kaku, dan penurunan kesadaran. Komplikasi ke ginjal umumnya bersifat fatal. Angka kefatalan penyakit leptospirosis mencapai 5 persen, artinya 5 dari setiap 100 kasus bisa tewas.








Baca seterusnya...

Din Beramboi Kritikal Akibat Virus Rats Pee atau Kencing Tikus

Update (2 April 2010) - Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.30 malam tadi di Hospital Selayang di sini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome. (Bukan kerana virus kencing tikus seperti yang diwar-warkan sebelum ini)

Jenazah Allahyarham Din Beramboi selamat dikebumikan pukul 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan.

sumber : mStar

Marilah kita doakan semoga roh arwah Din dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Takziah buat seluruh keluarga arwah.




Update : Bukan terkena virus kencing tikus tapi denggi berdarah. sumber mStar


Difahamkan pelawak dan juga penyampai radio Era FM, Din Beramboi berada dalam keadaan kritikal dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) , Hospital Selayang.

Menurut sumber rakan terdekat, Din Beramboi telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya. Mereka juga tidak tahu bagaimana Din boleh terkena virus tersebut.

Berikut berita penuh dari mStar Online.

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.

Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.

Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu. - mStar




Baca seterusnya...

Road Closure due to F1 Event 31 March 2010

Tuesday, March 30, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dear Ladies and Gentlemen,

Please be informed that the Formula One Street Demo featuring Michael Schumacher and Nico Rosberg of the Mercedes GP F1 Team will be held on 31 March 2010 (Wednesday) at Jalan Binjai and roads in the KLCC area. Thus, the scheduled closure will take place from 2.00pm to 7.30pm affecting the following roads:

1. Entrance / access roads leading to the KLCC underpass and tunnel leading to KLCC
parking from Jalan Tun Razak (North bound).
2. Jalan Binjai and Lorong Kuda.
3. Other access roads leading to the KLCC parking tunnel and Jalan Binjai from Jalan
Tun Razak.
4. Access roads from the intersection leading towards Jalan Binjai from Jalan Kia
Peng, Jalan Conlay and Jalan Tun Razak; roads from Jalan Binjai towards
Persiaran KLCC up to the traffic lights in front of PNB Darby Park.
5. Entrance and Exit of KLCC parking towards Jalan Tun Razak and Jalan Binjai.


Please be advised that tenants and shoppers will still be able to utilize alternative roads to PETRONAS Twin Towers and Suria KLCC from Jalan Ampang, Persiaran KLCC from Jalan P.Ramlee and the Ampang-Kuala Lumpur Elevated Highway (AKLEH).


Baca seterusnya...

Gambar, Spesifikasi Proton Satria Neo R3 Lotus Racing



Proton hari ini melancarkan Proton Satria Neo R3 Lotus Racing iaitu versi istimewa Neo CPS. Semua kelengkapan telah dinaiktaraf termasuk engine Campro CPS tune-up sehingga 145 horsepower output at 7,000rpm. Torque is up to 168Nm at 5,000rpm. hohoho...mantap giler!

dan harganya... sudah tentu lah mantap juga.....RM115K ! Wow! hah

Lagi gambar-gambar Proton Satria Neo R3 Lotus Racing yang memukau jiwa. huhu...lapar











spesifikasi Proton Satria Neo R3 Lotus Racing. Mantap beb!...lapar





sumber : paultan.org. thanks! :D

Baca seterusnya...

Pameran Seni Yang Kurang Ajar!!

Tuesday, March 30, 2010 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:


Menurut kandungan emel yang aku dapat, gambar ini dirakam di satu pameran seni yang berlangsung di Sepanyol. Baut masa ini, aku tak dapat sahkan kesahihan samada memang betul di Sepanyol atau ditempat lain.

Bagaimanapun, pameran seni yang dipaparkan ini memang betul-betul kurang ajar dan menyentuh sensistiviti umat islam seluruh dunia.

Semoga Allah menjatuhkan bala atas mereka. Allahu Akbar !










Baca seterusnya...

Do not pump full tank of petrol

Tuesday, March 30, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Many of us are not aware that the petrol kiosk pump has a return pipe-line (in Pink ).. When the petrol tank (in the car) reaches full level, there is a mechanism to trigger off the pump latch and at the same time a return-valve is opened (at the top of the pump station) to allow excess petrol to flow back into the sump. But the returned petrol has already passed through the meter, meaning you are donating the petrol back to SHELL/CALTEX/MOBIL/ PETRONAS

Baca seterusnya...

Himpunan Berita Letupan di Moscow

BEBERAPA anggota bomba dan penyelamat merawat mangsa letupan di stesen Park Kultury, Moscow semalam.

MOSCOW - Dua pengebom berani mati wanita membunuh 37 orang manakala 38 cedera parah dalam dua buah tren bawah tanah yang dipenuhi penumpang pada waktu pagi di sini semalam.

Letupan pertama berlaku di gerabak kedua sebuah tren pada pukul 7.58 pagi waktu tempatan di stesen Lubyanka, dekat ibu pejabat perkhidmatan keselamatan dalam negeri Rusia, Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) menyebabkan 23 orang terbunuh.

Kira-kira 40 minit kemudian, satu letupan berlaku di gerabak kedua sebuah tren lain di stesen Park Kultury dan membunuh sehingga 14 orang.

Ketua FSB, Alexander Bortnikov berkata, serangan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Caucasus Utara yang melancarkan pemberontakan menentang pihak berkuasa pro-Kremlin.

Datuk Bandar Moscow, Yuri Luzhkov memberitahu pemberita bahawa pengebom berani mati wanita melakukan serangan tersebut.

Pendakwa raya menyatakan satu siasatan mengenai pengganas dimulakan selepas pakar-pakar forensik menemui rangka seorang pengebom berani wanita.

Beberapa saksi berkata, suasana panik berlaku di kedua-dua stesen itu dengan ramai orang berlari dan sebahagiannya rebah ekoran asap tebal serta debu selepas letupan berlaku.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mengutuk serangan itu manakala Perdana Menteri Rusia, Vladimir Putin berikrar bahawa pihak bertanggungjawab yang melakukan serangan tersebut akan ditangkap. - Agensi

sumber : Kosmo





Letupan di Moscow: Wisma Putra Sahkan 3 Pelajar M'sia Selamat

PETALING JAYA: Wisma Putra malam semalam mengesahkan tiga pelajar perubatan Malaysia, Elaine Chew, Sim Eih Xing dan Er Chee Kent, terselamat daripada dua kejadian letupan di Moscow awal pagi tadi.

Mereka adalah pelajar tahun akhir Moscow Medical Academy.

Kesemua mereka yang berusia 24 tahun, telah enam tahun berada di Moscow. Sim dan Er adalah pelajar lelaki.

Wisma Putra mengesahkan, ketiga-tiga rakyat Malaysia itu telah menerima rawatan di hospital dan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Chew dan juga Er, berada bersama ketika letupan pertama berlaku di Stesen Metro Lubyanka pada jam 8 pagi waktu Moscow (12 tengah hari waktu Malaysia).

Sementara Sim pula menjadi mangsa letupan kedua lebih kurang 45 minit kemudian dekat stesen Taman Kultury.

Wakil Kedutaan Malaysia di Moscow dan juga Jabatan Penuntut Malaysia akan melawat ketiga-tiga mereka dalam tempoh terdekat ini. Dalam pada itu, Duta Besar Malaysia ke Rusia, Datuk Mohamad Khalis Ali Hassan menasihati para pelajar Malaysia supaya mengambil langkah berhati-hati ketika bergerak menggunakan kenderaan awam dan pada masa yang sama meminta ibu bapa supaya tidak terlalu khuatir.

Beliau berkata, buat masa ini, terdapat lebih kurang seribu pelajar Malaysia yang sedang menuntut di Rusia.

Sementara itu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika dihubungi berkata, beliau telahpun mengarahkan Jabatan Penuntut Malaysia supaya segera melawat pelajar Malaysia yang tercedera itu.

“Malah saya dimaklumkan bahawa semua pelajar tajaan MARA seramai 650 pelajar di Moscow selamat dan tidak terlibat dengan kejadian letupan itu,” ujarnya.

sumber : mStar Online
Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah (OST Asmaradana)




Video Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah



Lirik Lagu D'Masiv - Jangan Menyerah (OST Asmaradana)

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada artinya lagi


Reff 1:
Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Back to Reff 1

Reff 2:
Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal Putus asa

Back to Reff 1
Back to Reff 2




Baca seterusnya...

3.29.2010

I Wanna Be a Project Alpha TV Star!

Monday, March 29, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Zaman dah berubah. Teknologi makin canggih. Gaya hidup juga mengikut arus kecanggihan teknologi. Jika anda tidak popular di tv mahupun radio, tidak popular di majalah even majalah sekolah, itu tidak bermakna anda tidak boleh menjadi bintang atau kata orang Ganu, menjadi 'star'.

Menjadi seorang blogger juga mampu membawa anda menjadi seorang bintang!

Anda sekarang sudah menjadi blogger bukan? (Bagi yang belum, sila berbuat demikian jika anda mahu menjadi star)

Jika anda adalah seorang blogger, anda hanya perlukan satu langkah lagi untuk menjadi star. Tak percaya?

Satu peluang untuk anda menjadi star sedang terbuka sekarang ini. Anda hanya perlu menyertai PROJECT ALPHA AUDITIONS for Season 3 dan jika anda berjaya, anda berpeluang untuk menjadi Blogger Jemputan untuk Project Alpha Season 3 nanti!



Blogger-blogger yang terpilih menjadi Blogger Jemputan untuk Project Alpha Season 1 & 2 sebelum ini sudah menjadi bintang dan dikenali ramai.

Anda tentu tahukan, apakan kesan besar jika anda menjadi blogger popular. Sudah tentulah pendapatan daripada iklan di blog anda akan meningkat kerana

blogger star = blogger popular = trafik tinggi = pendapatan iklan tinggi

Sekarang anda sudah nampak kaitan kenapa anda perlu menjadi Project Alpha TV Star kan?

Apa yang perlu anda buat untuk menyertai PROJECT ALPHA AUDITIONS for Season 3?

Mudah! Hantarkan video anda berdurasi 60 saat atau kurang berkenaan "Mengapa anda nak menyertai Project Alpha?"

Mudah bukan?

Berikut andalah cara-cara untuk menghantar video tersebut dan hadiah-hadiahnya :


To submit your audition, follow the simple steps below:

Step 1: Join ruumz or login to your account

Step 2: Join the Project Alpha ruumz group! (You're looking at it!)
*The option to join is located on the top left hand side of your screen.

Step 3: Upload your video into the 'Auditions' Album below

Step 4: Insert a title and a short description about your audition.
* Tip: You can also tag yourself to your video so that it will appear on your ruumz profile page

Step 5: To increase your chances of being selected, get your friends and family to "Like" your video

View the T&C here

The Top 3 winners will be featured as guests bloggers in the next season of Project Alpha
and will also walk away with:

1st Prize
- 3 days 2 nights stay at 360Kuching Hotel, Kuching in a Deluxe Room with breakfast for 2 pax
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199

2nd & 3rd Prize
- Adidas ACTION 3 hamper worth RM100 (Includes a South Africa 2010 mini ball)
- P1 W1GGY Prepaid worth RM199



Tiada Idea? Ini contoh video yang mampu menarik minat Juri.






So, apa tunggu lagi, buat satu video mengikut kreativiti anda sekarang! Mana tahu anda mempunyai satu x-factor yang sesiapapun termasuk diri anda tidak tahu mengenainya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin nampak dalam video 60 saat itu! :D


Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati link url yang diberikan di bawah. Cekkidout!


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups







So, apa tunggu lagi, buat satu video mengikut kreativiti anda sekarang! Mana tahu anda mempunyai satu x-factor yang sesiapapun termasuk diri anda tidak tahu mengenainya.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah anda mungkin nampak dalam video 60 saat itu! :D


Maklumat lanjut, anda boleh dapati pada link url yang disertakan di bawah. Cekkidout!


Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS. Auditions are now open! Check it out at www.projectalpha.com.my/auditions or projectalpha.ruumz.com/groups





Baca seterusnya...

Transparent Phone atau Windows Phone

Monday, March 29, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






4 gambar Transparent Phone di atas aku tak pasti wujud atau tak atau sekadar daya imaginasi grafic saje. Tapi phone di bawah dari LG adalah wujud dan berada di pasaran.












Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik