3.20.2010

Video Klip Andai Ku Tahu - Ramli Sarip (Ost Filem 2 Alam)



Video klip Andai Ku Tahu nyanyian Ramli Sarip untuk filem 2 Alam
Baca seterusnya...

Video Trailer Previem Filem 2 Alam Terbitan Dr Rozmey

Saturday, March 20, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Seram juga lihat trailer filem 2 Alam ni. Dari trailer tu, nampak macam cantik jer kualiti video dan teknik sinematografi. Tak taulah camne jalan ceritanya nanti. Dr Rozmey menganggarkan kutipan filem ini sebanyak 12 juta! Belum pernah lagi dalam sejarah ada filem tempatan mencapai angka tersebut. Tapi jika dilihat pada rangkaian MLM produk Dr Rozmey ni, mungkin boleh jadi kenyataan kut. Mungkin dia guna promosi "Beli tiket wayang 2 Alam dapat diskaun 20% produk Dr Rozmey" ke. Mana tahu kan.




Baca seterusnya...

3.19.2010

Kreativiti Menggunakan Tin Red Bull

Friday, March 19, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Manusia Pun Boleh Buat Menara Dari Manusia

Friday, March 19, 2010 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:


Baca seterusnya...

Amazing Snapshots

Friday, March 19, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Baca seterusnya...

Pembukaan Universal Studios Singapura Banyak Guna Nombor Lapan

Friday, March 19, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:



BEBERAPA pelawat melawat satu lokasi seperti yang terdapat dalam filem Mummy di Universal Studios, Singapura semalam.SEJUMLAH pelawat menaiki roller coaster di Universal Studios, Singapura semalam.


SINGAPURA - Universal Studios keempat di dunia dibuka kepada orang awam tepat pukul 8.28 pagi semalam selepas 18 tarian singa memasuki pintu masuk pada pukul 8.08 pagi.
Hari pembukaannya pada 18 Mac itu menggunakan banyak nombor lapan kerana ia dianggap sebagai bertuah.
Model-model yang berpakaian seperti aktres mendiang Marilyn Monroe dan Betty Boop berarak bersama pasukan tarian singa di sepanjang Hollywood Boulevard, salah satu daripada tujuh zon di taman seluas 20 hektar.
"Kami ingin menjadikannya destinasi nombor satu di Asia," kata Pengerusi Kumpulan Genting Tan Sri Lim Kok Thay. Ditanya adakah Universal Studios Singapura akan hilang daya tarikannya dan mengalami kerugian seperti Hong Kong Disneyland, Lim menjawab: "Sudah pasti tidak, kami berbeza dengan Disney."



Selain Singapura, Universal Studios di Asia terletak di Osaka, Jepun; Hollywood di California dan Orlando di Florida, Amerika Syarikat.
Antara tarikan di Universal Studios itu ialah roller coaster paling tinggi di dunia, panggung wayang 4 dimensi (4-D) dan suasana berdasarkan filem-filem Hollywood seperti Madagascar dan Jurassic Park.
"Ia sangat bagus. Suasana, pengunjung dan barangan cenderamatanya setaraf dengan Universal Studios Florida," kata seorang warga Singapura yang datang bersama dua orang anaknya.
Taman tema itu adalah sebahagian daripada fasa pembangunan Resorts World Sentosa, milik Kumpulan Genting dari Malaysia bernilai AS$4.4 bilion (RM14.56 bilion). - Reuters

sumber : kosmo
Baca seterusnya...

Gambar & Video Proton Persona Elegance

Friday, March 19, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Akhirnya Proton Persona Facelift yang diwar-warkan sebelum ini telah dilancarkan secara rasmi tengahari tadi. Proton Persona terbaru ini diberi nama Proton Persona Elegance. Aku tak pasti adakah perkataan Elegance itu untuk versi english atau memang nama model tersebut Elegance bukan Elegan. Ntahlah..

Berikut adalah harga Proton Persona Elegance :-

Base Line (M) RM46,499
Base Line (A) RM49,499
Medium Line (M) RM52,999
Medium Line (A) RM55,999
High Line (A) RM59,499









sumber : paultan.org
Baca seterusnya...

3.18.2010

Hari keputeraan Sultan Johor dan Hari Hol Almarhum dipinda

Thursday, March 18, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
JOHOR BAHARU, 18 Mac — Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipinda daripada 8 April kepada 22 November.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dalam satu kenyataan berkata Hari Hol Almarhum turut dipinda daripada 19 Jun 2010 kepada 11 Jan 2011.

Sultan Ibrahim yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima pada 23 Jan lepas, iaitu sehari selepas kemangkatan ayahanda baginda, telah berkenan terhadap pindaan tarikh-tarikh itu, kata kenyataan tersebut. - Bernama

Baca seterusnya...

Kad Kahwin Versi Pasport. Kreatif.

Thursday, March 18, 2010 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Baca seterusnya...

3.17.2010

Can-am Spyder. Motor ke Kereta ni..?

Wednesday, March 17, 2010 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Baru ni balik ke Kuala Terengganu, masa jejalan kat Giant, ternampak motor tayar 4 kat satu kedai alatan senaman. Sebab jakun dengan fizikal motor tu, so aku snap lah apa yang patut sambil berangan kalu aku pakai motor tu, camne nak mencilok dan konar baring. Agak mustahil dilakukan jika melihat pada fizikal motor tu.  Tapi design motor ni memang mantap dan unik! cantik menarik tertarik da boom la katakan.








Qariena cuba beraksi sebagai model motor.hihi..


Kalu korang berminat nak tahu lebih lanjut pasal motor ni, boleh meliwat melawati website motor tersebut di http://www.wbcspydermalaysia.com

Baca seterusnya...

Digigit buaya: A'Famosa bayar ganti rugi RM43,000

Wednesday, March 17, 2010 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR 17 Mac – A' Famosa Golf Resort Berhad hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini supaya membayar ganti rugi RM43,000 kepada seorang ahli perniagaan yang diserang dan digigit oleh seekor buaya ketika bermain golf di resort tersebut di Melaka, enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Harmindar Singh Dhaliwal memerintahkan demikian selepas A'Famosa bersetuju membayar ganti rugi dan kos guaman terhadap Hong Kee Siong atau Terry Hong, 48, yang memfailkan saman kecuaian terhadap syarikat itu pada 18 Mei 2004.

Harmindar merekodkan persetujuan tersebut di kamar beliau hari ini yang sepatutnya ditetapkan untuk perbicaraan kes berkenaan.

Menurut peguam Keppy Wong Khai Pun, dengan persetujuan itu, kes tersebut selesai tanpa perlu menjalani perbicaraan.

Beliau juga berkata, sebelum ini kes berkenaan telah didengar di hadapan empat hakim semasa di peringkat pengurusan kes.

Pada prosiding hari ini, A'Famosa diwakili peguam Datin Anushiya Kuppusamy.

Dalam pernyataan tuntutan, Terry selaku plaintif mendakwa, dia bermain golf di premis defendan dan diserang serta digigit oleh seekor buaya yang telah cuba mengheretnya ke dalam air berdekatan dengan kawasan Crocodile Nine, Hole 7.

Plaintif mendakwa kejadian tersebut berlaku semasa Tahun Baru Cina pada 22 Januari 2004.

Dakwa plaintif, defendan telah melakukan kecuaian apabila gagal mengesan kehadiran binatang berbahaya di sebuah padang golf yang merupakan satu tempat rekreasi dan bersukan serta terbuka kepada penggunaan awam.

Akibat serangan tersebut, Terry mendakwa telah mengalami kecederaan teruk pada kaki kiri selain mengalami kejutan mental yang amat sangat serta menanggung kesakitan kecederaan.

A' Famosa pula dalam pernyataan pembelaan yang difailkan pada 8 Julai 2004 pula mendakwa, serangan itu berpunca daripada kecuaian dan kelalaian plaintif.

Syarikat itu juga mendakwa, plaintif telah gagal menjaga keselamatan dirinya sendiri dan berdiri di atas dinding batu kawasan rehat buaya walaupun mengetahui ia berbahaya.


Defendan turut menafikan bahawa mereka cuai apabila gagal mengesan kehadiran buaya kerana telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dan munasabah untuk memberi amaran dan notis yang mencukupi melalui tanda dan notis isyarat. – Utusan

Baca seterusnya...

(Video) Kenapa Anda Tidak Boleh Fotostat Lidah Anda

Wednesday, March 17, 2010 by Mr PenyuBiru · 4 comments Baca seterusnya!
Labels:

Kenapa anda tidak boleh fotostat lidah anda? Bukan kerana takde orang buat, tapi kerana... anda saksikan sendiri video ni dan anda taulah kenapa. hahahaha...memang lawak seh!

Baca seterusnya...

Gambar Gempa Bumi di Chile untuk kita renungkan..

Wednesday, March 17, 2010 by Mr PenyuBiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:

kredit : malaysiaria.ning.com

Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik